Thursday, March 31, 2011

MB : Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco

"Kalau Mufti kata haram, apa boleh buat, akur je lah." - Zambry

Assalamualaikum Semua.
Kepada peminat-peminat tarian poco-poco di Perak, di harap jangan panik. Ini bukan bererti dunia dah nak kiamat. Tiada poco-poco pun kita semua boleh hidup. Betul tak..?

Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

NONE
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Tiada poco-poco, tarian melayu aslikan banyak lagi. Masa inilah kita nak bangkitkan kembali seni tarian Melayu asli kita turun temurun. Kenapa kita masih nak 'copy cat' orang punya. Betul tak?......Ikhlas Dari : IBM

Nik Aziz Ibarat Quran buruk - Zam

Assalamualaikum semua.

Buruk benar rupa TGNA ni bila dia menyimpan 'dendam' terhadap sesuatu komen mengenai diri beliau kerana selalu mengeluarkan 'Fatwa' dan kenyataannya yang mengelirukan rakyat. IBM setuju dengan pendapat bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang Nik Aziz di ibaratkan..........

[Sumber : MediaUMNO]

KUALA LUMPUR,Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas diibaratkan seperti ‘Quran buruk’ kepada rakyat Kelantan yang sudah tidak boleh dibaca lagi tetapi tetap disimpan sebagai bahan yang tidak boleh dibuang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zanuddin Maidin.

Jelasnya, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berasa malu terhadap pemimpin-pemimpin Melayu ekoran penayangan video aksi seks yang dikatakan pemimpin pembangkang sebenarnya adalah sesautu yang dianggap mengelirukan.

“Saya hanya nak minta jawapan secara ikhlas dan boleh meyakinkan pengikut-pengikutnya dan orang awam juga, kenapa Nik Aziz tidak membuat kenyataan yang sama seperti ini apabila seorang penceramah Pas iaitu Allahyarham Bunyamin Yaacob yang pernah mendakwa Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir menonton filem lucah bersama cucunyasecara terbuka,” soalnya.

Beliau yang lebih dikebali sebagai Zam berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online ekoran Nik Aziz menganggap bahawa tindakan menayangkan video aksi seks terbabit sebagai tidak bermoral dan berasa dia seolah-olah berada di negara lain.

Katanya, beliau mahukan penjelasan kerana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan ketika para pemimpin Pas sendiri yang membuat tuduhan tiada apa-apa kenyataan dibuat.

“Hal berkaitan Bunyamin ini telah didedahkan dalam media ketika itu dan Nik Aziz tidak mengatakan apa-apa, tidak mengutuk dan tidak menyatakan bahawa inilah sesuatu perbuatan yang memalukan umat Islam, memalukan bangsa Melayu sedangkan tuduhan Bunyamin ini langsung tidak ada asasnya apatah lagi untuk dipercayai secara logik akal,” tegasnya.

Ujarnya lagi, persoalannya kenapa Nik Aziz mempunyai pemikiran yang berlainan sekali dalam soal ini dan nampak dengan jelas bahawa dirinya dikongkong oleh sentimen politiknya semata-mata.

“Apa yang sewajarnya, kedudukan Nik Aziz sebagai seorang ulama yang seharusnya ikhlas,adil dan tidak membohongi masyarakat khususnya orang Islam terhadap sesuatu yang benar. Inilah yang saya rasa amat perlu dijawab oleh Nik Aziz.

“Kalau sekiranya Nik Aziz tidak dapat memberikan jawapan yang jelas dalam soal ini saya harap Nik Aziz tidak akan merasa tersinggung apabila beliau dianggap sebagai ulama politik yang hanya pandai memutarbelit keadaan sebenar untuk kepentingan parti sahaja.

Zam yang juga penyandang Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) akui bahawa sememangnya Nik Aziz mempunyai kekuatan dalam mengelirukan masyarakat sebagai seorang yang banyak membuat fatwa-fatwa yang boleh menimbulkan salah faham kepada umat Islam.

“Umpamanya Nik Aziz pernah menyatakan bahawa orang-orang yang menuduhnya harus menjawab kepadanya di akhirat seolah-olah dia orang benar dan banyak lagi, malah dia pernah menyatakan bahawa saya ini budak celaka. Saya terkejut bagaimana dia sebagai seorang ulama boleh berkata demikian.”

Tambahnya lagi, kebiasaannya apa juga yang dikatakan oleh Nik Aziz akan mudah dipercayai lantaran sikapnya yang meyakinkan orang kerana bijak bermain retorik.

