Pages

Friday, November 28, 2014

PUNYALAH KEMARUKKAN JAWATAN SAMPAI KE SABAH SI AL-JUB MENGHASUT DAN MEMUJUK AHLI PARLIMEN SABAH SUPAYA TINGGALKAN BN. AKHIRNYA...TEMBELANG PECAH!!

JUMAAT, 28 NOV 2014
PUNYA le kemaruk jawatan, manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan Kem  tidak henti-henti memujuk ahli parlimen Sabah supaya meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam usaha ketua pembangkang itu untuk mengambil alih Putrajaya menjelang 16 September, 2008,  sekali gus dia menjadi Perdana Menteri (PM). Tembelang si al-jub itu pecah sekali gus dia (Anwar) di aibkan di Mahkamah Tinggi hari ini, Jumaat.  Saksi pembela Datuk Raime Unggi (gambar bawah kanan), yang juga Ahli Parlimen Tenom, berkata usaha berterusan Anwar itu membuat beberapa ahli Parlimen membincangkan melompat parti itu banyak kali, termasuk di luar negara. Katanya, perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 apabila beberapa wakil rakyat bertemu di Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu. Di perjumpaan itu, beliau dapat tahu Ronald Kiandee (ahli Parlimen Beluran) ditawarkan RM5 juta supaya melompat parti, kata Raime ketika disoal balas oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar. 

Raime berkata, di perjumpaan itu Anifah yang dianggap sebagai pemimpinnya, memberitahu mereka yang hadir supaya tidak menerima sebarang tawaran daripada Anwar atau sekutu pemimpin pembangkang itu. Katanya, semua mereka setuju dengan cadangan Anifah itu.Tetapi tawaran-tawaran itu datang tak putus-putus dan kami (Anifah, Ronald dan Raimee) membincangkan perkara itu sekali lagi di Macau, katanya. Raimee memberi keterangan dalam saman malu Anwar terhadap Anifah yang kini Menteri Luar. Anifah didakwa melafazkan kata-kata berunsur fitnah itu ketika sidang akhbar di Washington bersama-sama bekas Setiausaha Negara Hilary Clinton. Beliau memberitahu wartawan Anwar menawarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika dia dapat memujuk ahli parlimen dari Sabah supaya melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memenangi 140 kerusi pada pilihan raya 2008. Tapi, tuhan itu adil dan tidak mengizinkan perkara itu berlaku. Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas, cuai dan dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Memang le. Siapa tak kenal Anwar. Bila dia terdesak, dia akan berbuat apa sahaja, dan apabila keabaiban tercabar atau di bongkar, dia (Anwar) mencari jalan bagi menutup kesilapan yang dia lakukan, dan akhirnya jalan terakhir ialah dengan membawa kes orang yang kononnya memalukannya ke Mahkamah. Itulah kerja anwar sampai ke tua, dan akan masuk kembali ke penjara Sungai Buloh tak lama lagi diatas kesalahan kes liwat II nya. Bagi IBM, itu adalah pengajaran yang patut Anwar terima, kerana selama ini dia bebas berbuat apa sahaja yang dia suka. Mengkritik kerajaan dan menfitnah adalah 'asam garamnya'. Tak habis-habis si al-jub ni menghasut dan memburuk-burukkan kerajaan. Segala apa yang kerajaan buat, semuanya tak betul bagi beliau. Maka, apabila kes saman dan menfitnah si Anwar ini yang dibuat terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, IBM percaya akan berpihak kepada Menteri Luar. Kalau tak percaya, tunggu. Orang yang sombong dan yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara seperti Anwar ini harus di ajar. Wasallam ~ IBM

BILA NAJIB MUNGKIR JANJI...PEMBANGKANG TERUS MEROYAN!!

JUMAAT, 28 NOV 2014
MEMANG dah di duga pembangkang akan melenting habis dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib mungkir janji. Ekoran dari itu, meroyanlah ketua pembangkang Anwar Ibrahim al-jub lalu berkata pengumuman Datuk Seri Najib Razak (Akta Hasutan Kekal) untuk mengukuhkan lagi Akta Hasutan menunjukkan bahawa Perdana Menteri itu tunduk kepada tuntutan kumpulan pelampau. Pelampau?...siapa yang dimaksudkan oleh ketua pembangkang tu sebagai pelampau? Setahu IBM, dialah yang melampau, sekalu gus bolehlah dicop sebagai ketua pelampau. Kata Nuar, beliau kecewa kerana DS Najib memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan. Dan, (Najib) tunduk pada tekanan kumpulan yang dilihat berhaluan kanan dan ekstremis yang mahu menggunakan undang-undang untuk menekan kebebasan dan menindas pembangkang dan aktivis lain, katanya. 

