Sunday, October 31, 2010

PEMILIHAN PKR : Tumbangkah Azmi Ali..?



SHAH ALAM - Mengikut berita terkini, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, sedang mendahului pesaingan terdekatnya, Azmin Ali yang juga ' Golden boy ' kepada Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Namun Keputusan tersebut hanya ukuran awal memandangkan baki tiga minggu pemilihan bakal berlangsung sebelum kongress Nasional PKR pada 26 - 28 Nov 2010 ini di adakan. Keputusan undi terkini bagi ketiga-tiga calon :

1. Zahid : 706 undi
2. Azmin : 477 undi
3. Mustaffa : 67 undi


IBM : Ramai di kalangan ahli2 PKR mengharapkan Azmin Ali tumbang. Apa pun itu hak mereka, hal depa.........lantak pi le depa, biar dia terlungkup.......!!

Wang Tambang Balik Kpd Pengudi Bukan Rasuah : PAS.

Apa agaknya yang ditunjuk-tunjukkan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Kelantan?
GUA MUSANG - PAS dah kemaruk dan kalut. Mereka akan menanggung kos pengangkutan Pengundi Pilihan Raya dewan Undangan (DUN) Galas termasuk yang berada di luar neger Kelantan untuk balik mengundi pada 4 November. Kalau tidak mereka akan kalah.
Itulah yang telah dijanjikan oleh Pengarah Jentera PAS bagi Pilihan raya kecil itu. Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Setiap seorang seorang akan dibayar RM250. bila di tanya oleh para wartawan, tidakkah itu merupakan amalan ;Rasuah;, katanya tidak. Itu hanya wang sagu hati (duit poket). Di tanya lagi, bagaimana para pengundi boleh menerima wang tersebut ?, beliau berkata, pihaknya akan menyemak senarai pengundi berdasarkan kad pengenalan sebelum memberi wang tersebut.
" Kita berjanji lepas mereka mengundi kita bayar'. Dengan itu, jelaslah PAS begitu 'TERDESAK". Dan apakah PAS akan menunaikan janji-janjinya itu..?..bagimana pula kalau PAS tewas.?. Dapatkah para pengundi wang poket seperti yang telah di janjikan..?


IBM : Memang PAS dah terdesak. Tiada jalan lain bagi PAS untuk menang dan memancing hati pengundi. Mereka akan berjanji, berjanji dan terus berjanji kosong. Di harap, UMNO/BN tidaklah begitu. " Rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan ". Hidup UMNO, Hidup BN..!!!.
Suka dengar TGNA kata, 'Celako, celako, celako....dan berdoa pecahkan perut orang...hehehehe..

Happy Deepavali - 5 Nov 2010


Deepavali is a festival of lights. Deepavali is the biggest festival celebrated in the Hindu calendar. Deepavali is a time of joy, happiness and a time to come close. This Deepavali come close to your near and dear ones and celebrate the day with full vigor.



IBM : " Dalam tempoh beberapa hari lagi masyarakat India akan merayakan perayaan Deepavali iaitu 5 november. Sepertimana lazimnya sudah tertentu masing-masing sedang sibuk membuat perbagai persiapan terakhir khususnya membeli-belah, membuat muruku, achimunuku dan lain-lain kuih-muih tradisional masyarakat India. Dan yang paling menariknya ialah konsep 'rumah terbuka' masih diteruskan kerana itu adalah amalan masyarkat di Malaysia bersesuian dgn gagasan PM kita, 1 Malaysia. "

Saturday, October 30, 2010

SEWA PERDANA PUTERA (PUTRAJAYA) RM3.2 JUTA SEBULAN...!


KUALA LUMPURKos sewaan bangunan Perdana Putera (Kompleks A) dan Seri Satria di Putrajaya masing-masing ialah sebanyak RM3 juta dan RM200,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, kos penyenggaraan bagi Perdana Putera (Kompleks A) yang menempatkan pejabat Perdana Menteri pula ialah RM355,708 sebulan.

‘‘Penyenggaraan Seri Satria yang merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri ialah sebanyak RM94,166 sebulan.

‘‘Kos pembinaan bangunan terbabit pula masing-masing berjumlah RM526.3 juta dan RM52.6 juta,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidang Dewan Rakyat hari ini.

Chin Tong bertanyakan objektif asal pembinaan bangunan terbabit, kos projek, nilai penyenggaraan dan kadar sewaan yang dibayar kepada Putrajaya Holdings Sdn. Bhd.

Menurut Mohd. Johari, bilangan pelawat yang telah melawat Perdana Putera (Kompleks A) dari 2004 hingga sekarang ialah seramai 23,069 orang manakala di Seri Satria pada tahun 2008 ialah 2,054 orang.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), beliau berkata, tiada diskriminasi dalam soal kenaikan pangkat dan gred bagi jawatan Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya yang kedua-duanya terletak di bawah ketua perkhidmatan sama iaitu Peguam Negara.


IBM : Patut le Pakatan Rakyat (PR) beria-ia benar nak takluki PUTERAJAYA, ada udang di sebalik mee. Tapi, terkini PAS kata PUTERAJAYA bukan hak UMNO, hak rakyat, apa yang PAS meroyan ni...?