“Nik Aziz tidak menukarkan imejnya dari sejak dia jadi anggota Dewan Rakyat pada tahun 1963 hingga sekarang dari segi pemakaian dan mengajar agama sedangkan orang lain bertukar. Ini adalah sesuatu kekebalannya tetapi disebaliknya pelbagai pembohongan dengan perkara yang tidak logik dan fatwa-fatwa yang tidak betul telah dikeluarkan.

“Pemimpin Pas ini tidak sedar bahawa segala sebutan mereka itu telah mendedahkan imej mereka sendiri dan ini jelas apabila kita nampak ketakutan mereka malahan video-video caci maki mereka terhadap pemimpin kerajaan juga hilang dari pasaran ketika itu apabila pendedahan secara meluas dibuat oleh media,” katanya.

Terangnya lagi, ini secara tidak langsung telah membetulkan akhlak mereka ketika itu kerana apa yang mereka katakan dulu, mereka tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang, apatah lagi sikap mereka yang berubah-ubah.

“Mereka ini bukanlah ulama sezaman tetapi ulama-ulama kuno yang kolot dan ketinggalan zaman,” tegasnya lagi.

Wednesday, March 30, 2011

9 Kerusi DUN Selangor bakal dirampas : Muhyiddin

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang berpotensi untuk di rampas kembali pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi membolehkan BN kembali menerajui negeri itu.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun menghadapi tentangan hebat daripada pembangkang, ia bukan mustahil dicapai jika mendapat kerjasama semua parti komponen BN.

Kata Muhyiddin, "Strategi sudah mula diatur untuk menebus kembali sembilan kawasan DUN berkenaan untuk memastikan kita mendapat semuala Selangor."

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra di Sekolah Menengah Kebangsan Taman Tasik Ampang, semalam. Berdasarkan sambutan dan interaksi yang diterima sepanjang lawatan itu, Muhyiddin yakin rakyat di Selangor mula memberi penilian positif kepada kerajaan.

Ayuh rakyat Selangor, bangkit dan kembali bersama BN untuk merampas kembali negeri Selangor dari Pakatan Rakyat. Malaysia boleh, rakyat Selangor boleh...!
Ikhlas dari : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

30 MARCH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Maaf, hari ini lambat sikit. Jom baca...

PENUBUHAN SYARIKAT PERMODALAN KEMAJUAN PERUSAHAAN MALAYSIA BERHAD (MIDF)
Tarikh Peristiwa : 30-03-1960
Pada hari ini dalam tahun 1960, Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad atau MIDF (Malaysian Industrial Development Finance) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan kegiatan-kegiatan perusahaan dan pelaburan di negara ini. Penubuhan syarikat itu adalah amat penting kerana ianya sebagai satu bank pelaburan dan syarikat pengeluar dan penanggung saham dan juga sebagai pendaftar kepada syarikat-syarikat awam. Dua buah anak syarikat ditubuhkan untuk menyelaras segala urusan perusahaan. Pada tahun 1965 Syarikat MIEL (Malaysian Industrial Estates Ltd) ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha kecil membina kilang. Syarikat ini telah berjaya menubuhkan beberapa kawasan perindustrian termasuk kawasan perusahaan Mak Mandin, Prai, di Pulau Pinang; Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor; Larkin di Johor Bahru; Bintawa di Sarawak dan Likas di Sabah. Syarikat Perunding Perusahaan MIDF atau MIDFIC (MIDF Industrial Consultants) ditubuhkan pada tahun 1971 dengan bantuan daripada UNDP atau United Nations Development Programme. Syarikat ini bertujuan untuk membantu perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang sedia ada melalui perkhidmatan nasihat teknik. Sekarang, Syarikat Permodenan Kemajuan Perusahaan Malaysia serta anak-anak syarikatnya telah membina 153 kilang dan menjadi Pendaftar kapada 35 syarikat awam dengan modal sebanyak $917 juta. Ia mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. DAN JUGA PADA HARI YANG SAMA......

MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN KE-25 DAN PERASMIAN PAMERAN SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PARLIMEN MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 30-03-1985

Pada hari ini dalam tahun 1985, telah berlangsung Majlis Perayaan 25 tahun Perlimen Malaysia, di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed. Turut serta pada majlis tersebut, Dato’ Seri Dr. Siti Hasmah serta Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Berucap pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh berkata bahawa pilihan raya di Malaysia tidak bebas. Ini kerana tidak pernah berlaku parti kerajaan memenangi 100 peratus kerusi yang dipertandingkan. Malaysia ialah sebuah negara demokratik dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Menurut beliau lagi, walaupun kebebasan yang dinikmati oleh rakyat negara ini tidak mutlak dan tertakluk kepada sekatan-sekatan tertentu namun, sekatan tersebut tidak pula dikenakan dengan sewenang-wenangnya. Sekatan-sekatan itu dibuat berdasarkan kehendak rakyat melalui Parlimen dan perlu diadakan oleh Kerajaan, terutama dalam masyarakat majmuk di negara ini. Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri telah menyaksikan Pameran Sejarah Parlimen Malaysia dengan diiringi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Zakiah Hanum Haji Abdul Hamid.


SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Tuesday, March 29, 2011

Harakah kaki fitnah dan akan terus menabur fitnah

Salam untuk semua.
Satu lagi pembohongan dan FITNAH dari 'HarakahDaily'. Tuduhan yang tak berasas, Karnival BN bukti pengangguran serius?

Mesti baca :

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa 300,000 orang dilaporkan mengunjungi karnival BN Youth Jobs membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.

Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur di kalangan graduan.

“Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, ujarnya tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival itu menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran.

Katanya, karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah graduan menganggur dan graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan.

Ini, tambahnya melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik di peringkat kerajaan mahupun swasta.

Menurutnya, dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan dikurangkan di peringkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah.

“Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa masalah pengangguran di kalangan generasi muda terutama graduan adalah masalah yang membelenggu kelompok ini,” katanya.

Justeru, ujarnya karnival semata-mata bukanlah tindakan mapan yang mampu menyelesaikan masalah pengangguran jangka masa panjang.

Tambahnya, dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam negara.


PAS SUDAH KEHABISAN MODAL. SANA SINI MENABUR FITNAH MELALUI AKHBAR 'SYAITAN' NYA, HARAKAH DAILY. AKHBAR SYAITAN INI HANYA LAYAK DIBUAT PEMBALUT NASI LEMAK, ITUPUN DAH DIKIRA BERNASIB BAIK. BAGI ORANG CINA, MEREKA BUAT UNTUK MENGELAP BUNTUT MEREKA APABILA HABIS 'MELABUR'. MEMANG GERAM BETUL PADA HARAKAH NI. - IBM

Sayang juga Izzah pada Anwar ye..!!

Mungkinkah ini salah satu dari gambar kartun yang Nurul Izzah maksudkan..?

Assalamualaikum Semua.

Ekoran 'Kartun Lucah' terhadap bapanya :

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

NONE
Menurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Nak juga tengok 'kartun lucah' tu kalau dapat peluang. Macam mana le rupanya...Hehehehehe.......tentu Izzah tengah marah betui ni. Bukan IBM nak mempersedakan Izzah pulak, kan dia wakil rakyat yg berwibawa, macam bapanya. No hard feeling Izzah - IBM

Riwayat Politik Anwar berakhir tanpa sokongan Pas dan Dap

Assalamulaikum semua.

Ramai penganalisa politik meramalkan bahawa karier Politik Anwar dah sampai ke penghujungnya. Waktu senja sudah menghampiri beliau. Maka angan-angan beliau untuk ke Putra Jaya hanya tinggal kenangan...

KUALA LUMPURAnggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau yakin riwayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir jika pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP tidak lagi menyokongnya.

Katanya pemimpin-pemimpin yang dimaksudkannya termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kalau mereka jauhkan diri daripada Anwar, sudah pasti riwayat politik dia akan habis,” katanya di sini hari ini.

Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata beliau berpendapat pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu taksub menyokong Anwar sebab mereka yakin kononnya Anwar boleh menawan Putrajaya.

KESIAN ANWAR. TAK KESAMPIAN CITA-CITANYA UNTUK MENAWAN PUTRA JAYA. MALAH SUNGAI BULOH JELAS MELAMBAI-LAMBAI AKAN KEDATANGAN BELIAU UNTUK MENJADI PENGHUNI YANG BARU.HEHEHE - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

29 MARCH
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Jangan jemu membaca. Kerana tabiat membaca besar ganjarannya. Insyallah.