Beliau mengulas pengumuman Najib di perhimpunan agung Umno bahawa akta tersebut akan dikekalkan, walau Perdana Menteri itu sebelum ini berjanji untuk menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Jadi, bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa pembangkang memang takut kepada akta Hasutan 1948 di teruskan. Tapi, DS Najib bukannya bodoh. Cukup sekali, cukuplah 'ISA' di mansuhkan. Negara huru-hara dibuat oleh pembangkang. Kali ini, kerajaan di bawah kepimpinan DS Najbi tidaklah terjerbak atau mengikut kehendak dan kerenah pihak pembangkang. Kalau semua tak setuju dan menuduh kerajaan tidak adil dan Perdana Menteri mungkir janji, di persilakan kepada mereka-mereka yang tak setuju, tinggalkan sahaja negara ini, senang cerita. Rupa-rupanya ketidakkan puasan hati yang diluahkan oleh ketua pembangkang, ada juga kuncu-kuncunya yang menyokong rintihan hati boss depa. 
KENYATAAN YANG AMAT-AMAT BODOH DARI MACAI ANWAR
Beliau mempertikaikan mana mungkin pada 2014, akta hasutan jadi relevan?..jadi, selama ini akta hasutan tak relevanlah?. Apa le punya bodoh statement macai si Nuar ni.(dilampirkan seperti di atas) kenyataan si macai Anwar Ibrahim. Walaubagaimana pun, tahniah kepada DS Najib yang mempertahankan akta tersebut. Rakyat jelata menyambut kenyataan Perdana Menteri (PM) itu dengan hati yang penuh gembira dan hilang rasa kegelisahan mereka, kerana pihak pembangkang tidak akan berani  membuat kenyataan berupa fitnah, hasutan dan menghina kepada lawan mereka lagi. Biar mereka meroyan dan terus meroyan.  Tahniah sekali lagi DS Najib. Wasallam ~ IBM

Thursday, November 27, 2014

DIMANA MH370 AKAN TERDAMPAR?

KHAMIS, 27 NOV 2014
APAKAH 'Misteri Kehilangan MH370' akan terungkai? Terkini, Australia dilapor sedang menyiapkan model corak hanyutan baharu bagi memperluaskan kawasan geografi yang mungkin menjadi lokasi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terdampar. Australia ketika ini sedang berusaha untuk melihat sekiranya mereka boleh mendapat satu model hanyutan terkini bagi satu kawasan lebih luas yang menjadi kemungkinan lokasi serpihan MH370 terdampar, kata Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley, di sini, semalam, Rabu. Analisis awal sebelum ini mencadangkan, serpihan pertama pesawat itu mungkin terdampar di kawasan Sumatera Barat di Indonesia selepas kira-kira 123 hari. Foley berkata, pusat penyelidikan itu menerima laporan tentang serpihan yang terdampar di pantai Australia sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, namun semunya bukan berasal daripada MH370. 

Model hanyutan itu bakal membantu usaha pencarian pesawat MH370 sama ada di permukaan mahupun di dasar laut yang dipercayai hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu bersama 239 orang penumpang. Ketua Suruhanjaya ATSB, Martin Dolan semalam menafikan dakwaan berlaku percanggahan dalam kalangan lima kumpulan yang membentuk pasukan pencarian antarabangsa itu. Selain ATSB, pasukan pencarian turut disertai Boeing Co dari Amerika; Thales dari Perancis; Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Teknologi dan Pertahanan Australia. 

Pasukan itu bersetuju tentang kemungkinan kawasan pencarian seluas kira-kira 600 kilometer panjang dan 90 kilometer lebar di barat Perth dengan satu laporan terbaharu yang dikeluarkan bulan lalu memperincikan dua lagi kawasan di selatan Lautan Hindi. Diharap pencarian MH370 akan berakhir tidak lama lagi. Sama-sama kita tunggu dan berdoa agar misteri kehilangan pesawat MH370 terjawab. Kepada kau keluarga yang terlibat, banyakkan bersabar kerana ianya adalah ketentuan dari Allah SWT. Segala-galanya adalah kehendaknya. Wasallam ~ IBM - SUMBER.

GAGAL! PKR GAGAL BENDUNG 16 LOKASI CURI PASIR DI SELANGOR....

