Pages

Monday, April 30, 2012

Niat Jahat Pembangkang Tidak Kesampian...

DALAM beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang perhimpunan Sabtu lepas adalah yang terburuk selepas 1999.

Pembangkang tiada pilihan lain melainkan merusuh selepas mereka tahu mereka akan kalah teruk dalam p/raya akan datang. Impian mereka adalah menggulingkan kerajaan sepertimana yang terjadi di Mesir.

Putik-putik atau bunga-bunga keganasan melampau akan berlaku boleh dilihat sejak Jumaat malam Sabtu.

Mereka mula berhimpun dalam melaung-laungkan reformasi dan Dataran Tahrir di sekitar Dataran Merdeka. Kemudian diikuti dengan kehadiran Timbalan Presiden Pas (Mat Sabu) yang lagaknya bagaikan seorang samseng apabila berdiri diatas kereta di tengah-tengah jalan raya di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman ke Jalan Tun Perak sambil berucap berapi-api dengan penuh provokasi.



Selain itu sebelum ke lokasi tersebut Mat sabu bersama Ketua PKR Rembau berceramah di Taman Melewar. Dalam ceramah tersebut juga tanda-tanda keganasan akan wujud pada esoknya telah kelihatan. Ini kerana Mat Sabu dan Badrul bercakap pasal darah. Boleh ditonton di sini
Dari awal pagi mereka mula melakukan provokasi terhadap polis di beberapa lokasi perhimpunan namun tidak berjaya kerana polis tidak melayan. Lama kelamaan mereka makin naik toncang dan merempuh Dataran Merdeka. Akhirnya polis terpaksa bertindak. Tindakan awal polis hanya melepaskan gas pemedih mata yang sangat minima supaya mereka bersurai. Mereka terus bergedil dan nak berentap dengan polis pula.
Yang berada di barisan depan yang berentap dengan polis adalah mereka-mereka yang dipercayai telah ditugaskan oleh pembangkang untuk menguasai Dataran Merdeka. Kemudian akan diikuti oleh pendemo-pendemo lain dan mereka telah merancang untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei 2012. Mereka mahu tunjuk kepada dunia luar bahawa apa yang terjadi di Mesir terjadi di Malaysia dan seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan.
Banyak video-video di internet yang memaparkan bagaimana Anwar dan Azmin menggunakan isyarat tangan agar peserta demo merempuh halangan ke Dataran Merdeka. Kemudian mereka menuduh agen-agen provokasi polis yang memulakan rempuhan tersebut. Itulah perangai pembohongan mereka yang tak sudah-sudah.
Jika mereka berniat baik dan tidak ada hajat yang terselindung, mereka akan terima tawaran kerajaan untuk adakan bantahan di stadium dan disediakan kawalan keselamatan secukupnya oleh polis. Oleh kerana niat jahat hendak menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya mereka tetap memilih jalan raya sebagai lokasi perhimpunan.
Mereka boleh merancang apa sahaja , namun perancangan Allah tiada siapa yang boleh menafikan. Allah masih sayangkan rakyat dan negara Malaysia. Segala rancangan jahat mereka untuk jadikan Kuala Lumpur seperti Kaherah tidak mendapat sambutan dan berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa semuanya dengan kuasa Allah.
ALLAH memang sentiasa bersama BN dan IBM rasa rakyat Malaysia sudah dapat menilai siapa mereka-mereka semua. Dan, rakyat sudah jelak dengan perangai mereka-mereka dan mengharapkan supaya kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas kepada ketua penganjur dan ketua pembangkang yang jadi dalangnya sehingga tercetus keganasan di Bersih 3.0. Jangan dibenarkan Bersih 4.0 mengambil tempat, kerana mengikut firasat orang cina, angka 4 tidak elok dan akan mendatangkan mala petaka. Itu kata dan kepercayaan depa orang-orang cina. Persetankan itu semua.
Yang penting, ianya tidak akan berulang lagi. Negara kita ada undang-undang, gunakan dan pastikan anjing-anjing kuning tu lagi tidak boleh bermaharajalela dan membuat sesuka hati mereka. Fikir-fikirkanlah demi untuk agama, bangsa, negara dan demi masa depan anak-cucu kita. ~ IBM
TERIMA KASIH SELANGOR DAILY.COM
DAN....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA 

Nik Aziz 'Perasuah' Tegar. Rasuah Ahli2 Pas ke Perhimpunan Bersih 3.0....

"Nah ambik duit ni, gi demo dan Bersihkan Dataran Merdeka tu. Bersih sampai bersih, jangan tak bersih..ada fahe," - Nik Aziz.