MESYUARAT TERGEMPAR KONGRES MELAYU SE-MALAYA
Tarikh Peristiwa : 29-03-1946

Pada hari ini 29.3.1946 satu mesyuarat tergempar telah diadakan oleh Kongres Melayu Se-Malaya berikutan perisytiharan Kerajaan British untuk menubuhkan Kerajaan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1 April, 1946. Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Akhbar Majlis Kuala Lumpur itu bertujuan mencari jalan bertindak balas di atas sikap keterlaluan British yang masih berdegil meneruskan cita-cita Malayan Union. Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu kerana tujuannya menyatukan negeri-negeri Selat (tidak termasuk Singapura) dengan negeri-negeri Melayu dalam satu unit pentadbiran di bawah pengawasan Gabenor sebagai ganti Pesuruhjaya Tinggi dan Sultan-Sultan. Hak Raja-Raja Melayu dilucutkan kecuali sebagai penasihat Agama dan Istiadat. Di samping itu sistem kerakyatan yang terbuka akan diperkenalkan. Bagi orang Melayu Malayan Union mengancam identiti mereka. Hak yang sama diberi pada rakyat British adalah perbuatan yang menyalahi perjanjian yang ada, bertarikh daripada perjanjian Perak (1874) hingga perjanjian Perlis (1930) di samping bersalahan dengan piagam Atlantik dan piagam Bangsa-bangsa Bersatu yang telah membuat polisi amanah, naungan dan bantuan dalam Kerajaan dengan menjamin layanan yang adil kepada bangsa anak negeri. Demi menghalang cita-cita Malayan Union, Kongres Melayu Se-Malaya dalam mesyuarat tergempar yang diadakan pada 29 dan 30 Mac 1946 ini telah membuat beberapa ketetapan yang akan disampaikan kepada semua rakyat di seluruh negara.

Antara keputusan yang diambil di mesyuarat tergempar tersebut ialah:

  1. Meminta semua orang Melayu di seluruh Tanah Melayu bergabung dengan melilit kain putih di songkok pada 1 hingga 7 April 1946 (seminggu) sebagai berdukacita atas kedatangan Malayan Union dan sebagai satu bantahan.
  2. Memohon Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Melayu jangan campur dalam istiadat menyambut Gabenor Malayan Union (jangan hadir istiadat mengangkat sumpah dan majlis penasihat Gabenor).
  3. Melantik Datuk Onn, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah menjadi wakil untuk mengadap Sultan-Sultan supaya mempersembahkan permohohan itu.
  4. Ahli-ahli kongres yang telah ditawarkan kepadanya menjadi ahli Majlis Penasihat Gabenor akan menarik diri daripada lantikan itu. Meminta orang-orang lain yang kena lantik menarik diri juga. Begitu juga orang-orang Melayu, jangan menerima lantikan menjadi ahli dalam mana-mana Majlis, Lembaga atau Jawatankuasa. Sesiapa orang Melayu yang melanggar ketetapan ini di pulau.
  5. Memulaukan perlantikan Gabenor Malayan Union.

Kelancangan British yang meneruskan penubuhan Malayan Union memperhebatkan tentangan dan bantahan dari Raja-Raja dan orang-orang Melayu yang telah bersatu padu semangat kebangsaannya. Perjuangan diteruskan sehinggalah konsep Malayan Union digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

DAN PADA HARI YANG SAMA...........
PERASMIAN SEMINAR INSTITUT TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DAN KESIHATAN
Tarikh Peristiwa : 29-03-1969

Seminar mengenai perubatan dan kesihatan memainkan peranan penting dalam menghasilkan idea-idea baru dalam bidang perubatan dan kesihatan di negara ini. Justeru itu pada hari ini 29.3.1969 Institut Teknologi Makmal Perubatan dan Kesihatan Kuala Lumpur, telah mengadakan Seminar Institut Teknologi Makmal Perubatan dan Kesihatan bertempat di Panggung Syarahan, Pusat Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Encik Mohd Khir Johari.

Di antara matlamat penting seminar itu diadakan ialah untuk:

Membincangkan mengenai keperluan tenaga manusia yang terlatih untuk perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan, serta juga membekalkan pakar-pakar yang mahir dan mencukupi dengan cara menubuhkan Sekolah Teknologi Makmal Perubatan dan Kesihatan, bagi mewujudkan perkhidmatan makmal perubatan dan kesihatan yang lengkap di seluruh negara.

Dalam ucapan perasmiannya, Encik Mohd Khir mengucapkan ucapan tahniah kepada kumpulan pakar-pakar Teknologi Makmal serta kakitangannya di atas daya usaha mereka dalam pembentukan Persatuan yang dinamakan Institut Teknologi Makmal Perubatan dan Kesihatan dan berharap usaha-usaha mereka akan mencapai kejayaan. Seminar tersebut juga telah membentangkan beberapa kertas kerja mengenai Teknologi Makmal Perubatan dan Kesihatan; Sesi Bengkel dan rumusan-rumusan penting mengenai seminar. Sesungguhnya seminar yang diadakan pada hari ini diharap akan dapat menarik minat generasi muda untuk mendekatkan diri mereka kepada perkembangan teknologi perubatan dan kesihatan sebagaimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Malaysia.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Monday, March 28, 2011

Gempar !! Nasharuddin nak keluar Pas??

Assalamualaikum Semua.

Mengikut cerita terbaru, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan itu. Jika benar, persolannya adalah mengapa?...dan satu lagi persoalan yang menyusul, siapakah yang akan dipilih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan?