KHAMIS, 27 NOV 2014
KALAU dengar laporan dan cakap depa (pembangkang), depalah sebuah kerajaan yang telus, kerajaan yang prihatin. Serba serbi depalah yang terbaik, tidak rasuah. Tapi, itu semua hanyakah indah khabar dari rupa. Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sememangnya gagal. Antara satu sebabnya ialah kelemahan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam menangani masalah kecurian pasir, negeri ini terpaksa menanggung kerugian sehingga jutaan ringgit setahun. Kelemahan dan kegagalan PKR ini  didedahkan oleh wakil rakyat dari pembangkang, Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) yang mendakwa, berdasarkan laporan yang diperolehnya, terdapat 16 kawasan di seluruh negeri ini dikenal pasti dicerobohi dengan kegiatan mencuri pasir. Menurutnya, kawasan-kawasan tersebut termasuk Tapak Puchong Prima di Labohan Dagang, Banting; Ulu Kali (Rasa) dan Sungai Jelok (Kajang). Dimana silapnya, dan dimana pengawasan dfari pihak yang berwajib? Adakah rasuah berlaku? ujar Datuk Abdul Shukor. Jika sukar untuk ditangani, adalah lebih baik dihalalkan operasi pengambilan pasir di kawasan terbabit kerana boleh memberi pendapatan kepada kerajaan negeri, katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam, Rabu. 

Abdul Shukor dalam pada itu turut mempersoal jumlah keuntungan RM150 juta yang didakwa kerajaan negeri diperoleh daripada hasil penjualan pasir setiap tahun. Perkara ini tidak pernah didedahkan dan diberi penjelasan secara terperinci, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada benar wujudnya hasil tersebut atau tidak, ujarnya. Maka, dari sudut mana yang dikatakan kerajaan Selangor di bawah pemerintahan PR berjaya memperolehi pendapatan yang tinggi dari hasil jualan pasir tersebut?. Kalau kita dapat lihat dan dengar di akhbar-akhbar hasil yang kerajaan Selangor perolehi dari hasil jualan pasir amat-amat memberangsangkan. 

Kutipannya begitu tinggi sekali, tapi, ianya hanya tinggal 'angka'. Mana pergi duit dari hasil tersebut? Inikah yang dikatakan kerajaan PR telus dan pemerintahan yang adil serta mesra rakyat? IBM rasa tidak. PKR/PR hanya pandai berpolitik, rakyat terabai. Janji semunya palsu dan mereka sesama mereka di dalam PR bercelaru, bergaduh dan tidak kesefahaman. Anda masih nak bersama PR pada PRU ke-14 nanti? fikir-fikirkan supaya tidak lagi membuat satu kesilapan besar kerana memilih PR. Ubah...ubah minda anda ubah tangan anda dengan memangkah Barisan Nasional (BN) di PRU ke 14 nanti. Memangkah BN bererti mengubah segala-galanya demi untuk masa depan kita dan anak-cucu-cicit kita semua. Insyallah. Wassalam ~ IBM

Wednesday, November 26, 2014

AMARAN PRESIDEN UMNO : "BERUBAH ATAU HANCUR"!!!

RABU, 26 NOV 2014

BEBERAPA pemimpin Umno diperingkat bahagian menyuarakan rasa bimbang dan menyokong akan kenyataan Presiden UmnoDatuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran keras kepada pemimpin Umno di semua peringkat supaya bekerja keras jika mahu melihat parti itu terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Gesaan Presiden Umno itu dilihat sebagai kemuncak kekecewaannya berhubung prestasi yang ditonjolkan Umno dalam tempoh lebih setahun selepas berakhirnya pilihan raya umum yang lalu. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar bawah, kanan) menyifatkan kekecewaan Najib itu sudah mencapai tahap ‘siling’ dan ia ditujukkan khusus kepada pemimpin parti yang masih mengambil sikap tidak peduli. Presiden ada menyebut bahawa bangsa Melayu akan dibangsatkan jika Umno kecundang. beliau rasa, tidak pernah mendengar Presiden parti berkata sedemikian. (Kemarahan) presiden seolah-olah sudah sampai ke ‘siling’. Kita dapat lihat kekecewaan beliau terhadap pimpinan yang lambat untuk bertindak kepada perubahan, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka, PWTC di sini, semalam, Selasa. 

