Friday, July 25, 2014

KHALID GAGAP CABAR ADUN SELANGOR KEMUKA UNDI TIDAK PERCAYA. NAMUN, BERUNDUR TIDAK SEKALI!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

ISU MB  : KEMELUT DALAM PAKATAN BERTERUSAN..
Tanpa rasa tertekan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu beliau berundur. Menteri Besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. Memang boleh, dan Khalidr rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau ADUN secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan, kata Khalid semasa ditemui di Kajang hari ini. 
Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut. Untuk menyingkirkannya, Khalid berkata beberapa proses perlu dilalui serta mengingatkan pemimpin PR negeri bahawa lantikkan  beliau dibuat oleh Sultan Selangor. Ada sesiapa dalam PR berani buat usul ke dalam Dewan? Sila-silakan, kata Khalid. Nampaknya habislah berpapan-papan panadol di makan oleh Nuar Brahim. Dah tentu Nuar buntu dan pening kepala, berfikir dan mencari jalan macm mana nak singkir si Khalid gagap ni. Drama dalam Pakatan ini akan terus bersambung. Bilakah ianya akan berakhir? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...