Wednesday, August 31, 2011

Pakatan Pulau Pinang bergolak. PKR 'sumpah seranah' DAP...

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua
"DAP, lu jangan besar kepala, " kata Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang. Bunga-bunga keretakan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sudah mula menampakkan alurnya. Hanya menunggu masa untuk pecah. Belum lagi PRU ke-13 di umumkan, mereka dan mula berperang sesama sendiri merebut kerusi untuk bertanding. Ikuti cerita selanjutnya.....

Luahan, rasa tidak puas hati telah mula kedengaraan dari mulut Ketua Penerangan PKR negeri, Johari Kassim (Gambar). Beliau mengingatkan parti rakan kongsinya, DAP supaya tidak 'besar kepala' dengan meminta PKR memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada DAP pada pilihan raya umum ini.


Menurutnya, Zulkifli sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang perlu minta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu, bukannya dari PKR. Sebagai seorang yang senior dalam politik, Zulkifli seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk kepentingan DAP.


~ Jelas, ini menunjukkan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sudah menjadi 'Rojak' dan berceramuk. Bekelahi le korang, berebut2 le korang. Nak dengar apa komen dari Karpal Singh, Pengerusi DAP pusat.??. Adakah Karpal Singh akan menyuruh agar PKR Pulau Pinang 'mesti bertaubat'?. Kita tunggu dan lihat. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtyera kepada semua

31 OGOS

~ HARI INI DALAM SEJARAH ~

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tarikh Peristiwa : 31.08.1957
Pada hari ini dalam tahun 1957, tepat detik 12.00 tengah malam, Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur bergemuruh dengan laungan “MERDEKA”. Laungan yang penuh bersemangat itu berikutan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Keesokan harinya tepat jam 9.30 pagi, Perdana Menteri yang pertama telah mengisytiharkan kemerdekaan ibu pertiwi ini menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pengisytiharan tersebut telah dibuat dihadapan 20 ribu rakyat beserta Raja-rajanya dan perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel serta negara-negara asing lainnya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Di akhir pengisytiharan itu , Tunku meneriakkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan disambut oleh rakyat yang hadir dengan penuh bersemangat. Serentak dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku yang buat pertama kali diperdengarkan. Ia diikuti pula dengan seruan azan dan meriam seratus satu das. Maka, berakhirlah episod duka rakyat yang selama ini hidup di bawah cengkaman penjajah. Seharusnya kepayahan hidup yang telah dilalui oleh orang terdahulu menjadi pengajaran kepada generasi sekarang agar berusaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
~ SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN, MOGA CERIA SELALU. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~

Betul ke Mat Sabu dah hilang ingatan?

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Semakin hari semakin panas. Mat Sabu@Mat Sabun kepanasan bak cacing. Ekoran mengeluarkan kenyataan mengenai pengganas komunis dalam tragedi Bukit Kepong, 49 laporan telah di terima oleh pihak Polis. Kenyataan itu mengemparkan masyarakat dan ia menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara serta ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi bukit kepong.

Kini, Mat Sabu menafikan, dan menyalahkan media kerana menokok tambahkan kenyataan beliau. Ikuti cerita selanjutnya (dibawah) ini :

REAKSI Mohamad Sabu bahawa beliau tidak ingat apa yang diucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu adalah sesuatu yang melucukan.

Mungkin Mat Sabu selalu tak ingat atau sengaja buat tak ingat kalau sesuatu peristiwa itu mempunyai angka 21. Sekadar ingatan, Mat Sabu pernah didakwa berkhalwat dalam bilik 121 di Hotel Perdana, Kota Bharu suatu ketika dulu tetapi dibebaskan mahkamah atas alasan teknikal.

Apa pun sesuatu yang malang bagi Pas kerana memiliki seorang Timbalan Presiden yang mudah lupa.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang dilihat jauh lebih hebat daripada ulama sehingga mampu menewaskan dua calon golongan berkenaan dalam pemilihan Pas lalu boleh tidak ingat apa yang dilafazkan.