Menurut Mohd Puad, Najib yang juga Perdana Menteri turut menegur secara mendalam mengenai kelemahan jentera Umno untuk terus bekerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Presiden ada menegur bahawa jentera Umno masih dingin dan tidak ada usaha untuk wujudkan ‘fear factor’ bagi membangkitkan semangat luar biasa di kalangan ahli Umno, katanya. Sementara itu, Ketua Umno bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan (gambar bawah, kiri) berkata, setiap perkara tidak boleh dilakukan dengan mengikut fahaman dan fikiran tertentu semata-mata sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu mendapat sokongan semua kaum pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sebaliknya beliau berkata, ia seharusnya dilakukan dengan mempertimbangkan penerimaan semua rakyat termasuk kumpulan minoriti. Untuk kita menang, kita kena lihat kumpulan minoriti walaupun sokongan pengundi Cina hanya 10 peratus. Tetapi kalau yang 10 peratus ini tidak menyokong Barisan Nasional, ini akan menyebabkan Umno turut kecundang dalam PRU akan datang. 

Oleh itu, kita perlu adil dan saksama serta tidak melupakan kumpulan minoriti ini yang menjadi sebahagian daripada perubahan yang patut dilakukan sekiranya kita hendak lihat Umno sebagai tunggak atau inklusif dalam pentadbiran negara akan datang, katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa. Sementara itu, Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (gambar bawah kanan) turut menyuarakan pandangan mengenai taklimat presiden parti supaya mengutamakan bangsa lain memandangkan Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Beliau berkata, BN juga perlu mendapatkan undi daripada bangsa-bangsa lain sekiranya mahu memperoleh kemenangan dalam PRU akan datang. Sehubungan itu katanya, setiap perkara perlu dilakukan secara berhati-hati supaya ia tidak menyentuh sensitiviti kaum lain. 

Kita perlu berhati-hati dalam apa jua perkara yang kita buat. Ini kerana kita juga mahu meraih kepercayaan bangsa yang lain dalam memberi sokongan kepada kita,” katanya. Syed Ali yang merujuk tentang isu sekolah vernakular berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan untuk dipersoalkan pada masa ini memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di negara ini. Sekolah vernakular dah lama berjalan, biarkanlah jalan. Kenapa nak halang lagi? Apa yang kita dah buat hari ini adalah untuk kita semua rakyat Malaysia. Undi pun kita perlu raih daripada semua. Sokongan padu semua kaum ini yang kita perlukan (untuk BN menang dalam pilihan raya umum akan datang), katanya. Kesimpulannya, IBM bersetuju dengan pendapat dan pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno bahagian tersebut. Umno perlu berubah. Jika tidak kita kan diubah dan hancur. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

KJ INGATKAN KAUM BUKAN MELAYU SUPAYA INGAT JANJI ASAL MEREKA....

RABU, 26 NOV 2014
BRAVO KJ! IBM amat-amat teruja dengan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mana beliau begitu lantang, berani mengingatkan bukan Melayu agar mengingati "janji asal" mereka yang terkandung dalam kontrak sosial. Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno, Khairy berkata orang Melayu berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Sebagai balasannya, orang bukan Melayu bersedia menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tetapi, kenapa pula masih ada mereka yang tidak menghormati perjanjian yang sama. Kalau orang Melayu boleh terima, tak ungkit kerakyatan dan mengiktiraf bahawa kita tak boleh tutup sekolah vernakular, kenapa ada pula yang sekarang ini tidak pegang janji asal mereka. Kenapa ada yang minta dihapus kedudukan istimewa orang Melayu, ada yang mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, ada yang tak faham Bahasa Kebangsaan. 

Kalau orang Melayu tegas dengan prinsip kita mempertahankan perjanjian asal, kita tuntut yang lain juga pegang pada janji asal mereka. Tak perlu lagi pertikaikan hak kami. Kita tak minta mereka menggadai apa yang ada, kita cuma minta jaga apa yang telah dipersetujui bersama, ucap Khairy disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tepukan gemuruh dari para perwakilan bukannya tepukan 'bodek'....tapi tepukan yang membakar semangat kerana rata-rata para perwakilan pemuda bersetuju dengan ucapan dan mesej yang boss mereka sampaikan. Oleh itu, IBM sarankan kepada kaum-kaum yang ada di negara ini supaya menerima hakikat bahawa sesuatu 'perjanjian asal' harus di hormati dan tidak ada dolak-dalih lagi. Hak orang-orang melayu harus di pertahankan, dan jangan cuba-cuba nk di politikan. Jangan mencari masalah. Negara kita adalah salah satu negara yang teraman dan pupukkan semangat hormat-menghormati di antara kaum. itu yang penting. Kepada KJ, syabas dan tahniah semoga perhimpunan pemuda kali ini mencapai apa yang pemuda laung-laungkan. Insyallah. Wasallam ~ IBM

