Thursday, October 6, 2011

Kesian!!..Anwar gagal lagi..Huhuhu..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


 Gagal lagi!....kesian Anwar. Mahkamah membuat keputusan ketepikan sapina DS Najib dan isterinya supaya hadir memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu pada Khamis, selepas berpuas hati Anwar gagal membuktikan bahawa keterangan yang akan diberikan oleh Najib dan Rosmah adalah relevan dengan perbicaraan kes itu.

Huhuhu...kesian dia. Kesian dia. Kini jelas, lambaian Sungai Buloh telah menghantui kepala Anwar. Berehatlah kamu di sana wahai bapak Al-Juburi. Jangan kau yang sedap, orang lain pula yang engkau babitkan. Puiiiii.....
Dan, kalau boleh Mahkamah jangan lewat-lewatkan perbicaraan ini. Tak sabo nak tengok Anwar dihumban ke Sungai Buloh. Saya yang Ikhlas : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR

 06 OKTOBER



PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

TARIKH PERISTIWA : 06.10.1894

Pada hari ini  dalam tahun 1894, upacara perletakan batu asas bangunan Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor yang kemudiannya dikenali dengan nama Bangunan Sultan Abdul Samad telah  dirasmikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H. Mitchell.  Nama bangunan ini adalah bersempena dengan nama DYMM Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu.  Ia  telah  didirikan  di  atas  tapak  seluas  1.034  hektar  dan  terletak  di  tengah-tengah  Bandaraya  Kuala  Lumpur.  Arkitek  Inggeris di Jabatan Kerja Raya, A.C. Norman  telah  diminta  untuk  menyiapkan  pelan  bangunan  tersebut.  Ia  dibina dengan harga $152 ribu dan  pembinaannya mengambil masa hampir tiga tahun.  Bangunan Sultan Abdul Samad banyak dipengaruhi oleh rekabentuk senibina Islam.  Ia  dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-General dan Pejabat Pos Besar. Selepas merdeka,  ia  dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.  Kini, ia dijadikan bangunan kehakiman yang menempatkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung.  Sesungguhnya, banyak peristiwa penting negara tercatat di bangunan ini terutama saat-saat meraikan kemerdekaan  negara  pada  31 Ogos 1957.
 SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Wednesday, October 5, 2011

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama. Pembangkang Tak Tahu Malu

[DARI MEJA IBM :] BLOG YANG TIDUR-TIDUR AYAM...
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


PM Tegaskan Pemansuhan ISA Kehendak Kerajaan Bukan Atas Desakan Pembangkang. Tak Tahu Malu!


 Pembangkang di tempelak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam kerana cuba mengambil kesempatan apabila mendakwa usaha kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat sebagai bersetuju dengan tuntutan yang kononnya diketengahkan oleh mereka.

Dalam ucapannya di Parlimen semalam, Perdana Menteri berkata, pemansuhan ISA itu bukan atas desakan Pakatan Rakyat, tetapi kehendak Barisan Nasional (BN) sendiri. Pembangkang janganlah cuba ambil nama daripada langkah itu, seperti 'lembu punya susu, tapi jangan sapi yang dapat nama'.

Sebenarnya, perkara itu telah disebut sejak April 2009 lagi, kata Perdana Menteri. Dan, ini bukan atas desakan pembangkang, tetapi kehendak kerajaan Barisan Nasional (BN).

Memang itulah dasar pembangkang. Cuba nak menempa nama dan tunjuk kepada rakyat bahawa mereka lah hero. Apapun, biak pi lah pada depa. Jangan dilayan sangat Pakatan Reput ni. Tahniah kepada PM kita yang memahami kehendak rakyat. Insyallah, di PRU ke-13 nanti, rakyat akan bersama-sama menyokong Barisan Nasional (BN). Amin!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Gempur, Jangan Tak Gempur!!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


PM GEMPUR IJOK, KUANG, RAWANG DAN GOMBAK SABTU INI..........