Walaupun jawapan Mat Sabu itu adalah helah politik memandangkan isu beliau menyokong perjuangan komunis telah mendapat kecaman ramai tetapi bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut telah membuka pekung sendiri.

Ia kerana ini membuktikan bahawa selama ini apa pun Mat Sabu cakap ia bukanlah fakta tetapi sebenarnya sekadar rekaan, tohmahan dan fitnah.

Kalau benar, Mat Sabu bercakap berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang betul sudah pasti beliau akan ingat apa yang diucapkan.

Sebagai 'ayam sabung' Pas, Mat Sabu sememangnya digunakan oleh parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu untuk menyerang UMNO.

Oleh itu Mat Sabu diberi 'lesen' penuh untuk bercakap apa sahaja di atas pentas ceramah asalkan ia memaki hamun UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin-pemimpin Pas lain tidak boleh berkata apa-apa termasuklah Dewan Ulama kerana Mat Sabu bukannya penceramah bebas parti itu tetapi Timbalan Presiden Pas yang dinobatkan oleh ahli-ahlinya.

Tambahan pula Mat Sabu telah dianggap oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai barisan pilihan raya - maknanya Mat Sabu juga harapan besar parti itu.

Berikutan keadaan itu, tak kanlah ada mana-mana pemimpin Pas yang berani hendak menegur Mat Sabu, apatah lagi kenyataan Mat Sabu itu menguntungkan Pas kerana ia menunjukkan keterbukaan parti berkenaan.

Lagi pun Mat Sabu hanya membantu Pas untuk meraih undi daripada bukan Melayu, justeru kalau lepas ni Mat Sabu hendak bercakap apa pun terserah kepada beliau, apabila ia mencetuskan kontroversi, Timbalan Presiden Pas itu boleh beri alasan, ''Saya tak ingat''.

~ Biasalah, pemimpin-pemimpin Pas akan menyalahkan pihak media atau Umno apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan baik di akhbar atau semasa mereka berceramah. Apa yang mereka luahkan, akan di nafikan, dan mereka akan menyalahkan pihak lain. Itulah perngai sebenar para pemimpin Pas. Mereka langsung tidak menampakan seperti seorang pemimpin yang alim, warak, sejajar dengan imej parti mereka, Pas, yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam. Kepada Mat Sabu, ibarat dia berak di tengah jalan, sudah mestinya dia tidak akan mengaku. Kepada Pihak Polis pula, terus jalankan siasatan, buat apa yang terbaik untuk negara kerana negara kita tidak memerlukan manusia yang bernama "Mat Sabu' untuk tinggal lebih lama di Malaysia ini. Dakwa dia, kalau didapati bersalah, humban atau kenakan dia tindakan di bawa Akta keselamatan dalam negeri (ISA). Saya yang benar : IBM ~

Monday, August 29, 2011

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Britain Kerana Bantu Ashraf Haziq

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam sejahtera kepada semua

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada rakyat Britain yang membantu pelajar Malaysia, Ashraf Haziq, yang dipukul dan dirompak oleh samseng yang pada awalnya berpura-pura membantunya semasa rusuhan di London awal bulan ini.

“Terima kasih kerana membantu pemuda Malaysia yang ketika itu memerlukan bantuan dan terima kasih kerana sekali lagi membuktikan bahawa London ialah sebuah bandaraya yang mengalu-alukan orang luar tetapi bukannya kepada golongan ekstremis,” katanya dalam artikel yang disiarkan dalam The Times.

Najib berkata di Malaysia, kejadian itu disifatkan sebagai tidak berhati perut, tidak berbelas kasihan dan zalim yang telah mengejutkan rakyat Malaysia.

“Ramai daripada kami pernah menghabiskan masa di bandaraya anda dan amat menyayanginya, tetapi peristiwa hitam di London itu tidak pernah kami saksikan sebelum ini dan kami mula tertanya-tanya jika ianya sudah berubah, jika kenangan kami telah diwarnai nostalgia, atau malahan kami telah tersilap sebelum ini,” katanya.