TUN M SAHKAN BELIAU AKAN HADIR PADA PAU 2014, INSYALLAH, KATANYA

RABU, 26 NOV 2014
DIKHABAR KAN mantan Tun Dr Mahathir akan keluar negara semasa PAU 2014 di adakan. Tapi, disebabkan masalah kesihatan, beliau menangguhkan untuk keluar negara dan sepatutnya juga beliau tidak akan menghadirkan diri pada PAU 2014 ini. Semalam, IBM mendapat sedikit info bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan hadir pada majlis perasmian dan mendengar ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Khamis ini. Demi sayangnya beliau terhadap Umno. Perkara itu juga disampaikan menerusi blognya, chedet.cc pada hari Selasa, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehadirannya pada perhimpunan tahunan parti itu kali ini. Menulis dalam blognya, mantan Presiden Umno itu mengakui sepatutnya beliau tidak hadir pada PAU kali ini kerana akan berada di luar negara. Sepatutnya beliau tidak hadir ke Perhimpunan Agung Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana beliau kurang sihat untuk ke luar negara, beliau mungkin hadir InsyaAllah, 
katanya. Beliau turut menyediakan perutusan khas yang mengingatkan pemimpin Umno supaya mengambil berat suara akar umbi, bukan hanya mendengar pandangan 'orang sekeliling' kerana ia akan merugikan parti. Sebelum ini, pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak dapat menghadiri perasmian PAU 2014. Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk. Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat. Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London. Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin. Apapun, kita mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir pada PAU tahun ini, moga dengan kehadiran Tun akan menaikkan lagi semangat para perwakilan dan juga ahli-ahli Umno yang lain. di samping itu, mari kita sama-sama mendoakan akan kesihatan Tun supaya beliau sihat dan terus memberi teguran-teguran kepada para pemimpin-pemimpan tertinggi Umno demi untuk kebaikkan Umno itu sendiri walaupun ada yang mengkritik akan kelantangan Tun mengkritik pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini. Demi untuk servival orang-orang melayu, kita harus berubah dan terus melangkah ke hadapan, bukan undur kebelakang. Itu antara nasihat dari Tun Dr Mahathir yang harus kita semua buat panduan. Ubah sebelum kita di ubah Hidup UMNO!!. Wasallam ~ IBM

Sunday, November 23, 2014

SEKAT DAPIGS, KATA BEKAS KETUA HAKIM NEGARA

AHAD, 23 NOV 2014
DEMI servival orang-orang Melayu dan juga negara, IBM setuju dengan pandangan dari bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar bawah) yang menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAPigs daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat. Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan. Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians dan juga 'merempat di tanah air' sendiri, kata Tun Hamid. Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP. PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS, katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur. 

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP. PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan. PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan, kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional. Sebagai penulis blog, IBM nampak bahawa bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid melahirkan rasa bimbang beliau akan nasib anak-cucu kita di kemudian hari dan juga nasib negara ini. Kerana, kalau  kita lihat sekarang generasi 'Y' terang-terang tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Rata-rata mererka (gen 'Y') yang menetap dan belajar di luar negara telah dipesongkan minda mereka oleh pembangkang yang meracuni jiwa generasi Y ini supaya membenci kerajaan yang memerintah. 

Mereka di butakan dalam hal sejarah. Gen Y tidak berminat kepada hal-hal sejarah tanah air. Apa yang mereka mahu ialah mengikut selera mereka yang songsang mengikut cita rasa pembangkang. Maka, jika tidak dibendung dari sekarang, lingkuplah negara. Kerisauan dan kebimbangan yang disuarakan oleh Tun Abdul Hamid harus kita semua ambil serius, jangan anggap isu ini isu remeh kerana jika dibiarkan jahanamlah kita semua. Melayu hilang taring dan negara akan tergadai. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

Saturday, November 22, 2014

NAJIB MAHU NOH KEKAL PIMPIN UMNO SELANGOR...YE KE?.....IBM SALAH DENGO KOT!

