Saturday, May 17, 2014

PEMILIHAN PKR : DI SELANGOR KHALID GAGAP GAH. TAPI, DI PERINGKAT KEBANGSAAN, AZMIN TERUS UNGGUL

SABTU, 17 MAY 2014
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendahului Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti peringkat Selangor. Azmin yang merupakan penyandang Timbalan Presiden, mendahului pemilihan secara keseluruhan di seluruh negara tetapi hanya menerima 2,385 undi di Selangor, berbanding Abdul Khalid sebanyak 3,262 undi. Seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, menerima 324 undi. Jumlah undi itu yang dikumpul setakat ini bagaimanapun hanya membabitkan sembilan daripada 22 cabang di Selangor.

Proses pemilihan bagi baki 11 cabang iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, Selayang, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, Hulu Langat dan Kuala Langat, dijadual diadakan semula dalam tempoh terdekat. Berdasarkan keputusan tidak rasmi bagi peringkat kebangsaan, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendahului dua lagi pencabarnya selepas memperoleh 16,181 undi. Bolehkah Khalid Brahim mengatasi Azmin walaupun masi ada baki 11 cabang yang belum bersidang. Mengikut angka yang Azmin terima setakat ini, beliau jauh meninggalkan Khalid dan Saifudddin. Apapun, kita tunggu dan lihat sapa yang kena. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...