'Misi Tawan Kembali Selangor' di teruskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melakukan tinjauan mesra sehari di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor Sabtu ini.
Penduduk tempatan dari kawasan DUN Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia berpeluang mendekati Perdana Menteri dalam program bertemakan ‘Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN’ anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata program itu diadakan sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat daripada semua kaum selain memahami serta menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi mereka.
 “Program ini merupakan siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.
“Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra Najib ke Selangor di sini, hari ini.
Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang.
Perdana Menteri kemudian menemui penduduk di Taman Sri Gombak.
Tengoklah betapa komited dan seriusnya PM kita untuk menawan kembali negeri Selangor dari tangan Pembangkang. IBM nak ingatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN Selangor supaya bersatu hati, berkerja sebagai sebuah pasukan, buangkan tabiat pancung memancung, berubahlah sebelum kita di ubah. Oleh itu, ayuh kita istiharkan perang terhadap PR. Now or Never!!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR


05 OKTOBER 



PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN MAKMAL BARU IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

TARIKH PERISTIWA : 05.10.1957



Pada hari ini 5.10.1957, bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra. Jabatan Kimia ialah sebuah makmal yang memberikan khidmat pencerakinan, menyiasat dan memberi nasihat kepada semua agensi kerajaan yang memerlukan nasihatnya. Di antara jabatan yang menggunakan perkhidmatan ini ialah Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam dan Jabatan Kerjaya. Pada tahun 1928, makmal Kimia ditubuhkan untuk Jabatan Kastam dan Perdagangan bagi mengambil alih kerja-kerja rutin seperti mengesan candu, arak dan todi. Ini adalah kerana didapati Bahagian Kimia dan Institut Penyelidikan Perubatan yang menjalankan kerja analisa telah jauh terasing dari masalah penyelidikan perubatan dan telah menjadi makmal analisa rutin yang utama. Bangunan makmal baru Ibu Pejabat Jabatan Kimia yang dibuka pada hari ini dalam tahun 1957 merupakan bangunan baru yang dibina bagi menggantikan bangunan Jabatan Kimia kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1946. Bangunan lama ini terletak di tingkat atas bangunan keretapi di Jalan Brickfield dan digunakan selama hampir 30 tahun. Ia mengambil alih semua kerja yang telah dibuat sebelumnya dan juga kerja-kerja rutin di IMR yang bukan berkaitan dengan perubatan untuk jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Kerja dari IMR ini termasuklah pemeriksaan kimia sampel-sampel air dan sampel medico-legal untuk pihak polis. Bangunan baru dua tingkat pula, telah ditempatkan di Petaling Jaya. Sebahagian dari makmal ini berhawa dingin dan disediakan dengan kelengkapan fizikal yang moden. Dengan pembukaan rasmi bangunan ini oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada hari ini dalam tahun 1957, dapatlah Jabatan Kimia memberikan khidmat kepada agensi kerajaan yang memerlukannya dengan lebih sempurna lagi. 
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Belanjawan PR : Hanya janji-janji kosong...

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


PR JANJI POTONG BELANJAWAN PM


 Belum lagi menjadi pemerintah dah mula nak tunjuk lagak. Kononnya merekalah pejuang dan pembela rakyat. Itulah Pakatan Reput (PR) dengan angan-angan Mat Jening depa. Perdana Menteri Belum lagi membentangkan Belanjawan 2011, mereka dah pun membentangkan Belanjawan mereka semalam. Tapi, itu semua janji-janji kosong depa. Sebaba apa IBM katakan janji-janji kosong?. Pertamanya, mereka bukan kerajaan, rakyat belum lagi memberi mandat kepada mereka untuk menerajui negara. Dan, mereka kan ada duit pun. Bajet yang mereka bentang itu, adalah 'Bajet poket kosong'.

Bagi pandangan IBM, cakap memang mudah, duit yang kita tak kawal memanglah senang untuk dibelanjakan. Segala apa yang dijanjikan oleh PR itu adalah merupakan janji-janji untuk memancing undi bagi PRU yang akan datang. 

Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) telah dibentangkan oleh Penasihatnya (Punahsihat), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam. Antaranya, memperuntukkan RM220 billion berdasarkan kepada sesaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). HUHUHU!...satu lagi janji-janji kosong dari pembangkang bagi membutakan mata rakyat dan menjahanamkan negara.


Disabalik itu, ada juga kebodohan yang ketara olehpembangkang. Sepatutnya, pembangkang menunggu kerajaan membentngkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu dan barulah pembangkang mencadangkan perkara yang baru. Oleh itu. IBM nak habak kat Nuar dan rakan-rakannya, teruskanlah mimpi-mimpi kamu semua itu. Kerajaan akan terus membantu rakyat sekali gus membangunkan negara ini lebih maju lagi.

Kalau kita seorang rakyat yg berfikiran waras, lupakan pembentangan Belanjawan yang dibuat oleh PR yang diketuai oleh Peliwat, pembohong no 1 negara dan pengkhianat bangsa dan negara, si al-juburi, Anwar Ibrahim itu. Orang yg tak bermoral seperti dia tu mana layak nak membentangkan bajet seperti itu. Tak berkat. Apapun, kita tunggu hari Jumaat ini. Pembentangan Belanjawan 2011 yang sah lagi halal. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Tuesday, October 4, 2011

Belanjawan 2012 buat mata pembangkang MERAH menyala..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


 Bila hati sakit, mata pun sakit, merah menyala. Inilah mata pembangkang

IBM dapat rasakan apa yang rakyat semua rasakan.Berdebar-debar rasanya dan tak sabar-sabar menunggu dan menerima perkhabaran yang baik akan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, DS Seri Najib Tun Razak pada hari Jumaat ini.

Apa tidaknya, difahamkan beberapa inisiatif didalam Belanjawan 2012 memfokuskan khususnya untuk menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah yang kini terpaksa berhadapan dengan cabaran persekitaran ekonomi yang cukup hebat. IBM percaya, Belanjawan 2012 ini bukan bertujuan untuk memancing undi untuk PRU yang akan datang.

 Kerajaan memang komited bagi mengatasi masalah rakyat. Ini bukan juga janji-janji kosong dari kerajaan. Melalui bajet itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara dan kerajaan akan menerangkan secara terperinci segala apa program yang akan dilaksanakan adalah dibawah lingkungan kemampuan kerajaan.

Jesteru itu, kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi dalam separuh pertama 2011, ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan yang mencabar terutama selepas gempa bumi di Jepun.
Hehehe...memang bengkak dan merah le mata pembangkang. Belanjawan 2012 adalah untuk semua. Syabas PM!. IBM tak sabar nak tunggu pulak pengumuman Belanjawan dari pihak pembangkang. Mereka pun ada Belanjawan mereka sendiri. Kita tunggu dan lihat kerana memang dasar pembangkang suka cempelak idea orang. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR


04 OKTOBER 



UPACARA PECAH TANAH MENARA KUALA LUMPUR

TARIKH PERISTIWA : 04.10.1991

Perkembangan teknologi moden hari ini telah menjadikan perhubungan manusia itu dekat dan erat.  Perhubungan tersebut termasuklah perhubungan pengangkutan mahupun perhubungan telekomunikasi. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun soal perhubungan dengan dunia luar terutama sistem telekomunikasi amat penting sekali.  Menyedari hakikat ini pada hari ini 4 Oktober 1991 satu majlis pecah tanah tapak menara telekomunikasi yang cepat dan canggih telah diadakan. Menara yang bakal dibangunkan ini akan dikenali sebagai `Menara Kuala Lumpur'. Upacara pecah tanah tapak pembinaan Menara Kuala Lumpur telah disempurnakan sendiri oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Menara ini apabila siap kelak akan menjadi pendorong kepada syarikat-syarikat untuk membuka pejabat disini.  Selain dari menjadi mercutanda Kuala Lumpur ianya juga merupakan satu kejayaan negara yang amat besar dalam menerokai bidang telekomunikasi canggih masa kini. Menara Kuala Lumpur menjadi satu lagi daya penarik kepada para pelancong yang melawat Kuala Lumpur.  Menara Kuala Lumpur terletak di puncak Bukit Nanas dengan ketinggian 420 meter ini akan menjadi menara tertinggi di Asia Tenggara dan yang ke 3 tertinggi di dunia.  Pembinaannya akan dipastikan tidak akan menjejaskan alam sekitar dan perhubungan penerbangan. Penebangan pokok di kawasan Bukit Nanas akan dipastikan tidak menjejaskan alam sekitar dan dipastikan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi dan penyebaran multimedia yang tertinggi di Asia Tenggara. Kewujudannya akan memberikan satu bentuk baru komunikasi dalam negara kita. Selain daripada menjadi bangunan yang dilengkap dengan peralatan tele-komunikasi.  Menara Kuala Lumpur juga menempatkan pejabat-pejabat, kedai, restoran dan bahagian kemudahan seharian. Upacara pecah tanah Menara Kuala Lumpur pada hari ini 4 Oktober 1991 melambangkan kejayaan negara di masa hadapan. Pembinaannya akan mempercepatkan lagi perhubungan dan telekomunikasi di masa hadapan selain dari itu menara ini juga adalah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Monday, October 3, 2011

SPR Tolak Usul BERSIH, Bengang, mesti bengang!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


BERITA YANG MEMBENGANGKAN BERSIH. SPR TIDAK AKAN MANSUH UNDI POS (Untuk askar, polis dan rakyat Malaysia di luar negara).


Bagaikan guruh meletup dilangit. Bomm! Begitulah marahnya kumpulan BERSIH yang mana salah satu tuntutan mereka kepada SPR tidak dilayan, malah SPR terus terang menyatakan mereka tidak akan mansuh undi pos. Pembangkang melalui tuntutan BERSIH menyalahkan SPR yang kononnya undi Poslah yang menyebabkan mereka kalah didalam PRU yang lepas-lepas, kerana penyelangggaranya tidak adil. Mereka juga menuduh SPR banyak membantu dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengikut kata Setiausaha SPR, undi Pos masih diperlukan untuk membolehkan anggota angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya, terutama yang bertugas di perbatasan dan perairan negara.

IBM dapat merasakan, bagaimana perasaan kumpulan BERSIH, terutama Pengerusinya, Ambiga @ nenek Ambiga. Setakat ini beliau belum lagi memberi atau bertindak balas diatas apa yang SPR umumkan di akhbar hari ini. Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku? Apapun, IBM yakin, undi pos masih relevan dan tidak boleh dihapuskan. Selain itu, undi berkenaan akan menafaatkan pegawai dan kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara.

Seperkara lagi, satu lagi tuntutan BERSIH, penggunaan dakwat kekal. Mengikut kata SPR, masih mengkaji kaedah sesuai sama ada mahu menggunakan kaedah sedia ada, dakwat kekal mahupun biomertik. Kalaulah yang ini pun ditolak oleh SPR, ehmmmm, mengamuk lagi le kumpulan BERSIH. Apa akan terjadi berikutnya. susah untuk dijawab. Kita tunggu dan lihat sajalah.

Tak nak komen panjang2. Kita tunggu dan lihat. Apakah BERSIH 3.0 akan muncul? Sama-sama kita tunggu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH TANAH AIR