Ada dua nama besar dalam Pas, yang dipercayai mempunyai penyokong paling ramai dalam kalangan pemimpin pelapis parti tersebut. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang lagi, Datuk Husam Musa.

Dalam pemilihan 2009, Husam mencabar Nasharuddin dengsan alasan, sudah ada keraguan dalam kalangan ahli Pas soal hubungan sulit dengan UMNO berkaitan isu Kerajaan Perpaduan yang secara sinikal ditujukan kepada Timbalan Presiden itu.

Hal ini juga membuat TGNA melenting dan sambil menyindir Nasharuddin supaya dia memasuki UMNO dan tinggalkan parti Pas. Mungkin sudah sekelian lama Nasharuddin menyimpan rasa dan sudah sampai masanya dia mengundurkan diri untuk meninggalkan Pas yang mana perjuangan mereka sudah lari dari landasan yang sebenar.

KALAU BETUL-BETUL USTAS NASHA INGIN KELUAR DARI PAS DAN INGIN MENYERTAI UMNO, AMATLAH DI ALU-ALUKAN. HEHEHE....SAYA HANYA MEMBERI PENDAPAT SAJA. SELEBIHNYA TERPULANG KEPADA PUCUK KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI SAMADA MENERIMA BELIAU ATAU TIDAK. LAGI PUN KENYATAAN USTAZ NASHA KELUAR DARI PAS, BELUM ADA KESOHIHANNYA. KITA TUNGGU PERKEMBANGAN SELANJUTNYA. IKHLAS DARI : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

28 MARCH
ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN

Teruskan membaca, jangan jemu-jemu ye. Sebahagian hidup kita tidak merasa ceria sekiranya kita tidak membaca. amatlah rugi.

UPACARA PERASMIAN SEKOLAH RAJA CHULAN, IPOH PERAK
Tarikh Peristiwa : 28-03-1969

Kerajaan telah berusaha untuk menambahkan bilangan sekolah-sekolah di setiap negeri bagi keperluan pendidikan rakyat yang semakin bertambah dengan begitu pesat sekali, setelah negara mencapai kemerdekaan. Sekolah Raja Chulan merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan di Ipoh Perak bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di Ipoh. Sekolah tersebut yang menelan belanja lebih kurang RM 316 ribu, telah dirasmikan pada hari ini 28.3.1969 oleh Menteri Pelajaran Malaysia En. Mohd. Khir Johari. Di dalam ucapan perasmian antara lain Encik Khir Johari mengusulkan agar guru-guru sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan akademik serta mana-mana guru yang mempunyai kelulusan tambahan diberi bonus, sebagaimana yang disebutkan dalam Laporan Aziz. Berikutan dengan perkara ini guru-guru adalah digalakkan untuk mengambil peperiksaan dan mengikuti kursus yang diadakan dengan diberi kemudahancuti dan sebagainya bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melengkapkan diri guru-guru sejajar dengan perkembangan pelajaran di negara ini. Sesungguhnya dengan perasmian sebuah lagi sekolah baru ini menandakan bertambah satu lagi kemajuan di bidang pelajaran untuk generasi yang ada dan yang akan datang. Ini merupakan salah satu di antara banyak kemajuan dan kemudahan dalam pendidikan yang telah diterima semenjak negara ini mencapai kemerdekaan.


Lebuh raya NKVE
LALUAN DAMANSARA – SUNGAI BULUH DIBUKA KEPADA LALULINTAS
Tarikh Peristiwa : 28-03-1992

Pada hari ini dalam tahun 1992, Menteri Kerja Raya, Y.B Datuk Leo Moggie telah merasmikan pembukaan laluan Damansara - Sungai Buluh - Rawang sejauh 22 kilometer. Laluan baru ini berharga RM 232.1 juta menghubungkan Lebuh raya Baru Lembah Klang (NKVE) dengan Lebuh raya Utara Selatan telah dapat mempercepatkan perjalanan 52 kilometer dari Klang ke Rawang dengan hanya 30 minit berbanding 90 minit melalui pusat bandar Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut juga Menteri Kerja Raya menyatakan, bahawa Projek Lebuh Raya Utara- Selatan dari Bukit Kayu hitam ke Johor Baharu kini berjalan lancar dan dijangka siap pada awal tahun 1994. Hampir keseluruhan laluan ini diperbuat daripada konkirt berturap dan selebihnya tar iaitu di atas jambatan dan jalan susur. Pembukaan laluan ini membolehkan pengguna keluar masuk dengan mudah melalui lima persimpangan dari Bukit Raja ke Pelabuhan Klang dan Klang, Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Subang, Damansara ke Petaling Jaya, Sungai Buluh melalui Kepong ke Kuala Lumpur dan Petaling Utara. Laluan ini mula di kenakan bayaran tol dengan kadar bayaran paling minimum 60 sen bagi laluan Damansara - Sungai Buluh manakala bayaran maksimum adalah sebanyak RM 2.40 untuk laluan Bukit Raja – Rawang.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Sunday, March 27, 2011

Cermin diri tu dulu wahai Saifuddin.........