Namun, katanya, pada hari-hari kemudiannya Britain telah menunjukkan wajah sebenarnya kepada dunia apabila ribuan rakyat Britain, melalui internet, telah mengutuk perbuatan itu.

“Gelombang kemarahan itu disusuli dengan rasa keprihatinan, bantuan dan sokongan. Dalam zaman di mana sesetengah pihak masih cuba meletakkan jurang antara bangsa dan agama, rakyat biasa Britain tidak teragak-agak untuk membuka pintu hati mereka kepada pemuda Islam Malaysia,” katanya.

Gambar semasa Ashraf Haziq cedera di serang di London

Najib berkata Ashraf sendiri menjelaskan bahawa perasaan itu adalah semulajadi, enggan membuat penghakiman sepertimana katanya kepada dunia bahawa beliau menyayangi London, tiada apa yang dapat memujuknya untuk meninggalkan kota itu lebih awal dan malahan beliau berasa kasihan kepada penyerangnya.

Perdana Menteri berkata di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun lepas, beliau telah menggesa para pemimpin dunia supaya memerangi semua bentuk ekstremisme dengan menubuhkan “Movement of the Moderates” di peringkat global – rakyat biasa daripada semua bangsa, agama dan fahaman politik memerangi golongan ekstremis dan mempertahankan nilai-nilai pegangan dan kepercayaan mereka.

“Nilai-nilai itulah, penerimaan oleh pihak lain, tahu membezakan apa yang salah dan betul dan apa yang lebih penting, menolak perbuatan ekstremis dan keganasan, yang telah dipertahankan oleh rakyat Britain dalam beberapa minggu lepas.

“Apa yang kita telah lihat mencerminkan contoh suara kesederhanaan yang sebenar, dan hanya satu perkataan yang ingin saya katakan iaitu – terima kasih,” katanya.

Ashraf, 20, menjadi tumpuan global dalam kejadian rusuhan yang menggegarkan kota London dan Britain apabila berjuta-juta orang menyaksikan dengan penuh rasa terkejut dan marah apabila YouTube memaparkan kejadian malang yang menimpa pelajar Malaysia itu ketika dirompak dan ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berdarah selepas mematahkan rahangnya dan kemudian mencuri basikalnya.

~ Apapun kita ucapkan terima kasih kepada PM kita yang prihatin akan permasalahan pelajar-pelajar kita di luar negara, antaranya yang menimpa kepada seorang pelajar kita di London, Sdr Ashraf Haziq. Di samping itu PM melahirkan pengharagaan kepada rakyat Britian yang membantu Ashraf yang dipukul dan dirompak semasa berpura-pura membantu beliau semasa rusuhan di London. Kita berharap agar pelajar-pelajar Malaysia di London tidak gentar dan serik untuk pergi belajar di London. Selamat belajar semua dan sekali lagi terima kasih kepada PM kita yang sayangi. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas dari saya yang benar : IBM & Family. ~

Hujan Diramal Di Semenanjung Pada Aidilfitri

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera Kepada semua

~~ INFO CUACA :

KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya.

Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.

Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu

Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.

Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.

Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my. BERNAMA

~ Kepada anda semua yang baru nak berangkat balik ke kampung, berhati-hati bila memandu kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Jalan akan licin bila hari hujan. Oleh itu, patuhilah had laju yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pandulah dengan cara yang berhemah. Pandu cermat jiwa selamat dan biar lambat asalkan selamat. Selamat Hari raya kepada semua. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~


Bekas KPN 'Naik Angin', labelkan Mat Sabu sebagai pengganas..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mulaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Mat Sabu memang dah gila dan buta sejarah. Ekoran kenyataanya bahawa 'komunis' adalah wira negara. Ekoran dari itu, 23 laporan Polis telah dibuat. Dan, juga mendatangkan kemarahan bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan. Berikut, kenyataan beliau.....