SABTU, 22 NOV 2014
SEPERTI ada yang tak kena bila DS Noh Omar membuat statement yang mana amat sukar ahli-ahli Umno di Selangor ni nak terima. Ramai yang menyuarkan supaya DS Noh Omar lepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Cukupalah sekadar jadi wakil rakyat yang mewakli Parlimen Tanjung Karang. Mereka mahu pemimpin yang baru untuk menerajui kepimpinan Umno negeri Selangor. Tapi...bagi Noh, walaupun menerima kritikan hebat kerana gagal menawan kembali Selangor selepas kalah dua kali dalam pilihan raya umum, Datuk Seri Noh Omar berkata presiden Umno mahu beliau terus memimpin parti di negeri terkaya Malaysia itu. Noh berkata, keputusan untuk terus mengekalkannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor diputuskan dalam pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak Selasa lalu. Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, meskipun ketika perjumpaan tersebut beliau menyatakan kesediaan untuk berundur, tetapi Najib menolaknya. Ehhh...betul ke tu. Katanya, beliau berjumpa dengan Najib pada 18 November lalu kira-kira 20 hingga 30 minit, hanya beliau denganDS Najib saja. 
Katanya lagi, meskipun beliau terbuka dengan menyatakan tidak ada halangan untuk tukar pucuk kepimpinan tetapi Presiden Umno mahu beliau pimpin Selangor sekali gus meneruskan mandat menjadi pengerusi perhubungan Umno negeri, katanya pada sidang media selepas program Sunathon di Tanjung Karang, Kuala Selangor hari ini. Noh berkata, meskipun Najib mahu beliau kekal dengan jawatannya, Najib mahu Umno Selangor melakukan beberapa penambahbaikan. Kepimpinan Umno Selangor sebelum ini dikritik bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ia dirombak semula selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013. Noh berkata, garis panduan penambahbaikan termasuk melakukan gerak kerja lebih agresif, turun padang selain meningkatan bilangan ahli dan pengundi BN termasuk menyasarkan golongan muda. Dr Mahathir dalam kritikannya sebelum ini juga mahu Umno Selangor menumpukan kepada generasi muda yang tergolong dalam kumpulan Gen-Y memandangkan pada pilihan raya umum akan datang, 2.5 juta anak muda akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. 
Gen-Y tidak berminat dengan Umno. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat, sudah menerap budaya dan nilai hidup Barat. Ramai daripada mereka, penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka, tidak ada, katanya yang dimuat naik di laman blognya. Katanya, generasi tersebut akan menganggap sebagai 'mengungkit' sekiranya jasa Umno disebut atau diperingatkan kepada mereka. Bagaimanapun, Noh menepis dakwaan bekas Perdana Menteri itu dengan menyatakan Umno Selangor antara yang menyahut transformasi dengan menampilkan muka baru ketika pemilihan tahun lalu. Selangor dalam pemilihan ketua Umno lalu, ada 22 bahagian dan 21 daripadanya semua bertanding, 21 bertanding 12 muka baru iaitu ketua bahagian, ia bermakna separuh yang ada sekarang ini adalah  muka  baru. Begitu juga wanita, semua bertanding 22, dengan 9 muka baru, Pemuda lagi ramai 22, dengan 19 daripadanya muka baru dan Puteri 17 muka baru, katanya. 
Sehubungan itu, katanya, tuduhan menyatakan Umno menyekat kemunculan pemimpin muka baru adalah tidak berasas sama sekali. Tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali, kalau betul jadi bagaimana ada pertandingan untuk semua bahagian, saya pun ada yang mencabar. Tapi kalau nak jadi pemimpin dalam Umno, ada perlembagaan dan kita ikut perlembagaan itu, iaitu dengan pelatikan diundi perwakilan, katanya. Ditanya adakah Umno Selangor merancang mengadakan pertemuan bersama Dr Mahathir bagi menjelaskan isu tersebut, beliau tidak menolak rancangan itu. Mungkin kita akan buat begitu, kita pun selalu berjumpa Dr Mahathir, jadi kita tengoklah nanti, katanya. Entahlah....bagi IBM sukar nak dipercaya kata-kata si Noh ni. Tak tahulah dengan yang lain-lain terutamanya ahli-ahli Umno di seluruh Selangor. Tukar atau tidak?....tepuk dada tanya diri kita sendiri jika mahu rampas kembali Selangor dari Pakatan. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

KERAJAAN MAHU RAKYAT NIKMATI HARGA MINYAK MURAH, MAKA SUBSIDI DI MANSUHKAN!

SABTU, 22 NOV 2014
JANGAN salah anggap, salah tafsir bahawa kerajaan itu kejam. Penarikan balik subsidi terhadap minyak RON95 dan diesel adalah untuk kebaikkan semua. Seperti yang diketuai oleh umum, pemansuhkan subsidi RON95 dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam, adalah kerana mahu rakyat menikmati harga minyak yang jauh lebih murah di pasaran dunia ketika ini. Itu kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. Kalau harga sekarang ini turun, bermakna kita hendak rakyat menikmati harga yang lebih baik untuk mereka.  Buat masa ini harga pasaran dunia telah turun dan kita mahukan penurunan harga itu dirasai oleh rakyat, sebab itu kita apungkan harga RON95 ini, katanya kepada pemberita semalam. Harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini. Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Kaedah pengapungan terkawal sudah dilaksanakan bagi petrol RON97 yang mana harganya turun 20 sen baru-baru ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia. 