KATA-KATA HIKMAH :


" Bersedekahlah Dengan Harga Diri Anda Kepada Mereka Yang Fakir Budi Pekerti Dan Maafkan Mereka Apabila Mereka Mencela, Mencaci Atau Menyakiti Anda. Sesungguhnya Allah Memiliki Penggantinya Untuk Anda."


IBM : Bersedekahlah kerana itu adalah satu perbuataan yang di tuntut oleh Allah swt. Tak ada ruginya kita bersedekah, kelak diakhiratnya nanti kita akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt........W.A.

POLITIK DAN SENI : JINS SHAMSUDDIN KINI AHLI POLITIK YANG BUDIMAN.


Seniman Jins Shamsuddin kini seorang Senator, setelah beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Oktober 2004 yang lalu. Bagi kebanyakan orang filem perlantikan Jins selama dua tahun itu adalah puncak perjuangan yang tidak pernah selesai sejak setengah abad yang lalu. Malah ia merupakan lambang pengiktirafan kerajaan terhadap jatuh bangunnya perusahaan filem Melayu. Orang filem tahu kegigihan Jins yang cuba memecahkan monopoli dua gergasi filem tanah air sejak tahun 1950an lagi, iaitu Shaw Brothers dan Cathay Keris. Maka perlantikan Jins sebagai senator tidak dipertikai sesiap malah dialu-alukan oleh masyarakat seni.

Jins beruntung kerana beliau satu-satunya seniman yang masih aktif dalam perjuangan ini. Dalam usia 69 tahun, Jins bergerak melalui agendanya, kadang-kadang direstui dan kadang-kadang bersendirian. Walaupun agendanya filem dan masa depan perfileman tetapi Jins menggunakan pelbagai cara dan strategi, walau kadang-kadang melimpahi ke sempadan seni yang lain, termasuk sastera-budaya. Malah Jins kini aktif juga dan (seni?) politik.

Bidang-bidang ini seperti telah menyatu dalam dirinya sehingga akhirnya beliau dilihat wajar mewakili masyarakat seni di Dewan Negara. Jins terhutang budi dengan “guru yang juga mentor”nya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah memperkenalkannya dengan dunia dan seni perfileman. Filem-filem seperti “Anakku Sazali”, “Sarjan Hassan” dan “Panca Delima” mengaitkannya dengan P. Ramlee.

Bersama P. Ramlee, H.M.Shah, Jaafar Abdullah, Jins berusaha menjayakan Perusahaan Filem Nasional (Perfima) yang mereka tubuhkan di Kuala Lumpur pada November 1972. Mereka disertai pemodal-pemodal tempatan dan beberapa orang bekas pekerja Shaw Brothers. Perfima mendapat bantuan MARA, UDA dan Bank Bumiputra. Dengan modal RM5 juta, Perfima diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan filem Melayu tahun 1950-60an, malah dalam pada itu Perfima turut diharapkan menjadi wakil tunggal mengimport dan mengedarkan filem-filem asing di negara ini.

Sayangnya H.M. Shah dan P. Ramlee meninggalkan Perfima atas sebeb-sebab peribadi dan menubuhkan Syarikat Perfileman Rumpun Melayu Sdn Bhd. Syarikat ini tidak mengeluarkan filem tetapi sekadar mengimport filem asing untuk tayangan dalam negeri. Nasib tidak menyebelahi syarikat ini kerana P. Ramlee meninggal dunia dan syarikat itu seperti hidup segan mati tak mahu. H.M. Shah begitu mengharapkan pengalaman dan kepakaran P. Ramlee untuk menjaya syarikat itu.

Dalam peretmuan eksklusif saya dengan Jins di Perfima yang berpejabat di Jalan Ampang untuk “write-up” majalah Dewan Masyarakat pada tahun 1973, Jins bercerita tentang suka-duka sebagai anak wayang. Monopoli dua gergasi filem waktu itu sungguh-sungguh “mencekikkan”. Katanya, “Perfima, sebuah studio yang bertujuan mengeluarkan filem-filem bermutu dan mengedarkan Indonesia kini sedang perlahan-lahan dicekik oleh Shaw Brothers.” Bagaimanapun ketika itu Jins yakin “lambat laun benteng monopoli ini roboh juga akhirnya.”

Jins mengemukakan berbagai-bagai cadangan untuk memecah monopoli ini, termasuk campur tangan kerajaan. Antara cadangannya membangunkan panggung sendiri, mengadakan kuota import filem asing untuk melindungi pengeluaran filem tempatan dan mempastikan filem-filem yang diimpot tidak bertentangan dengan konsep Rukunegara. Lebih penting semua filem import hendaklah bersarikatakan bahasa Melayu sahaja.

Cadangan Jins yang mengaitkan filem dengan budaya begitu ditekankan. Menurutnya, kerajaan perlu campur tangan dalam mengimport filem asing. Jins yakin banyak filem asing boleh merosakkan “peradaban bangsa. Masyarakat ditonjolkan dengan kisah seks melulu, keganasan dan sebagainya. Kesannya kian nyata bila dadah, ganja, curi, rampas, rogol dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini.”