Jangan tuduh sebarang tuduh. Inilah kerja pemimpin-pemimpin PKR. Terkini, si bodoh Saifuddin menuduh Umno berpaut kepada budaya fitnah untuk terus hidup. Selama ini siapa yang fitnah siapa?. Cermin diri tu dulu sebelum menuduh yang bukan-bukan. Mai baca..........

Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

PKR AKAN BERKUBUR DIK KERANA SUKA MEMFITNAH. PERCAYALAH. IKHLAS DARI : IBM


MISTERI MIMPI KAK WAN AZIZAH

"Sebelum Anwar, saya pernah terima lamaran lain. Tapi selepas solat Istikharah, apabila Anwar melamar, saya mimpi melihat banyak poster seperti poster pilihan raya"...Wan Azizah

TIDAK MENYESAL BERSUAMI ANWAR

- Sejak usia 20 tahun hingga sekarang, pelbagai perkara sudah dilaluinya. Insyallah dia mampu. Itulah ungkapan kak Wan bila ditanya akan perjalanan hidupnya bersama Anwar.

Alhamdulillah sehingga kini keyakinan beliau sekeluarga terhadap Anwar tidak pernah luntur. Beliau sentiasa tanamkan dalam diri terima segala dugaan yang Allah datangkan. Katanya lagi, melalui dengan sabar sentiasa berdoa memohon Allah permudahkan segala-galanya dan tunjukan kebenaran. Dan beliau tidak pernah membenarkan rasa sesal singgah di dada.

Seterusnya, beliau berkeyakinan, dugaan yang beliau lalui, tidak mustahil Anwar boleh jadi Perdana Menteri. Misteri Mimpi Wan Azizah menjadi kenyataan bila dia bersuamikan Anwar Ibrahim. Wan Azizah tidak pernah menyesal.

APAPUN ITULAH ADALAH PENDIRIAN WAN AZIZAH TERHADAP SUAMINYA YANG BERNAMA ANWAR IBRAHIM. JAHAT SEKALI PUN DIA ADALAH SUAMINYA. KITA TUNGGU DAN LIHAT SEJAUH MANA WAN AZIZAH BOLEH BERTAHAN DENGAN KERENAH SUAMINYA YANG DIKASEHI. IKHLAS DARI SAYA : IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

27 MARCH

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Teruskan membaca demi untuk daya ingatan yang bernas.....

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI SEMBILAN DILULUSKAN OLEH MAJLIS NEGERI SEMBILAN
Tarikh Peristiwa : 27-03-1959

Pada hari ini 27.3.1959, Majlis Negeri Sembilan telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Negeri Sembilan. Majlis Negeri Sembilan yang lama akan dibubarkan pada 14 April 1959. Pindaan utama di dalam Perlembagaan Negeri Sembilan ialah pembentukan Dewan Perundangan yang mempunyai 24 ahli dengan seorang Menteri Besar yang dipilih. Ia juga mewujudkan Dewan Keadilan Dan Undang. Dewan ini akan memberi nasihat kepada pemerintah di dalam perkara-perkara berkaitan dengan adat orang-orang Melayu dan perkara-perkara yang dirujukkan kepada Dewan ini oleh pemerintah dan undang. Dewan ini dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Pindaan Perlembagaan ini juga telah mengiktiraf perlantikan Dato Shahbandar, Sungai Ujong. Pindaan Perlembagaan Negeri Sembilan telah banyak membawa perubahan di dalam sistem pentadbiran Negeri Sembilan.

MENTERI PERTANIAN DAN SYARIKAT KERJASAMA MERASMIKAN PELANCARAN MOTORBOT PERONDA JABATAN PERIKANAN NEGERI TERENGGANU
Tarikh Peristiwa : 27-03-1969