Namun ketika ditanya mengenai langkah kerajaan sekiranya harga minyak naik mendadak, beliau berkata kerajaan akan menyediakan bantuan untuk meringankan beban rakyat.  Kalau harga itu naik nanti melebihi satu tahap, kita boleh fikirkan mekanisma-mekanisma yang lain untuk membantu rakyat, jelas Datuk Rahman Dahalan. Beliau turut menafikan tuduhan pembangkang yang mendakwa pemansuhan ini dibuat untuk membayar hutang-hutang yang ditanggung kerajaan. Sambil menegaskan, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih lagi mampu untuk mengawal hutang negara. Hutang kerajaan tidaklah seteruk hutang negara-negara lain dan kita tak pernah gagal dalam pembayaran (hutang) jadi saya tidak merasakan isu hutang negara ini yang begitu kronik. Peratusannya itu masih lagi dalam keadaan yang terkawal, lebih sikit dalam 50% daripada GDP. Kebanyakkan hutang-hutang itu adalah dalam bentuk Ringgit jadi kita (negara) masih mampu lagi membayar hutang mereka. 

Kalau dalam bentuk Ringgit, kerajaan masih boleh mengawal hutang-hutang tersebut, ujarnya. Sebaliknya Rahman menyelar pembangkang yang hanya pandai membuat fitnah dan tidak bersama-sama kerajaan untuk menangani masalah berkaitan dengan rakyat. Pemansuhan subsidi ini adalah sebahagian rasionalisasi yang telah kita katakan akan dibuat oleh kerajaan. Jesteru, beliau ingin ingatkan pihak pembangkang bahawa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini di seluruh dunia, kita perlu bersama-sama menangani isu-isu yang berdepan dengan negara. Bukan hanya lempar tuduhan semata-mata, katanya. Tuduhan-menuduh ni adalah kerja pembangkang. Apa nak di hairankan. Bila harga minyak turun, tak pernah pun kita dengar mereka mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan. Sebaliknya mereka (pembangkang) menghasut dan mengajak rakyat berdemo tanda protes jika harga minyak tidak diturunkan. Kan kerja bangsat namanya tu. Maka, kita sebagai rakyat harus berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dia atas inisiatif yang telah kerajaan buat demi untuk kebaikan semua dan negara. Wasallam ~ IBM

Friday, November 21, 2014

KU NAN PERJELAS BAHAWA AHLI UMNO DIDIDIK UNTUK BERSAMA KAUM LAIN. PAS & PKR? HAMPEHHHHH!

JUMAAT, 21 NOV 2014
PAU 2014 PAU 2014 PAU 2014



SIFAT orang melayu yang lemah-lembut, berhemah, setia kawan memang telah lama diakui oleh bangsa-bangsa lain di negara ini. Memang senang berkawan dengan orang Melayu dan orang Melayu  juga mudah mendampingi bangsa lain. Kemesraan begitu cepat terlekap di hati orang Melayu terhadap bangsa lain. Itulah Melayu. Maka, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 akan memberi penekanan tentang bagaimana parti yang memperjuangkan bangsa Melayu itu dapat bertoleransi dengan kaum lain di dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama dapat diamal dan diteruskan. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak zaman dahulu lagi, ahli-ahli parti telah dididik untuk bersederhana dan bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia. Parti ini merupakan parti berteraskan kepada perjuangan Melayu, teras kita diperjuang atas dasar kepentingan Melayu, agama dan negara. 
Selain itu, kita telah didik oleh datuk nenek moyang kita dan pengasas kita untuk bersama-sama dengan kaum lain di Malaysia...itu kita akan tekankan, katanya kepada pemberita selepas sidang media PAU 2014, di sini, Khamis. Katanya, Umno sedar timbul 'kegelisahan' di kalangan ahli apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak disokong oleh kaum lain. Kita tahu kegelisahan orang Melayu oleh kerana keputusan PRU lepas mereka lihat bangsa lain tak sokong BN dan mereka anggap tak sokong Umno. Ada sebab-sebab tertentu yang lain mereka tak sokong, oleh itu kita kena buat pembaikan, katanya. 
Bagaimanapun katanya, beliau percaya bahawa kaum-kaum lain masih melihat Umno sebagai tunjang untuk memastikan negara kita terus aman, bergerak ke hadapan dan terus maju. Mereka juga rakyat Malaysia, itu yang penting, katanya. Diingatkan sekali lagi bahawa Perhimpunan tahunan itu akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini melibatkan perwakilan seramai 5,739 orang. Jom kita rama-ramai kesana bagi memeriahkan lagi Perhimpunan (PAU) 2014. Hidup UMNO! Wasallam ~ IBM

Thursday, November 20, 2014

ISU PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA 8 PEMBANTU BEKAS MB SELANGOR, KHALID IBRAHIM. MANA SUARA UMNO, BISU KE?