Di Dewan Negara, Senator Othman Abdullah mengulangi kebimbangan Jins ini. Katanya, “Keluar sahaja dari bangunan Parlimen kita terus melihat anak-anak muda berasamara di sana sini di Taman Bunga.Tentu ini adalah kesan menonton filem-filem seks.” Sementara Jins mengulangi cadangannya itu dalam Seminar Ekonomi Bumiputra yang diadakan di Universiti Malaya tahun 1973.

Kini, masyarakat filem menaruh harapan kepada Jins untuk terus menyuarakan rintihan dan harapan mereka di Dewan Negara. Platform perjuangan Jins tidak lagi setakat Studio Panca Delimanya, tetapi semakin membesar dan bersigfat lebih rasmi dan nasional di Dewan Negara. Sebagai senator yang turut aktif dalam politik, Jins mempunyai peluang sepenuhnya untuk memperjuangkan bidang yang telah menjadi darah dagingnya.

Jins mampu dan boleh melakukan sesuatu. Ini anggapan orang filem. Walaupun rancangan untuk mengeluarkan filem “Pasir Salak”nya masih tertangguh dan dipersoal sesetengah pihak, namun baginya Pasir Salak telah menjadi masalah remeh dengan adanya platform yang lebih besar ini. Kata seorang peminatnya, “Minta-minta Jins dengan mencicah usia lanjut itu akan terus diberikan kekuatan, rohani dan jasmani untuk menyuarakan keluahan anak wayang. Jins perlu mendekati mereka bukan sebagai saingan tetapi sebagai sumber inspirasi untuknya berhujah dalam Dewan Negara.”

Penglibatan Jins dalam bidang sastera-budaya amat membantu. Jins banyak teman di kalangan penulis dan aktivis budaya. Ini dapat dilihat melalui kekerapannya hadir dalam majlis-majlis anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena). Jins tidak kekok bergaul mesra dengan anggota kerabat. Barangkali sudah menjadi tanggung jawabnya begitu kerana Jins ahli persatuan penulis nasional (Pena) dengan nombor urutan 191. Penglibatannya tidak sekadar memenuhi undangan atau menggenapkan jumalah ahli tetapi turut giat di lapangan.

Ketika berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara di Ujung Pandang, Makasar, Indonesia pada tahun 1986, Jins merupakan salah seorang daripada 69 anggota perwaikilan Gapena yang turut hadir. Setiap anggota perwakilan mungkin tidak dapat melupakan bagaimana sibuknya Jins macam lipas kudung menguruskan bagasi dan “check-in” di lapangan terbang Jogjakarta dan Bali. Pada 19 November, ketika penerbangan Jogjakarta-Ujung Pandang tergendala hampir satu jam, akibat karenah birokrasi terminal, Jins ke sana ke mari bersama beberapa orang pemimpin Gapena, termasuk Tan Sri Ismail Hussein menyelesaikan masalah. Sehingga ke hari ini kami anggota rombongan tidak pernah dimaklumkan secara rasmi punca penerbangan tergendala.

Usaha Jins seperti ini datangnya secara sukarela dan kerana cintanya kepada cabang yang turut menjadi profesionnya. Tidak siapa yang menyuruhnya. Sebagai seniman besar dan menjadi idola remaja, Jins boleh sahaja mendiamkan diri di satu penjuru balai berlepas. Tetapi Jins tidak berbuat demikian. Dalam pada itu pandangan yang diberikan dalam majlis-majlis dialog atau makan malam di Rumah Gapena mencerminkan gejolak rasanya dalam bidang yang beliau telah benar-benat menjadi sebahagian daripada periuk nasinya pula.

Sastera dan filem, dua genre dalam satu kesatuan yang terbaur diri manusia yang bernama Jins. Beliau bukan jin yang menjelmam dalam diri manusia. Sesekali berbual dengannya dalam majlis-majlis anjuran Gapena, saya mengingatkan kembali kepada pertemuan di pejabatnya Perfima tahun 1973 itu. Ketika saya dipersilakan masuk oleh seniman Wahid Satay yang berada di pintu pejabat, saya terlihat Jins sudah pun berada di mejanya. Di atas meja ada sebuah buku. Tidak pasti apakah dia sedang khusyuk membacanya atau sedang berlakon membaca. Melihat saya masuk Jins bingkas bangun dan menghulurkan tangannya. “Saya tengah baca novel ini untuk cuba nak buat filem,” katanya tanpa ditanya.

IBM : Sangat-sangat meminati filem-filem yang dilakukan oleh Jin Shamsuddin. Tengah tunggu bila Jins Shamsuddin nak buat Filem/Drama 'Politik'..............

Proses Penamaan Calon PRK Batu Sapi.



Penyokong-penyokong BN berkumpul berhampiran dengan pusat pencalonan
di Dewan Komuniti Sandakan awal pagi ini.


SANDAKAN, 26 Okt — Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK)Parlimen Batu Sapi bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Komuniti Sandakan di sini hari ini.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, disusuli dengan tempoh bantahan selama sejam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding PRK, yang ditetapkan pada 4 November ini, oleh pegawai pengurus pilihan raya Mohamad Hamsan Awang Supain.


Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengiringi calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin di pusat penamaan itu. Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Anggota Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Parti pembangkang Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calon parti itu.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR.

Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal pukul 5.45 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.

Anggota polis ditempatkan di sepanjang jalan sempit menuju ke pusat penamaan bagi mengawal lalu lintas serta memastikan tiada kejadian tidak diingini tercetus di luar dewan.


IBM : Satu cabaran yaang besar buat BN kerana pembangkang akan berhabisan-habisan untuk memenangi PRK P183 Batu Sapi Ini.Harap rakyat Sabah bersama BN.

Sumber Ikhsan Dari : Anak Sungai Derhaka.

Ketandusan Modal : PAS "Sentuh" Ku Li


GUA MUSANG - PAS memulakan kempen hari keempat semalam dengan mendakwa ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkhianati parti itu dengan bertindak membubarkan Semangat 46 pada tahun 1966 sekali gus merencatkan usaha untuk membantu masyarakat orang asli.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim berkata, Tengku Razaleigh mempunyai fail berkaitan dengan hal ehwal Orang Asli bersamanya ketika membubarkan semangat 46 sekali gus menyukarkan PAS untuk membantu masyarakat ini.
" Apabila Ku Li hancurkan Semangat 46 dan UMNO, tiada fail lagi yang ditinggalkan, kita tidak tahu di mana nak mulakan untuk meneruskan urusan Orang Asli. Jadi ia adalah satu pengkhianatan yang Ku Li dan Semangat 46 lakukan," katanya dalam sidang media di Markas PAS di sini, semalam. Menjawab dakwaan tersebut, Tengku Razaleigh ketika ditemui di sebuah majlis di sini berkata, beliau tidak menyimpan sebarang 'fail' kerana bukan bertindak sebagai Kerajaan.
" Mana ada fail, saya bukan bertugas dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya tak pernah ada dalam Kerajaan. Kalau orang bawa lari 'fail' , orang Kerajaanlah, siapa dalam Kerajaan.?" katanya.

IBM : Memang kurang asam orang-orang PAS ni ye....tak habis-habis nak buat fitnah. Mereka tak takut TUHAN ke...?...atau TGNA yang ajar mereka kerana buat fitnah ke, buat bohong ke, orang-orang PAS bila mati nanti dah di janji bulat-bulat masuk syurga. Kalau macam itu IBM pun nak masuk PAS lah.....hehehehe.......

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA MALAYSIA 2010

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL .

PRK GALAS : Gambar-Gambar Di Sekitar Penamaan Calon.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT.
Barisan Kepimpinan UMNO/BN Berdiri Megah Memberi Semangat Kepada Calon BN.
Kata-Kata Semangat Dari Tengku Razaleigh Hamzah
Timbalan Perdana Menteri Juga Turut Berucap Memberi Kata-Kata Semangat Dan Harapan Baru Utk Rakyat Kelantan.


Friday, October 29, 2010

MENYINGKAP SEJARAH SILAM : Benarkah Hang Tuah Wujud Dan Berketurunan Melayu..?


Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

IBM : Apa-apa pun 'Melayu Tak Akan Hilang Di Dunia'. Hidup Melayu..!

Menyingkap Sejarah Lama. Kenapa Chin Peng Nak Kembali Ke Malaysia..?

"Memang saya ingin balik ke tanahair saya. Saya akan cuba dengan pelbagai cara, (ketawa) seludup masuk pun boleh...entah boleh berjaya atau tidak... saya sendiri pun tak dapat pastikan. Saya akan cuba.... cuba."

Demikianlah luahan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dalam bahasa Melayu ketika diminta untuk menyatakan perasaan dan kedahagaan beliau untuk kembali ke tanahair, dalam bahasa kebangsaan.

Chin Peng, 85 walaupun mengakui bahawa dirinya sudah lama tidak berucap dalam bahasa Melayu, tetap sudi untuk mencuba.

Satu hasrat sahaja

Chin Peng berkata sedemikian selepas satu wawancara yang dihadiri semua media cetak bahasa Cina di Malaysia, termasuk media internet MerdekaReview,Malaysiakini dan The Nut Graph. Wawancara yang mengambil masa lebih daripada satu jam ini diadakan pada kira-kira 4 petang (waktu Malaysia), di J.B Hotel, Hatyai.

Chin Peng atau nama asalnya, Ong Boon Hua yang jarang muncul di khalayak umum, hanya menyampaikan satu mesej kepada wartawan dalam wawancara tersebut, iaitu hasratnya untuk pulang ke Setiawan. Secara terus-terang, pemimpin komunis yang tidak pernah menyesal dengan perjuangannya itu mengakui, bahawa satu-satunya kekesalan beliau adalah hasratnya untuk pulang ke tanahair tidak kesampaian.

Walaupun diajukan pelbagai soalan, misalnya mengapa masih berdegil untuk kembali ke Malaysia, memandangkan Malaysia bukan negara impiannya kerana tidak mengamalkan komunisme, beliau menjawab, "ini tiada kena-mengena dengan komunisme atau tidak. Saya nak pulang ke Malaysia yang mengamalkan sistem kapitalisme, (kalau) Malaysia yang mengamalkan komunisme, lagi saya ingin pulang. Mengapa? Kerana itu tempat saya berasal... Ibu bapa saya terkubur di sana. Adik beradik saya yang terkubur di situ."