HAPUSKAN PERASUAH SEPERTI NIK AZIZ  INI YANG MENGAKU SEORANG ULAMA. SELAMATKAN NEGARA KITA DARI PERASUAH DAN ULAMA SEMAK YANG SENTIASA MENGHURU-HARAKAN NEGARA.

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai perhimpunan itu semalam.

Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk menyertai demonstrasi haram tersebut.

“Apa salahnya bayar minyak dia, dia dah tinggalkan rumah, dia nak pergi, duit tak ada, minta duit minyak Tok Guru, apa susahnya.

“Saya beri duit peribadi, saya beri duit saya, duit poket, dia nak pergi mintalah duit Tok Guru, mana ada duit hendak pergi sendiri ke Kuala Lumpur, kena bayar kereta, hotel dan makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pas Kelantan memberi wang kepada peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, semalam yang mencetuskan keganasan termasuk merosakkan harta awam, mencederakan anggota polis dan petugas media.

Dari situ kita dapat lihat dan membuat analisa bagaiamana jijiknya pemimpin-pemimpin Pas seperti Nik Aziz ini yang kononnya seorang ulama tegar, pemimpin Islam yang mengetuai sebuah parti Islam (PAS) yang memperjuangkan agama Islam. Tapi....lihatlah apa sudah jadi. Pas selalu menuduh Umno mengamalkan rasuah, mengamalkan politik kotor, dan suka melamparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimanapula pandangan Pas dan pakatan pembangkang bila dengan terang-terang Nik Aziz mengaku memberi wang poket kepada ahli-ahli Pas untuk perig berhimpun di perhimpunan Bersih 3.0?.  Tidakkah itu dikatakan rasuah?.....Bagi Nik Aziz apa yang pas buat semuanya betul. Memang haram jadah punya Tok Guru. Bila mampus nanti berasap le kubur kamu wahai Nik Aziz dan anjing-anjing yang berpakaian 'kuning'.

Kesimpulannya, IBM mengajak rakan-rakan dan para pembaca menilaikan sendiri akan matalamat perjuang Bersih 3.0 dan juga mendalami, siapakah Nik Aziz yang dipanggil Tok Guru sebenarnya?. Fikir-fikirkanlah. ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Sunday, April 29, 2012

Peserta Bersih 3.0 Amat Ganas..Dan..Dibayar Untuk Hadir...



 SELEPAS kereta peronda polis melanggar pembahagi jalan, peserta Bersih 3.0 bertindak ganas dengan merosak dan menterbalikkan sebuah kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan kompleks Sogo, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - GANAS..memang ganas. Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan 
termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

DEMI WANG DAN IKUT TELUNJUK PEMBANGKANG MEREKA SANGGUP JADI GANAS DAN INILAH YANG BERLAKU SEPERTI GAMBAR  DIATAS DAN DIBAWAH :


Peserta Bersih 3.0 merempuh halangan yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, semalam


Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan yang dibuat di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Inikah rupa kerajaan yang korang mahu dan sokong yang sanggup melakukan perkara yang ganas seperti apa yang di lakukan oleh para peserta Bersih 3.0?...yang mana dikatakan bersih dan apakah yang ingin mereka bersihkan?. Ini, tak lain tak bukan kerana perangai dan niat para pemimpin mereka (pembangkang) yang mengamalkan politik kotor dan hati mereka juga kotor. Penuh dengan dendam demi nama dan pangkat.

Ayuh rakyat sekalian, bangkit, sedar dan tolak pembangkang di PRU k3-13 nanti. Negara akan musnah sekirannya mereka memerintah kerana anjing-anjing yang berpakaian KUNING ini akan sentiasa akan menganas dan mengikut kehendak tuannya sekiranya diberi tulang (wang) untuk berdemo dan menganas. fikir-fikirkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 : Keadaan Kembali Panas Di Dataran Merdeka...



KUALA LUMPUR - Keadaan kembali panas, sekitar 5.30 petang, apabila lebih 1,000 penyokong Bersih 3.0 kembali berkumpul di tepi Dataran Merdeka, lokasi di mana pagar dirempuh dan melaungkan reformasi.

Mereka merempuh sekali lagi dan Polis membalas rempuhan. Polis melepaskan gas pemedih mata sekitar 3.15 petang tadi untuk menyuraikan peserta dan penyokong perhimpunan.

p/s : IBM KATA, "Inilah janji-janji Ambiga haramjadah yang menjanjikna perhimpunan aman 'duduk bantah'. Kepala anguk depa. menyusahkan orang ramai je. IBM dapat fedback dari salah seorang peserta Bersih yang menyatakan Bersih 3.0 lebih berjaya dari Bersih 2.0. Berjaya tengkorak depa. Bodoh dan binggong le korang semua."