Tan Sri Musa Hassan

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

~ Kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabun itu, bukan sahaja mencetuskan kontrovesi, malah kata-kata itu boleh melukakan hati pihak tertentu khususnya anggota keselamatan yang berjuang untuk kemerdekaan sebelum ini. Dengan itu, saya setuju dengan apa yang di sarankan oleh bekas KPN supaya Mat Sabu dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana Mat Sabu ada mempunyai ciri-ciri perjuangan komunis dalam dirinya. IBM beranggapan bahawa Mat Sabu adalah seorang Komunis di era modern. Dan....IBM juga merasakan ada dalang di sebalik kontrovesi ini. Siapa Ya?...kita tungguuuuuuu. Biar pihak yang berwajib mencari jawapannya. Insyallah Mat Sabu akan di sabunkan oleh sabun mandinya. Ikhlas dari : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

29 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH ~ ~

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG MENANDATANGANI PENGISYTIHARAN PENETAPAN HARI MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 29.08.1963

Pada hari ini 29.8.1963, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, telah menandatangani pengisytiharan menetapkan Hari Malaysia iaitu pada hari Isnin bersamaan 16hb. September 1963. Penetapan tarikh hari Malaysia ini telah diputuskan oleh kerajaan Persekutuan disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:-

  1. Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant telah menyatakan bahawa ia menduga akan menyelesaikan tugas-tugasnya di Borneo menjelang 4hb. September.
  2. Tarikh baru 16hb. September itu telah dipersetujui oleh kerajaan-kerajaan British, Singapore, Sabah dan Sarawak.
  3. Kerajaan Persekutuan tidak sekali-kali bertindak melanggar kata sepakat persetujuan Manila dengan penetapan tarikh baru itu.
  4. Peninjuan Bangsa-bangsa Bersatu di Borneo sekarang bukan menjadi syarat yang menentukan sama ada Malaysia akan wujud atau tidak. Kerajaan Persekutuan yakin rakyat Borneo mendukung Malaysia.

Kerajaan Indonesia dan Filipina telah diberitahu mengenai tarikh baru Hari Malaysia ini. Surat-surat pemberitahuan itu telah disampaikan melalui Duta Besar masing-masing di Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan telahpun menyatakan pada kerajaan-kerajaan Filipina dan Indonesia tentang tujuannya untuk menubuhkan Malaysia pada 31hb.Ogos,1963 sebagai mana yang dipersetujui di London pada 9hb.Julai 1963. Kerajaan-kerajaan Filipina dan Indonesia telah mengumunkan di dalam Persetujuan Manila bahawa mereka akan menyambut baik penubuhan Malaysia itu dengan syarat sokongan rakyat di Wilayah Borneo ditentukan oleh satu badan yang bebas. Kerajaan Persekutuan sangat yakin bahawa sebahagian besar rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka melalui Malaysia dan percaya bahawa hasil siasatan Bangsa-bangsa Bersatu akan memberikan pendapat yang sama. Oleh kerana faktor yang berkenaan telah diambil kira maka Hari Malaysia di tetapkan oleh kerajaan pada 16hb.September 1963.


~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 TAHUN. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA] ~

Sunday, August 28, 2011

Guan Eng Songlap Duit Syarikat Demi Mat Sabu?..biar betul..

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera kepada semua

Ibarat abang dengan adik. Berkorban apa saja. Begitu akrabnya LGE dan Mat Sabu. Mengikut cerita terbaru, Lim sanggup menjelaskan bil rawatan Mat Sabu......teruskan baca kalau nak tahu cerita sebenarnya...