"Saya berasa, sepanjang umur hayat saya, saya nak cuba sedaya-upaya untuk pulang, dan menyembah mereka (ibu bapa dan adik beradik). Saya tak ada tujuan selain itu. Saya bukan nak pulang untuk bertanding, saya hanya nak balik untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak dan seorang saudara. Itu sahaja," katanya.

"Saya menganggap saya diperbodohkan"

Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai ditandatangani, Chin Peng hanya terusik dengan ketidaksampaian hasratnya untuk kembali ke Malaysia. Beliau mengungkit insiden di mana beliau dihubungi pegawai kerajaan Malaysia, untuk bertemu di suatu tempat dan kemudian dibawa balik ke Malaysia, tetapi tidak berakhir seperti apa yang dijangkakan oleh Chin Peng. Untuk Chin Peng, beliau menganggap dirinya "diperbodohkan" dalam insiden ini.

Namun, ketika ditanya adakah beliau berasa dirinya tertipu, jawapannya, tidak. Chin Peng cuba mengasingkan antara Perjanjian Hadyai, dengan apa yang berlaku kemudiannya, dengan berkata, "...kerana kami (PKM dengan kerajaan Malaysia) berbincang bersama. Kami bertoleransi antara satu sama lain. Maka tercapailah muafakat untuk menandatangani perjanjian. Jadi, apa yang berlaku selepas itu (perjanjian itu dibuat), itu persoalan lain."

Ditanya wartawan pula mengapa kerajaan Mahathir Mohamad menandatangani perjanjian ketika itu, seandainya tidak berniat untuk membenarkannya kembali, Chin Peng memberi jawapan bahawa senario ketika itu mendorong kedua-dua pihak, iaitu kerajaan Malaysia dan PKM untuk berdamai, kerana itulah yang diingini oleh rakyat.

Enggan menyelar kerajaan Malaysia

Jelas, Chin Peng masih menaruh harapan untuk kembali ke tanahairnya, malah sanggup menerima seandainya dibenarkan untuk kembali secara "senyap". Beliau tidak menyelar kerajaan Malaysia, walaupun beberapa kali soalan diumpankan kepadanya untuk berbuat demikian.

Misalnya, ketika ditanya mengapa kerajaan masih menghalang beliau daripada kembali ke tanahair, dengan ringkas Chin Peng menjawab, "saya masih belum membuat permohonan lebih lanjut kepada kerajaan setakat ini, adalah tidak baik dan tidak wajar kalau saya meneka sekarang."

Malah, apabila diasakkan kepadanya kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin, "tiada maaf bagimu", Chin Peng sekadar membalas, "saya hanya boleh berkata saya kesal dengan kenyataan ini. Kenyataan sedemikian tidak dapat menyelesaikan masalah."

Baru-baru ini, lawatan Setiausaha Agung Parti Komunis China, Hu Jintao ke Malaysia disambut secara besar-besaran, lantas mencungkil kritikan bahawa kerajaan Malaysia adalah hipokrit kerana mengambil sikap double-standard ketika menangani isu Chin Peng. Namun, Chin Peng tidak berfikir sedemikian, sebaliknya mengharapkan hubungan kerajaan China dengan Malaysia bertambah erat kerana ia memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

Sudi berjumpa dengan Najib

Wawancara ini disusuli dengan "penerokaan" pelbagai kemungkinan beliau boleh kembali ke Malaysia, misalnya apakah beliau akan cuba berjumpa dengan PM Najib Razak yang bakal melawat Selatan Thai pada bulan depan? Chin Peng menyatakan bahawa dirinya sudi untuk berjumpa dan mengemukakan permohonannya di depan PM ini, namun terpulang kepada Najib untuk memutuskan, sama ada ingin berjumpa dengannya atau tidak.

Malah, ketika ditanya sama ada Chin Peng sanggup menerimanya, jikalau kerajaan Malaysia memberi lampu hijau kepadanya, dengan syarat beliau balik secara senyap-senyap, Chin Peng menjawab, "saya tak kisah (untuk pulang secara senyap-senyap)."

Chin Peng yang tidak menyelindung bahawa dirinya seorang penganut komunisme sehingga hari ini, dan tidak menyesal dengan perjuangannya itu, bagaimanapun tidak menerima jikalau "permohonan maaf secara terbuka"dikenakan sebagai syarat untuk pulang ke Malaysia.

Kenyatan ini mencungkil keraguan jikalau dibandingkan dengan wawancaranya bersama Star, yang disiarkan pada 22 November 2009. Transkrip asal wawancara bersama Star yang dikemaskini oleh pembantu Chin Peng diedarkan untuk menjelaskan konteks kenyataan tersebut dikeluarkan.

Menurut transkrip ini, Chin Peng pada ketika itu menyatakan bahawa beliau sudi meminta maaf (apologize) kepada mangsa dan keluarga mangsa, seandainya "PKM dibuktikan benar-benar membunuh mereka yang tidak berdosa secara berniat", maka beliau sanggup meminta maaf secara terbuka.