Keamanan di kawasan-kawasan perairan menangkap ikan merupakan faktor penting kepada nelayan-nelayan dalam usaha mereka untuk mencapai kemajuan yang lebih pesat dalam lapangan perusahaan perikanan. Menyedari kepentingan perkara tersebut Kerajaan telah membekalkan beberapa buah motorbot peronda untuk digunakan dalam menjaga keselamatan kawasan perairan negara ini. Pada hari ini 27.3.1969 Menteri Pertanian Dan Syarikat Kerjasama, Tuan Haji Mohd Ghazali bin Jawi telah merasmikan pelancaran 2 buah motorbot peronda Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu. Motorbot peronda tersebut yang berharga RM 226,000 telah dibina oleh Limbungan MARA, Kuala Terengganu akan digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perairan di Negeri Terengganu.Semasa berucap di perasmian tersebut Tuan Haji Mohd. Ghazali Jawi berkata bahawa dengan penyampaian tauliah kepada 2 buah motorbot peronda tersebut, maka Bahagian Perikanan telah berjaya menyiapkan tiga buah Motorbot Peronda Kelas PA, panjang 45 kaki dan 3 buah lagi Motorbot Peronda yang sampai dijangka siap pada akhir tahun ini ataupun di awal tahun 1970. Dengan pertambahan motorbot peronda, maka ketenteraman dan keselamatan nelayan-nelayan kita boleh diselenggarakan di samping dapat mewujudkan suasana harmoni dan kepercayaan penuh di kalangan nelayan-nelayan kita dalam meneruskan usaha-usaha penangkapan ikan dengan yang demikian dapat menambahkan lagi hasil pengeluaran ikan negara.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]


Saturday, March 26, 2011

113 Ahli Pas Gong Tinggi Keluar Parti Dan Masuk Umno

Pakatan Rakyat Yang Menipu Rakyat.

Assalamualaikum Semua.

Pas tertekan. Rakyat sudah mula muak dengan kerenah mereka. Perjuangan untuk menegakkan agama Islam sudah tersasar jauh. Pas bukanlah Parti Islam dan bukan juga memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Terkini...........

PASIR PUTEH, 26 MacSeramai 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO hari ini selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, berkata mereka sebilangan besar terdiri daripada golongan petani telah menganggotai PAS sejak 20 tahun lalu.

“Kami menerima penyertaan mereka dengan pintu terbuka dan menyerapkan mereka ke dalam cawangan UMNO berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas menerima borang permohonan mereka di Kampung Gong Tinggi, di sini.

Zawawi, yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, berkata cawangan (PAS) itu sebelum ini merupakan kubu kuat parti pembangkang itu dalam DUN berkenaan sehingga sukar untuk ditembusi oleh jentera UMNO pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, bekas ketua cawangan PAS kampung berkenaan, Mohamad Abdul Rahman, 60, berkata tindakan beliau dan rakan-rakannya menyertai UMNO adalah atas kerelaaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak kerana kecewa dengan kegagalan PAS membela nasib golongan petani.

Sebaliknya, UMNO walaupun gagal merampas kerusi DUN Semerak, tetapi lebih banyak berjasa kepada rakyat seperti mengeluarkan pelbagai bentuk subsidi selain membina jalan-jalan kampung.

Beliau mendakwa PAS tidak membawa perubahan atau membela nasih rakyat di kawasan itu walaupun diberi peluang memerintah negeri itu lebih 20 tahun.

Rakannya, Ahmad Besasin, 50, berkata beliau sudah menyertai PAS sejak 16 tahun lepas dan mendapati pemimpin parti itu tidak pernah turun padang untuk membantu mereka yang menghadapi kesempitan hidup.

“Kami harap rakan seperjuangan turut mengambil sikap yang serupa iaitu meninggalkan PAS sebab tiada apa yang boleh mereka lakukan untuk membela nasib golongan petani seperti kita,” katanya.

PAS SUDAH MULA GOYAH. RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN JANJI-JANJI KOSONG MEREKA DAN PAS ADALAH PARTI POLITIK YANG DIPERALATKAN OLEH DAP UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU. JOM KITA TOLAK PAS DI PRU KE 13 NANTI - IBM

Fitnah II, Video Seks Ulangi Episod Fitnah Terhadap Nabi Yusof A.S

Assalamualaikum Semua.

Ahli-ahli PKR menyamakan Anwar dengan Nabi Yusof..?...Ho..Ho..Ho..Ho....menyesatkan. Baca petikan Hadis yang mereka paparkan. Baca jangan tak baca......

”Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan bohong (terhadap Aisyah) ialah sekumpulan diantara kamu. Janganlah kamu kira, bahawa itu kejahatan bagimu, bahkan kebaikan bagimu. Tiap-tiap orang di antara mereka menanggung dosa yang diperbuatnya. Orang yang membuat dosa yang besar di antara mereka, untuknya siksa yang besar pula.”

(Surah An-Nur – 11)

” Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada ’ibrah’ (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Al-Quran ini perkhabaran yang diada-adakan saja, bahkan ia membenarkan (kitab) yang dihadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman ”

(Surah Yusoff – 111)

AHLI-AHLI PKR TELAH SESAT. MUNGKIN TERIKUT-IKUT AJARAN DARI TGNA. NAK SAMAKAN MANUSIA BIASA DENGAN NABI.....BETUL-BETUL SESAT - IBM

Nik Aziz Malu, tapi nak....