03 OKTOBER 



SIDANG LAPAN NEGARA PENGELUARAN GETAH MEMPERKENALKAN DUA LANGKAH KAWALAN HARGA GETAH

TARIKH PERISTIWA : 03.10.1967

Kerjasama di peringkat antarabangsa memainkan peranan yang penting dalam mengawal kestabilan harga getah. Pelbagai usaha dijalankan bagi mewujudkan kestabilan harga getah di pasaran dunia. Pada hari ini 3 Oktober 1967 Persidangan Lapan Negara-negara Pengeluaran Getah pada hari kedua telah mencapai persetujuan penuh berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil untuk memperkukuhkan harga getah asli di pasaran dunia.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari daripada 2-5 Oktober 1967 di Dewan Tuanku Abdul Rahman ini mempersetujui langkah-langkah yang akan dijalankan dalam dua peringkat:-
  1. Langkah-langkah jangka pendek yang boleh segera dilaksanakan tanpa merujuk kepada negara-negara pengeluar.
  2. Langkah-langkah jangka panjang yang mengkehendaki kelulusan Kerajaan masing-masing.
Dua langkah yang dipersetujui ini telah diumumkan oleh Pengerusi Persidangan Raja Tan Sri Mohar Raja Baidozaman lewat petang hari ini.
Usaha yang dilaksanakan oleh wakil-wakil daripada negara utama pengeluaran getah asli yang terdiri daripada Cyelon, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, Indonsia, Liberia dan Burma merupakan satu persidangan yang akan memperlihat isu-isu kejatuhan harga getah akibat persaingan daripada pengeluaran getah tiruan yang semakin banyak di pasaran dunia.
Kerjasama yang wujud akan dapat mempermudahkan kerja-kerja pengawalan harga getah di kalangan negara-negara pengeluar tersebut, selain merupakan eksport utama negara-negara yang terlibat pada persidangan kali ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS HARIAN YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Peluang BN Tipis Di PRU ke-13, kata Tun

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


PILIHAN RAYA UMUM TAHUN INI BUKAN MASA TERBAIK, NASIHAT TUN DR MAHATHIR
 Seram juga IBM bila membaca kenyataan mantan PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad diakhbar hari ini yang menyatakan peluang Barisan Nasional (BN) tipis di PRU ke-13 nanti. Kenapa beliau berkata begitu? Adakah BN tidak lagi relevan kepada rakyat? ataupun Pembangkang sudah dapat menambat hati rakyat?. Bagi pandangan IBM, tidak juga.

Menurut Tun, pilihan raya umum tahun ini bukan masa terbaik buat BN kerana ada beberapa sebab yang patut diambil perhatian oleh para pemimpin atasan BN. Antaranya, masih wujud sikap berpuak, budaya cantas-mencantas dalam parti, kini di tahap kritikal. jika sikap ini masih tidak diubah, peluang untuk kita menang, agak tipis.

Dan, bila dilihat semangat perjuangan didalam BN, terutamanya UMNO, IBM melihat ianya semakin pudar. Kebanyakan semangat untuk mendapat jawatan didalam parti. Itu yang penting. IBM amat setuju dengan saranan Tun agar pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan pada tahun ini. Memang membimbangkan.

Oleh itu, Tun berharap perkara cantas-mencantas ini tidak berlarutan hinngga ke pilihan raya. Jika sikap ini tidak diubah, peluang untuk kita menang, agak tipis.

Ada logiknya apa yang dikatakan oleh mantan PM kita itu. Sebagai orang yang mempunyai banyak pengalaman, apatah lagi bekas Perdana Menteri, sudah semesti saranan beliau harus diambil serius. Kadang-kadang pemimpin-pemimpin atasan kita terlepas pandang. IBM juga merasakan PRU ke-13 ini adalah PRU yang agak sukar dilalui oleh Barisan Nasional. Apapun, bekerja kuat, bersatu sebagai sebuah pasukan dan tolak amalan cantas-mencantas, dan akur dengan pemilihan calon oleh pihak atasan, insyallah, BN akan memperolehi kejayaan. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Sunday, October 2, 2011

Penduduk Kampung Bakau Tua kata, PAS sudah Tua..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


BANYAK PEMBOHONGAN BUAT 37 AHLI PAS KELUAR PARTI SERTAI UMNO


Bukan sahaja PAS sudah tua, tetapi, oleh kerana banyak pembohongan demi pembohongan dan kecewa dengan slogan dan janji-janji kosong ketika pilihan raya lepas, seramai 37 ahli Pas Kampung Bakau tua mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO Cawangan Bakau Tua.