Latar belakang Chin Peng

Chin Peng dilahirkan pada tahun 1924 di Setiawan, Perak. Beliau menjadi ahli Parti Komunis Malaya pada tahun 1940, dan menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM pada Mei 1947 ketika berusia 23 tahun.

Selepas Rundingan Baling pada tahun 1955, Chin Peng hanya muncul di khalayak umum 34 tahun kemudian, iaitu pada 2 Disember 1989, untuk menandatangani Perjanjian Hadyai bersama kerajaan Malaysia.

Sepanjang 20 tahun ini, Chin Peng pernah ditemuramah BBC, dan Sin Chew Daily pada Mac 1998. Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Hadyai, Chin Peng kini menjadi tumpuan media, setelah ditemuramah oleh Malaysian Insider dan Star.

"Saya sanggup korban demi tanahairku.."

Pengganas, atau pejuang kemerdekaan? Identiti Chin Peng begitu kontroversial, dilemparkan dengan pelbagai label dan tuduhan dalam buku teks sejarah Malaysia. Ketika ditanya tentang perjuangan bersenjata, Chin Peng menjelaskan bahawa ianya adalah satu-satu pilihan dalam konteks sejarah pada ketika itu.

Daya ingatan Chin Peng semakin lemah. Beliau tidak ingin mengulas dengan panjang lebar apa yang berlaku pada masa silam. Malah, beliau enggan menilai perjuangannya sendiri, sebaliknya menyerah kepada rakyat Malaysia untuk membuat penilaian terhadapnya.

Suara hati Chin Peng mungkin terdengar seandainya dirujuk kepada bukunya, My Side of History, bab ke-32. Chin Peng meluahkan kerinduan dirinya terhadap Setiawan apabila menulis, "aku tidak merintih dan menyesal, meskipun dalam keperitan semasa zaman perjuangan bersenjata, apatah lagi sekarang?..."

"Kedahagaanku untuk kembali ke tanahair telah aku simpankan. Hanya pada waktu kesepian, ianya akan menjelma dalam ingantanku. Aku akan mulai dari Setiawan, semasa zaman kanak-kanak. Selepas bersembahyang di kubur nenek moyang, aku akan menjenguk sekolah asalku. Kemudian, aku akan berjalan di lorong kampungku, mengimbas persahabatan yang terjalin dahulu..."

"Ingatan ini tidak akan meninggalkanku. Lorong, pohon, rumah dan papan tanda, segala-gala ini memberitahu aku, inilah Malaysia, bukannya tempat lain. Aku dahaga untuk kembali ke ribanya..."

Malah, bukunya mencatatkan pertanyaan berikut, "aku sanggup terkorban demi tanahairku. Mengapa tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"

"Selamat tinggal," Chin Peng

Pada akhir wawancara tersebut, Chin Peng diminta untuk mengungkap sepatah bahasa Melayu yang paling ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia. Setelah merenung sejenak, "Selamat tinggal" terkeluar dari mulutnya.

Wartawan agak terkejut dengan jawapannya. Untuk Chin Peng, selamat tinggal boleh membawa maksud "hidup dengan baik dan selamat", juga boleh memberi makna "selamat jalan".

Dengan terus-terang, dan sambil ketawa, Chin Peng mengakui bahawa usia dirinya telah lanjut dan bakal kembali ke pangkuan Tuhan tidak lama lagi. Walaupun belum sempat kembali ke riba Setiawan, namun "selamat tinggal" pula yang terpaksa diucapkan.

Dengan kata lain, apakah ini juga sebagai petanda seorang bekas pejuang bersenjata meninggalkan sejarah Malaysia, yang pernah dilakari sebahagiannya oleh dirinya?

IBM : KDN : Nak bagi ke tak bagi....?..Hishamuddin, macam mana..?..fikirkanlah masak-masak. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna. Gunakanlah kebijaksanaan mu wahai Menteri 'amaran'....!

Tragedi Bukit Kepong 1950-1


IBM : Walaupun Peristiwa Bukit Kepong telah lama berlalu, tapi masih diingati ramai terutamanya kepada keluarga yang terbabit di kejadian tersebut.......sudi-sudikanlah selak Youtube ini.

TERKINI : Orang ASLI Mula Bertindak..!

Kini PKR telah mula takut dengan bayang-banyangnya sendiri. Terbaru melaluicome back yang dibuat oleh bekas jambu Anwar iaitu Rahimi Osman dangan penampilan imej lebih bergaya serta berkot dan dibarisi barisan peguam di belakangnya, telah membuatkan PKR tak senang duduk untuk mempertahankan bos mereka yang kini tengah bersedap-sedap dalam pening di luar negara.

Jangan ingat hanya Anwar sahaja yang mampu berpakaian jenama terkenal dan memiliki barisan peguamnya sendiri. Orang lain pun boleh juga, walaupun sebelum ini Rahimi bekerja hanya sebagai pembantu khas kepada Anwar dan bergaji RM3000 sahaja. Tak kira samada orang luar atau dalam PKR itu sendiri yang menaja bekas jambu anwar ini, yang pastinya segala kerja-kerja dajjal dalam PKR sudah mula terbongkar satu persatu.