"Saya berasa seolah-olah berada di negara lain. Tak tahu kenapa pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti menjadi individu tidak bermoral." - Nik Aziz

ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN YANG SAYA MULIAKAN.

Isu penayangan video aksi seks membabitkan pemimpin atasan Parti Pembangkang. Mursyidul Am Pas menyifatkan penayang video aksi seks secara terbuka sebagai tidak bermoral. Mengikutnya, lebih memalukan apabila perbuataan tersebut itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan.

Kalau rakan-rakan pembaca masih ingat, Nik Aziz pernah mengatakan dia MALU menjadi bangsa MELAYU. Terkini dia pula merasa MALU dan berasa dia seolah-olah berada di negara lain. Statement apa ni..?...Nik Aziz melalut lagi.

Jelas, komen yang beliau buat adalah semata-mata menyalahkan pihak yang mendedahkan video aksi seks kepada umum. Mereka, katanya patut menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain. Dengan erti kata lain, Nik Aziz merestui apa yang di lakukan oleh ketua Pembankang tersebut (sekiranya betul dia). Adakah Nik Aziz sudah melihat video seks tersebut.? Mungkin dia nak tengok, tapi MALU.......

Bagi pandangan cetek saya, sekiranya betul dan sohih dia, ibarat kata perpatah : 'Bangkai gajah tidak boleh di tudung dengan saji' kerana dia akan terdedah jugak. Ini menunjukkan karier politik Anwar akan berkubur.

Hari Ini Dalam Sejarah

26 MARCH 2011

Assalamualaikum semua. Semoga ceria bersama keluarga tersayang pada hujung minggu ini. Jangan kemana-mana dulu. Bacalah apa yang berlaku di negara kita pada hari.....


PENUBUHAN MALAYAN TRADE UNION CONGRESS (MTUC)
Tarikh Peristiwa : 20-03-1950
Pada hari ini dalam tahun 1950, Kongres Kesatuan Sekerja Malaya atau Malayan Trade Union Congress (MTUC) telah ditubuhkan. Penubuhan Kongres ini adalah hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh satu jawatankuasa yang dibentuk pada bulan Februari 1949, dan dibentangkan dalam Persidangan Kali Kedua Perwakilan yang diadakan di Kuala Lumpur. Para perwakilan telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan jawatankuasa itu agar diwujudkan sebuah Majlis Persatuan Sekerja Malaya. Tujuan utama penubuhan kesatuan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat di kalangan Persatuan-Persatuan Sekerja di Tanah Melayu pada ketika itu. Sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik bagi menjalankan Kongres ini, yang terdiri daripada P.P Narayanan selaku Presiden, Che Rahmah Mohd Salleh sebagai Naib Presiden dan X.E Nathan sebagai Setiausaha Kongres. Manakala bendaharinya pula ialah M.P. Rajagopal. Sesungguhnya penubuhan kongres ini telah membantu melindungi kepentingan golongan pekerja yang telah sama-sama menyumbang ke arah mencapai kemerdekaan negara. BELUM HABIS LAGI...BACA JUGA YANG DIBAWAH TU......

MAHKAMAH AGUNG

PEMBUKAAN RASMI MAHKAMAH AGUNG
Tarikh Peristiwa : 26-03-1984

Pada hari ini dalam tahun 1984, Mahkamah Agung telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Dalam upacara tersebut baginda telah berkenan memeriksa perbarisan kehormat 107 anggota Batalion 11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ismail Haniffah dengan diiringi 60 anggota Pancaragam Pusat Kor Kovalri Diraja. Keberangkatan baginda ke dalam Mahkamah Agung diiringi oleh Pemangku Perdana Menteri - Datuk Musa Hitam, Ketua Hakim Negara – Tan Sri Haji Mohd Salleh Abas, Hakim Mahkamah Persekutuan – Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh, Hakim Besar Malaya – Tan Sri Abdul Hamid Omar dan Hakim Besar Borneo – Tan Sri Lee Hun Hoe. Baginda turut berkenan melawat ke Dewan Penghakiman, bilik Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan bilik Tan Sri Abdul Hamid Omar. Dalam titah perasmiannya baginda berharap agar dengan pembinaan bangunan mahkamah baru dan pembaikan mahkamah lama, urusan pentadbiran kehakiman dan perbicaraan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih selesa dan sesuai. Mahkamah Agung melambangkan kemuncak bidang kehakiman di negara ini dan mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia. Mulai daripada 1 April 2007, Mahkamah Agung telah berpindah ke Jalan Duta secara berperingkat.


SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...