Menurut sumber yang terdekat, mereka semua secara sukarela bertindak keluar parti tersebut, ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditaburkan sejak pilihan raya lepas. Mereka kata, "selamat tinggal Pas." 


Syukur Alhamdulillah. Akhirnya mereka semua dah sedar bahawa Pas memang kuat pembohong. Kalau boleh, bukan saja setakat 37, tapi ramai lagi yang akan keluar parti untuk menyertai UMNO, parti pembela orang-orang Melayu, bukan Pas, Parti penipu rakyat atau lebih molek lagi, Parti Agama Sesat. Saya yang benar : IBM ~

Kenyataan Bodoh Dari Zahid Ibrahim...

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA









Memang kenyataan yang bodoh dari Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim. Katanya, KITA boleh berkerjasama didalam beberapa perkara dengan Barisan Nasional (BN), tapi tidak akan menyertai semula BN. Kenyataan apa tu?. Siapa yang mempelawa beliau kembali menyertai BN?. memang muka tak malu le si Zahid ni. Ada sesiapa ke dari BN yang mempelawa beliau kembali kepangkuan BN?. 

IBM rasa si Zahid ni betul-betul gila 'talak'. Apatah lagi PRU ke-13 kian hampir. Beliau pun teringin nak bertanding semula. Andai kata dia bertanding sebagai calon bebas berlambangkan parti KITA, IBM berani bertaruh, beliau akan kehilangan wang pertaruhan dan akan tewas dengan teruknya. Mari kita baca dan nilaikan sendiri apa yang dikatakan oleh si Zahid yang hampir-hampir gila talak : 

KITA tidak akan sertai BN - Zaid Ibrahim

02/10/2011 1:15pm

KOTA BAHARU 2 Okt. - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.

Presidennya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, KITA boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.

"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di sini malam tadi.
Mohd Zaid berkata, KITA juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.

Beliau berharap calon KITA dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan Pas yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.

"KITA mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan,” katanya.
Menyentuh soal hudud yang masih dicanangkan Pas Kelantan, Mohd Zaid meminta parti itu agar menumpukan perkara yang lebih mustahak daripada mahu melaksanakan hukum hudud yang diyakininya tidak akan dilaksanakan sama sekali.
Beliau berkata, Pas menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan. - Bernama

Malas nak komen panjang-panjang. Bagi IBM, jangan di layan manusia yang bodoh lagi bahlol dan juga manusia yang tak tahu mengenang budi. Dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH TANAH AIR
02 OKTOBER 


PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA PENGELUAR GETAH ASLI

TARIKH PERISTIWA : 02.10.1967

Pada hari ini dalam tahun 1967 Persidangan Negara-negara Pengeluar Getah Asli telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Persidangan yang pertama kalinya pernah diadakan itu berlangsung selama 3 hari dan dihadiri oleh 55 orang perwakilan dari 9 buah negara. la telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Negara-negara yang hadir dalam persidangan itu ialah Indonesia, Vietnam, Ceylon, Thailand, Singapura, Liberia, Kemboja, Burma dan Malaysia. Negara-negara itu adalah merupakan pengeluar 90 peratus getah asli dunia. Malaysia, sebagai negara pengeluar getah asli yang terbesar merasakan perlunya persidangan peringkat antarabangsa seperti itu diadakan untuk mengawal kejatuhan harga dan mutu bahan mentah itu. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya mensifatkan bahawa kejatuhan harga getah yang dialami antara tahun 1961-1966 adalah merupakan tekanan yang dikenakan ke atas negara-negara pengeluar getah asli oleh negara-negara pengeluar getah tiruan. Beliau juga menyebut bahawa di antara sebab-sebab lain kejatuhan harga getah asli ialah akibat pemogokan di kilang-kilang perusahaan getah yang besar di Amerika, kurangnya penggunaan getah asli di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Utara dan penjualan getah asli dari simpanan. Di akhir persidangan, rumusan telah dibuat supaya sebuah persatuan iaitu Persatuan Pengeluar-Pengeluar Getah Asli ditubuhkan. Sebuah jawatankuasa bersama juga akan dibentuk untuk menggubal perlembagaan persatuan baru itu. Sebagai langkah jangka panjang persidangan itu mencadangkan supaya diadakan Peraturan Barangan Antarabangsa yang dianggotai bersama oleh pengeluar getah asli dan getah tiruan.


SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERISTERIHAT DIHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Saturday, October 1, 2011

'PAS, We Know Who You Are' - IBM

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Kah, Kah, Kah....ketawa beso IBM bila membaca kenyataan Nik Aziz di akhbar HarakahDaily hari ini. Tak sangka betui. Nik Aziz dan pandai 'speaking mat salleh'. Kelakar pun ada, macam orang bodoh pun ada. Apapun itulah Nik Aziz yang dianggap seperti 'sesumpah' yang boleh menukar colornya bila-bila masa sahaja.  

Nik Aziz cuba menarik perhatian ramai yang menyalahkan UMNO semata-mata. PAS menolak perlawaan UMNO untuk kembali kepangkuannya. Katanya, "I know, who you are." Huhuhu...terkejut berok semua wartawan kot? Katanya lagi PAS dah serik dua kali kena dipermainkan oleh UMNO. Bagaimana pula dengan DAP?..empat kali dipermainkan oleh DAP, tapi kenapa masih boleh terima?

Walau bagaimanpun, PAS tidak menolak untuk berbincang dengan UMNO dan akan kembali bersama UMNO sekiranya UMNO menerima Islam dan meninggalkan perjuangan 'nasionalis'. Sambil itu Nik Aziz berkata, tidak mustahil satu hari nanti, PAS akan menjadi Parti Islam se-dunia. Itulah angan-angan Mat Jening Nik Aziz.

Bila masa UMNO tolak Islam?..gila, memang gila orang tua seko ni. Dengan UMNO serik 2 kali, tapi dengan DAPig 4 kali bercerai, tapi masih terima. Apa punya cerita ni?dan baru pandai sikit cakap inggeris, dah tunjuk lagak. HAMPEHHH!. Pas memang Hampeh. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Liga EPL : Everton vs Liverpool, malam ini....

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


SEMBANG-SEMBANG BOLA. PERTEMUAN MERSEYSIDE :

DUA kelab berjiran, Everton dan Liverpool bakal bercakaran sesama sendiri di Goodison Park bagi menentukan 'Raja Merseyside' malam ini.

Reputasi The Reds tidak perlu diperjelaskan lagi kerana mereka kini memegang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 18 kali berbanding sembilan kali gelaran diraih 'The Toffees'.

Kelibat Luis Suarez dan Andy Carroll di janka menghadirikan perasaan gerun Everton kerana anak didik Kenny Dalgish itu begitu dahagakan kemenangan bagi meneruskan tekanan kepada pendahulu, Manchester United.

Berpandukan stastik, kelab dari Anfield itu lebih menyerlah dengan memenangi 67 perlawanan dalam 174 pertemuan kedua-dua kelab. Selamat menonton.

Sebagai peminat setia, IBM mengharapkan Liverpool boleh pulang dengan 3 mata. Everton bukanlah kelab yang senang dijinakkan. Sudah mesti mereka akan bermain bermati-matian, apatah lagi didepan penyokong sendiri. IBM jangka Liverpol akan menang 2-0. Hidup Liverpool. 'You'll Never Walk Alone". Ikhlas dari saya, peminat setia The Reds : IBM ~ Keputusan penuh perlawanan malam semalam : Everton 0 Liverpool 2.
Tekaan IBM tepat sekali. Hidup Liverpool!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...