INSYALLAH....UPDATE AKAN MENYUSUL.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

TERKINI : 80 Ribu Penyokong Bersih Banjiri KL....



[TERKINI 2.20 PETANG] KUALA LUMPUR - Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang.
Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai  jam 2 petang hingga 4 petang.
Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat -  peningkatan, secara berperingkat-peringkat  sejak awal pagi tadi - menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.
Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi - peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.
Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.
Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.
Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul.
Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan. Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang juga dilaporkan ditahan.
Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja laut dianggarkan telah mencecah 8,000 orang. Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada dikawasan tersebut.
Maklumat yang diperolehi oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.
p/s : IBM KATA, "Cukup ke dengan kehadiran 50 ribu dan diberitakan meningkat kepada 80 ribu orang?..berpuas hati ke pihak penganjur dengan kehadiran tersebut?..kalau tak puas hati lagi, sila gerakkan Bersih 4.0 pula. Angka (4) yang orang cina paling benci,"
TERIMA KASIH #SH
DAN...TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Bersih 3.0 : Dataran Dikawal Ketat, Jalan Di KL Mula Ditutup...

Keadaan di Dataran Merdeka tengah malam tadi.


[TERKINI 10.15 PAGI] KUALA LUMPUR - Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan tenang meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati sekitar 1,000 anggota polis ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka.
Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.
Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.
Sementara Dataran Merdeka dan ibu negara pada amnya menjadi tumpuan, 'perang' berbalas mesej menerusi laman-laman sosial termasuk Twitter juga menjadi fokus sejak malam tadi.
Pemimpin-pemimpin politik dari segenap lapisan masyarakat menghantar mesej Twitter untuk memberi gambaran mengenai keadaan semasa di ibu negara.
Turut berkongsi mesej Twitter ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM). KLIK DISINI untuk berita selanjutnya. ~ IBM
JADILAH RAKYAT YANG BERGUNA DAN BERTANGGUNG JAWAB. JANGAN IKUT RENTAK PENGIKUT-PENGIKUT BERSIH 3.0. HILANG AKAL, HILANG PANDUAN. AMAT MERUGIKAN.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA DAN TERIMA KASIH KERANA TIDAK IKUT BERDEMO.

Friday, April 27, 2012

Nizar Bohong..Memang Pembohong!!

DAKWA PM MINTA TENTERA BUAT SESUATU JIKA BN KALAH PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). “Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan. “Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam. Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.


Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. "Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu...jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)..itu terserah," katanya. Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan minta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti. Ceramah Mohammad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, engggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM. "Kenyatan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menumbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan kepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajasama dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembangaan dan Bersikap profesional.

p/s : IBM Kata, "Wajib ditangkap je si jahanam Nizar ni. Pembawa fitnah. Tak berubah-ubah perangainya. Memang bapak syaitan betui dia ni. Apapun IBM cadangkan ATM atau PM buat sesuatu agar perkara seumpama ini tidak berulang. Memang memalukan dan mencemarkan nama negara, PM dan ATM. Jangan beri muka pada si bodoh Haprak dari Pas ni."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

PKR Cukup Sedia Hadapi PRU-13??...Tapi Masih Menfitnah Orang...

BETUL ke PKR sudah bersedia?..dan yakin akan tawan Putrajaya?. Cakap le apa korang nak cakap. Tapi....IBM muskil sikit le. Kalau betul-betul PKR dah bersedia dan yakin menang, kenapa pemimpin mereka seperti si Saifuddin sepet masih nak menabur fitnah dan beria-ia mengorek cerita-cerita yang dah lama, lapok dan tak lagi RELEVAN?. Terbaru, Saifuddin cuba mengaitkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, kononnya mereka berdua adalah ahli Umno dan PKR desak agar kedua-duanya meletakkan jawatan.


Tapi...kedua-dua orang kuat SPR tu bukan-bukan calang-calang orang. Mereka tidak panik, dan mereka tidak juga cepat melenting tak tentu pasal. Mereka jawab. Untuk mendapat penjelasan dari Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz (gambar). KLIK DISINI. Harap PKR dan si bodoh Saifuddin ni faham dan jangan buat macam baru je masuk politik.

Seterusnya, IBM mengajak rakan-rakan pembaca sekelian baca akan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR, Datuk Wan Ahmad (gambar) di atas dakwaan si Saifuddin yang banggap dan benggong ni. KLIK DISINI untuk cerita penuh. Dan seterusnya IBM mengajak rakan-rakan semua menilai dan menganalisa sendiri akan kenyataan Setiausaha PKR ini yang begitu konfiden sekali bahawa PKR sudah bersedia menghadapi PRU ke-13 nanti. Tapi......mereka terus meroyan, berbohong dan sentiasa mencari salah orang. 