Jambu bukan sebarang jambu, bekas jambu Anwar ini boleh diketogerikan sebagai "Jambu Batu" yang keras dan susah nak makan kalau tak ada gigi yang kuat. Itu lah yang membuatkan PKR dan kuco-kuconya gelabah biawak tak tentu pasal, pelbagai penafian telah dibuat samada melalui sidang akhbar atau portal berita internet untuk melepaskan diri dari terpalit dengan isu ini. Kegelabahan yang ditunjukan oleh dua orang peguam PKR tersebut menunjukan selama ini memang benar bekas jambu Anwar itu telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang telah disediakan oleh mereka. Baca ulasan lanjut di Blog Azli Sukri Today

MMasyarakat Orang Asli yang kebiasaannya gemar bersahaja, kini mula menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap PAS.

PAS sebelum ini sengaja memperguna dan merendah-rendahkan Orang Asli dengan pemberian 2 bungkus keropok . Akhir menerima padah, bila sekumpulan masyarakat Orang Asli telah menghalang jentera pilihanraya PAS dari memasuki kawasan mereka.

Manakala DAP dari Cameron Highland telah diberi tugas untuk menyusup masuk ke kawasan tersebut bertujuan untuk memujuk Orang Asli dengan menabur duit. Namun percubaan mereka sempat dihidu oleh Orang Asli.

Hingga kini, percubaan DAP juga masih gagal...




Apakah tindakan Orang Asli selanjutnya, untuk menghalang kejahatan PAS?
IBM : Jangan sampai orang Asli bawa sumpit, sumpit orang2 PAS yang suka menipu rakyat.


YTL Jual Tanah Atas Angin...??



Hmmm...makin banyak pula 'pilat' yang terbongkar. Selepas terbaca post 'menikam belakang' ni, ada seorang informantmenghubungi saya. Dia dengan penuh semangat bercerita beberapa lagi kes YTL yang belum diketahui umum.

Dia (informant) menceritakan beberapa kes di mana YTL ni suka 'jual tanah atas angin'. Konsep 'jual tanah atas angin' ialah mengambil untung dengan menyusahkan orang lain. Menipu? Itu anda kena buat konklusi sendiri.

Menariknya ialah salah satu kes penjualan ini berlaku di Sandakan sendiri iaitu di hujung-hujung YTL jadi KM. Pada tahun 1998, satu permohonan telah diluluskan oleh kuasa eksekutif tertinggi Kerajaan Negeri.

Di sini saya hanya bagi sinopsis kerana ada satu blog akan mendedahkan perkara ini kerana semua dokumen telah berada di tangan blogger berkenaan untuk proses seterusnya.

Blog yang mana satu? Ok, sabar, sabar..... baca dulu seterusnya.

Kononnya.... ada satu tanah seluas lebih kurang 3,000 hektar diluluskan kepada satu entiti (Entiti 'A'). Entiti berkenaan ada kaitan dengan YTL. Entiti 'A' berkenaan nak buat duit cepat maka menjualkan lot berkenaan kepada Entiti 'B'.

Tentulah tak salahkan kerana urusan jual-beli adalah transaksi biasa.

Jadi apa masalahnya? Hihihihi.... ini barang biasa dibuat olehconman. Masalah timbul apabila lot tanah berkenaan sebenarnya adalah sebuah penempatan yakni perkampungan Bumiputera.

Duit sudah bertukar tangan dan Entiti 'B' telah membeli satu masalah.

Nantikan pendedahan berkenaan dalam blog otai ini....

Sementara itu, blog Surat Batu Sapi akan mendedahkan satu lagi penyelewangan besar oleh YTL melibatkan rasuah RM5 juta duit milik sebuah agensi Kerajaan! Nantikan beberapa jam lagi.

Sabar-sabar kamu nak......

IBM : Tokehnya Cina, bertambah kaya le Cina ye......!

TSUNAMI DI KEPULAUAN UTARA PAGAI.

Seorang perawat memeriksa bayi di klinik darurat Sikakap, Kepulauan Mentawai. (AP Photo)


Kondisi Desa Pasapuat, Dusun Saumanganya, Kecamatan Pagai Utara, Kabupaten Kepulauan Mentawai pascagempa 7,2 SR disertai gelombang tsunami, Senin (27/10). Tsunami juga terjadi di kecamatan Pagai Selatan dan Kecamatan Sikakap. (Antara/Rapot Pardomuan)

Kondisi Desa Pasapuat, Dusun Saumanganya, Kecamatan Pagai Utara, Kabupaten Kepulauan Mentawai. (Antara/Rapot Pardomuan)


Pandangan udara sebuah desa yang hancur dua hari setelah tsunami menghantam Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai, Sumbar, Rabu (27/10). Badan Penangulangan Bencana Daerah Sumbar menyebutkan korban tewas 282 orang sedangkan jumlah warga dilaporkan hilang 411 orang, korban luka berat tercatat 77 orang dan luka ringan 25 orang. (Antara/Setwapres)


Kondisi Desa Pasapuat, Dusun Saumanganya, Kecamatan Pagai Utara, Kabupaten Kepulauan Mentawai. (Antara/Rapot Pardomuan)