Guan Eng Dituntut Perjelas Dakwaan PBA Tanggung Bil Rawatan Mat Sabu

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

~ Kalau hal sebegini terus berlaku, kalau Ketua Menteri boleh berbuat sesuka hatinya, memang malanglah nasib orang-orang di negeri Pulau Pinang, terutamanya orang-orang Melayu. Jelas sekali Lim seorang pemimpin 'kuku besi', dia langsung tidak memperdulikan rintihan rakyat. Yang penting baginya, buncitkan perutnya dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya. Baginya, itu tidak menjadi satu kesalahan walaupun dia mengunakan duit syarikat, tapi, bagi pandangan IBM itu pun duit rakyat jugak. Begitulah jadinya kerana dia yang berkuasa, suka hati dialah apa dia nak buat. Kepada orang-orang Melayu P.Pinang, tak serik-serik ke?, bila lagi nak bangkit?...terpulanglah pada hangpa..hangpa fikiaklah sendiri. Ikhlas dari saya : IBM ~

Pok Nik Ada Senjata (Doa) Nak bunuh UMNO/BN??

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan Salam Sejahtera Kepada Semua

Nak tahu senjata apa?...baca seterusnya...

Doa Malam 'Lailatulqadar : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, Karena itu, Berilah ma’af kepadaku”

Adakah 'doa' ini yang dibaca oleh Nik Aziz?..atau ada doa lain yang boleh membunuh UMNO/BN.?..WA...:)

Si Tua bangka ni memang terkenal dengan 'Fatwa'nya. Setiap kali ada saja fatwa yang di keluarkannya. Tapi..semua fatwa-fatwa tu, langsung tak masuk akal, tak boleh di ambil pakai dan tidak relevan langsung. Terkini...dia mengunakan kaedah terbaru dengan mengunakan 'Doa' untuk di jadikan 'senjata akhir' bagi orang Islam (PAS) berdepan dengan lawan yang menggunakan pelbagai taktik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dengan berbuat sedemikian, segala tektik buruk pihak lawan (UMNO/BN) untuk mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan bermunajat kerana 'Doa' yang di pohon tiada hijab yang menghalangnya kerana ia akan terus sampai kepada Allah, lebih-lebih lagi diadakan pada malam 'Lailatulqadar'.

~ IBM tak berani nak buat komen yang melampau. Nanti hilang pahala di bulan puasa ni. Apapun, nampaknya Nik Aziz begitu konfiden segala doanya di terima dan di dengar oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan termakbullah hendaknya doa Nik Aziz tu. Tapi, jangan pula apabila Pas tewas di PRU ke-13 nanti, menyalahkan pihak UMNO/BN main kotor dan sebagainya. Berdoalah wahai Pok Nik...berdoalah.....rakyat ramai dah tahu apa itu parti Pas yang sebenarnya dan kemanakah hala tuju politik Pas?...fikir-fikirlah sendiri.
Ikhlas Dari Saya : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Ramadan Salam Ukhwah dan salam Sejahtera kepada semua
28 OGOS

Barisan Kabinet Pertama Tanah Melayu 1957

HARI INI DALAM SEJARAH ~ ~

PENGUMUMAN JEMAAH KABINET YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA

TARIKH PERISTIWA : 28.08.1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu persidangan akhbar di Kuala Lumpur telah mengumumkan mengenai anggota jemaah yang akan menduduki Kabinet selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ia melibatkan perubahan ke atas kesemua ahli-ahli kabinet yang sedia ada. Antara yang menganggotai Kabinet baru yang dicadangkan oleh Tunku ini ialah Dato' Abdul Razak bin Hussein (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan); Kolenel Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan); Encik Sulaiman b. Dato' Abdul Rahman (Menteri Dalam Negeri dan Keadilan); Encik Tan Siew Sin (Menteri Perniagaan dan Perusahaan); Encik V.T. Sambanthan (Menteri Kesihatan); Encik Mohamad Khir Johari (Menteri Pelajaran); Encik Ong Yoke Lin (Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat); Encik Abdul Rahman b. Hj. Taib (Menteri Pengangkutan); Encik Bahaman Samsudin (Menteri Hasil-hasil Bumi); Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian); Encik Sardon Hj. Jubir (Menteri Kerja, Pos dan Talikom); dan Dr. Ismail b. Dato' Abdul Rahman. Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan) dan Wakil ke Bangsa-bangsa Bersatu serta Duta ke Washington.


~ SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BUDIMAN. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA] ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...