Biasalah bila menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13), semua parti termasuklah PKR melakukan persediaan rapi kerana pilihan raya kali ini penting untuk merealisasikan hasrat mereka menukar Kerajaan Pusat. Ikuti temu bual KLIK DISINI  bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kepada PKR, IBM ucapkan selamat maju jaya, jangan kuat benar jual temberang. Kalau nak berbohong tu, biarlah bertempat. Korang dan penasihat korang dah kehabisan modal. itu sebab korang suka attack personnal. Dah lapuk le korang ni. Bagi kami orang-orang Barisan Nasional (BN) telah lama bersedia dari korang semua. Kami tetap gempur, lawan tetap lawan. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Padah Ganggu Isteri Orang!!

Suspek cedera teruk dibelasah penduduk.



PADAN Muka. Apa diorang ingat Malaysia ni negara bapak diorang punya. Sesuka hati ganggu jiran dan isteri orang. Maka, terimalah akibatnya. Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu. Nasib baik tak mampus.
Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.
Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian. Untuk cerita penuh KLIK DISINI. Teruskan membaca. ~IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Elak Dari Terjebak dengan Perhimpunan Bersih 3.0 - Fathul Bari


"JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN PEJUANG KEZALIMAN"

 KENAPA TIDAK DI STADIUM?

TERANG-terang umat Islam di negara kita ini telah dipesongkan oleh dakyah SONGSANG parti pembangkang. Kalau tidak dibendung, ianya akan melarat dan akhirnya merugikan umat Islam itu sendiri. Oleh itu, kita umat Islam ditegah untuk tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang terbukti melakukan kezaliman dan maksiat seperti pengamal, pejuang termasuk penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Malah, seorang tokoh ulama muda meletakkan hukuman yang cukup keras dengan menyatakan adalah haram bagi umat Islam daripada terlibat di dalam sebarang majlis atau program diketuai seorang pejuang LGBT kerana seks songsang merupakan perbuatan jijik lagi hina di sisi Islam. Kalau ini pun umat Islam tak faham, IBM pun tak faham. Kenapa dan mengapa umat-umat Islam harus terjerbak didalam 'kancah' politik songsang yang diamalkan oleh parti pembangkang dan individu yang beria-ia nak jadi Perdana Menteri?

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya (gambar) berkata, wajib setiap umat Islam mengelakkan diri daripada terjebak dengan perhimpunan Bersih 3.0 kerana pengerusinya Datuk S. Ambiga seorang penyokong tegar LGBT, selain menyokong aktiviti memurtadkan umat Islam. Apa kata anda pembaca sekelian. Wajib tu...tapi bukan wajib yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz yang dah nyanyuk lagi menjijikkan. Dan...pendapat IBM pulak, wajib kita semua dan rakyat negeri Kelantan tolak Nik Aziz dan suruh beliau letak jawatan sebagai Menteri Besar. Memang tak senonoh, dan dah lama dah. 22 tahun perentah Kelantan, apa dia buat?

Bangkitlah wahai bangsa ku. Jangan kita tertipu dan mengagungkan pemimpin kafir seperti Ambiga tu. Jauhi diri anda semua dari perhimpunan Bersih 3.0 demi kesejahteraan rakyat, keamanan negara dan juga demi nama baik negara kita, Malaysia. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, April 26, 2012

Nor Ain Dibunuh 2 Minggu Lalu...Kejam..Kejam!!

JENAYAH TIDAK MENGENAL MANGSA. OLEH ITU AWASI ANAK ANDA DAN KELUARGA ANDA

 Nor Ain suka memakai pakaian seperti lelaki.


KOTA BHARU – Kejam, Kejam. Memang kejam. Pembunuhnya tidak mempunyai perasaan langsung, lebih kejam dari binatang. IBM rasa, itulah yang dapat diungkap oleh IBM sendiri dan orang ramai.  Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang rangka mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang dekat sini pada Isnin lalu dipercayai telah dibunuh dan dibakar dalam tempoh dua minggu sebelum rangka mangsa ditemui.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada gadis tomboi itu dibakar hidup-hidup atau mangsa dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.
“Setakat ini, kita mendapati Nor Ain dan motosikal miliknya dibakar. Polis menemui rangka motosikal mangsa yang hangus dan tulang-tulang manusia termasuk beberapa barangan peribadi mangsa di lokasi kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Menurut beliau, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dadah dan orang yang dikenalinya.
Kosmo! semalam melaporkan misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka Nor Ain ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh oleh seorang pemandu lori yang melalui kawasan itu. Nor Ain yang sudah tidak bersekolah, sebelum ini dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya sejak 3 April lalu.
Jarak rangka Nor Ain ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter. Ekoran penemuan itu, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Mengulas lanjut, Saiful Bahri berkata, polis dalam proses menahan beberapa suspek lain bagi membantu siasatan pembunuhan Nor Ain.
p/s : IBM KATA, "memang kejam. Lebih kejam dari binatang. Harap, polis dapat mengesan dan menangkap pembunuh yang kejam itu dan dibawa ke muka pengadilan. Didapati bersalah...gantung je."
SUMBER BERITA : KOSMONLINE.COM ~ TERIMA KASIH
DAN....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH

 POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH PERAK

26 APRIL

ANDA SEORANG PENGEMAR DAN PENCINTA SEJARAH..?..JOM BACA KERANA.....

"SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN"

UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS POLITEKNIK UNGKU OMAR

Pada hari ini 26.4.1969 telah berlangsung upacara meletakan Batu Asas Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak. Upacara ini dilakukan oleh Menteri Pelajaran Encik Mohd Khir Johari. Politeknik yang berharga 15 juta ringgit itu mendapat sumbangan khas sebanyak 45 juta ringgit dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia diberi nama Politeknik Ungku Omar kerana mengambil sempena dan mengenang jasa-jasa tokoh pelajaran negara Prof. Dr. Ungku Omar bin Ahmad yang banyak berusaha memajukan dan meninggikan taraf pelajaran negara dibidang sains dan teknologi. Penubuhan Politeknik Ungku Omar adalah merupakan sebahagian dari usaha kerajaan untuk mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kedua iaitu untuk menambah bilangan tenaga terlatih disektor awam dan swasta. Ini penting dalam usaha memesatkan kemajuan perusahan di negara ini. Politeknik itu memberi tumpuan kepada Kursus Juruteknik, dan beberapa kursus yang lain termasuk perakaunan, teknologi galian, perancang bandar dan kampung, pengajian tanah dan trengkas. Sumbangan Politeknik Ungku Omar yang dirasmikan pembukaannya oleh perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 10hb.Mei, 1974, memang luas. Sejak ia memulakan sessi ekonomi dalam tahun 1969 hingga tahun 1974 ia telah berjaya melahirkan seramai 1,200 tenaga terlatih yang telah pun bekerja di sektor awam dan swasta. Sesungguhnya tahun perletakan batu asas Politeknik Ungku Omar merupakan tahun yang menjadi batu tanda dalam perkembangan sekolah-sekolah teknik dan Vokasional. Penubuhan sekolah seumpama itu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mempelbagaikan ekonomi Malaysia. Kejayaan Malaysia mendapat bantuan asing dan kesanggupan agensi-agensi seperti UNESCO, UNPD dan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi bantuan adalah bukti keyakinan mereka terhadap perkembangan ekonomi Malaysia.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

PR Dakwa Pengerusi SPR Dan Timbalanya Ahli UMNO. Pulak Dah!!!...



PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.

 
Sehubung itu, kata Saifuddin, beliau menpunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno-parti teras Barisan Nasional (BN). "Saya tahu Aziz ahli Umno cawangan mana, nombor ahli Umnonya. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya."


 
Inikah yang membuat pembangkang kata kedua-kedua orang kuat SKR ni ahli UMNO?...ini gambar superimpose, banggang pembangkang ni.

"Mereka patut lepaskan (keahlian dalam UMNO), jangan ada sekelumit perjudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya. "Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana  Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (UMNO)," kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harain di pejabatnya, semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi. Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan ahmad seharusnya telah meletkan jawatan dalam parti sebaik dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu. 

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara...dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya. Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati penderian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewejarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat. "Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya. Pandikar di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu. Manakala Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

p/s : IBM Kata, "Memang pembangkang ni pakar mengorek rahsia dan dedahkan pada orang ramai. Kena pula masa dan tempat nya pulak tu. Disaat nak menjelang PRU. Itulah senjata mereka. Tapi, IBM rasa, kedua-dua orang kuat SPR ini boleh menepis dakwaan dari pembangkang tu. Mereka bukannya tahu apa-apa peraturan atau perlembangaan dalam Umno...biarkan mereka buat tuduhan. Jangan takut, jawap, jangan tak jawab. Pastikan jiwa pegawai-pegawai orang SPR ni telus dan betul, bukan macam pembangkang, hati busuk dan dengki, menuduh tanpa bukti."

SUMBER : SH# ~ TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.