Dua warga Australia Daniel Scanlan, kiri, dan rekannya yang terluka Robert Marino, saat tiba di pelabuhan Padang, Rabu (27/10). Mereka tengah berada di atas perahu sewaan, masih di tepi pantai, saat tsunami menyerbu. (AP Photo/Achmad Ibrahim)
Rombongan Wakil Presiden Boediono mengamati kantong jenazah para korban tsunami di Pagai Utara. (AP Photo/Setwapres)
Sejumlah penduduk yang selamat berjalan melintasi daerah yang disapu tsunami di Pagai Utara, Kepulauan Mentawai. (AP Photo/Setwapres)

Menengok Mentawai Setelah Tsunami

Gempa 7,2 skala Richter mengguncang, lalu disusul tsunami ratusan meter menggulung sejumlah tempat di Kepulauan Mentawai. Ratusan tewas, ratusan pula yang hilang. Medan yang sulit membuat pasukan penyelemat, pengirim bala bantuan, tak bisa datang lekas. Gambar dari lokasi pun tak sampai ke publik secepat yang diharapkan.

Di pusat pemerintahan, sejumlah kejadian membuat kita termangu. Ada pencabutan peringatan tsunami yang terlalu dini. Ada pula menteri yang sibuk mengklaim tak ada kesulitan komunikasi di Mentawai.

Mari kita tengok Mentawai. Doakan saudara kita, bantu mereka dengan berbagai cara.

Sejumlah penduduk yang selamat berjalan melintasi daerah yang disapu tsunami di Pagai Utara, Kepulauan Mentawai. (AP Photo/Setwapres)

Rombongan Wakil Presiden Boediono mengamati kantong jenazah para korban tsunami di Pagai Utara. (AP Photo/Setwapres)

Seorang perawat memeriksa bayi di klinik darurat Sikakap, Kepulauan Mentawai. (AP Photo)

Pandangan udara sebuah desa yang hancur dua hari setelah tsunami menghantam Pulau Pagai, Kepulauan Mentawai, Sumbar, Rabu (27/10). Badan Penangulangan Bencana Daerah Sumbar menyebutkan korban tewas 282 orang sedangkan jumlah warga dilaporkan hilang 411 orang, korban luka berat tercatat 77 orang dan luka ringan 25 orang. (Antara/Setwapres)

IBM : Kepada semua keluarga mangsa dan penduduk di kepulauan Utara Pagai, harap bertenang dan bersabar menghadapi dugaan dari allah s.w.t. Takziah kepada keluarga mangsa.......

Thursday, October 28, 2010

Melayu Perlu Sedar Agenda Sebenar Pakatan Pembangkang


SHAH ALAM – UMNO Selangor hari ini meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, kesedaran di kalangan golongan itu amat penting bagi memastikan hak orang Melayu serta bumiputera lain termasuk Islam, terus dipelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, kewujudan ‘perlembagaan baru’ yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berhasrat untuk memelihara kepentingan orang Melayu dan menegakkan Islam di negara ini.

“Orang Melayu tidak seharusnya lupa bahawa mereka telah dijajah dan dinafikan hak selama 446 tahun bermula sejak zaman kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511.

“Kini adakah orang Melayu sudah puas dengan kemerdekaan yang dinikmati sejak 1957 sehingga mahu bersekongkol dan membiarkan pihak lain mewujudkan ‘perlembagaan baru’ yang jelas mengenepi hak bumiputera dan kedudukan Islam?

“Perlembagaan baru ini sebenarnya membuktikan agenda serta rancangan sebenar pakatan pembangkang dalam usaha mereka menduduki tampuk pentadbiran di negeri-negeri dan juga negara ini,” katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Harussani, Ahad lalu mengenai kewujudan ‘perlembagaan baru’ yang dirangka oleh pihak-pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Menurut Harussani, paling mengejutkan ‘perlembagaan baru’ itu dikatakan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga kedudukan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim semalam mengesahkan wujudnya ‘perlembagaan baru’ itu dan menyatakan ia adalah perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih sokongan bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang menyelar sikap sebilangan orang Melayu yang bersekongkol dengan kewujudan ‘perlembagaan’ sedemikian dan menyifatkan mereka sebagai ‘Si Kitol dan Raja Mendeliar’.

Ini kerana, katanya, tindakan mereka yang cuba memainkan sentimen penghapusan hak bumiputera dan kedudukan Islam itu adalah tidak bertanggungjawab seolah-olah satu pengkhianatan kepada agama dan bangsa mereka sendiri.

“Orang Melayu dijajah berpunca daripada orang Melayu sendiri sebagaimana Si Kitol dan Raja Mendeliar mengkhianati serta memecahbelahkan orang Melayu sehingga jatuhnya Kota Melaka ke tangan penjajah.

“Namun hari ini, dua watak dalam sejarah Melayu ini seolah-olah muncul kembali apabila ada pemimpin Melayu (PKR dan Pas) bersekongkol dengan pihak lain untuk menghapuskan hak bangsa dan kedudukan Islam sendiri hanya kerana mahu berkuasa di Putrajaya,” tegasnya.

IBM : Memang dah lama masak dengan kerenah dan pembohongan Pakatan Pembangkang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...