KHAMIS, 20 NOV 2014
KALAU inilah cara Umno Selangor, diam dan mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat', bagaimana mungkin Umno Selangor boleh kembali memerintah negeri Selangor.  Umno Selangor dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menghentam kembali kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di dalam isu  bersabit pendedahan pembayaran pampasan bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Umno disaran supaya peka dan lantang bagi menenangi isu tersebut. Itu adalah 'bola tanggung' yang harus UMNO libas. Modal tu. Bila lagi, dan kenapa diam membisu? Ujar ahli politik veteran parti itu, Tan Sri Abu Hassan Omar, Umno Selangor perlu menjadi mata dan telinga rakyat bagi memantau setiap pergerakan pemimpin Pakatan Rakyat agar mereka tidak menyalahgunakan dana negeri itu, untuk agenda tertentu. Namun sikap berdiam diri serta acuh-tak acuh Umno Selangor dalam pelbagai isu yang timbul, termasuk pendedahan bayaran pampasan itu, semakin membimbangkan, kata Abu Hassan. Badan Perhubungan Umno Selangor atau pemimpinnya eloklah menggesa perkara ini didedahkan dan diperbetulkan jika berlaku yang tidak betul.

Jika ada perkara-perkara yang dibuat Pakatan Rakyat tidak kena di tempatnya atau tidak ikut peraturan, maka Umno Selangor kena buat gesaan agresif supaya boleh mencerminkan Umno sebuah parti bertanggungjawab dan rakyat boleh tahu perkara yang sebenarnya, katanya kepada pemberita semalam, Rabu. Bayaran pampasan kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu menjadi tumpuan ramai ekoran ia membabitkan jumlah yang besar. Memetik laporan sebuah portal, bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000. Kesemua mereka dibayar begitu lumayan kononnya sebagai gantirugi kerana meletakkan jawatan secara sukarela akibat pertukaran pucuk pimpinan negeri. 

Sementara itu, Khalid dalam reaksinya berkata beliau bersedia untuk disiasat kerana bayaran itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Tiada apa yang hendak dibimbangkan. Namun, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali memberitahu wujud elemen penyelewengan dalam pembayaran pampasan itu selepas di audit oleh Jabatan Audit Negeri. Kalau ini Umno Selangor tak boleh atasi, lupakan negeri Selangor pada PRU ke-14 nanti. Dan...sewajarnyalah Umno Selangor di bubarkan. Beri lalu kepada pemimpin-pemimpin yang lebih muda dan agresif. Andai kata isu ini semasa BN/Umno memerintah, sudah tentu meletup bak bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin Umno. Bila pemimpin veteran bersuara, sambutlah, jangan jadi bisu dan dayus. Ada faham? Wasallam ~ IBM

APA FAEDAHNYA BULI-MEMBULI NI? DAPAT APA? AKHIRNYA.....

KHAMIS, 20 NOV 2014
ITULAH. Masa nak buat tu tak fikir habis-habis apa akan jadi dan kesannya. Terlalu ikutkan perasaan, maka tanggunglah sendiri. Sekarang menyesal tak sudah. Insiden di bawah ini kita jadikan sebagai satu contoh dan tauladan. Jangan jadi pembuli jalan raya. Memandulah dengan cara yang berhemah :

[Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada pemandu teksi yang didakwa menampar dan mencubit seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan. Majistret Nuraminatul Mardiah Mohd Noor turut mengarahkan Chong Kim Fah,48, dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar wang denda tersebut. Majistret menjatuhkan hukuman kepada Chong selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Tan Yun Ceat,26,. Chong didakwa menampar Tan di Jalan Angkosa pada pukul 7.40 pagi pada 17 November lalu. Tan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas kejadian itu berlaku ketika memandu dari Bandar Menjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angkosa, 7.40 pagi Isnin.

Laporanya, ketika itu dua buah kereta diletakkan di tepi jalan tersebut, dan secara tiba-tiba teksi itu muncul di tempat di depannya. Pemandu teksi itu membunyikan hon apabila dia tidak mahu berundur dan berkata mahu melanggar keretanya. Selepas itu, Chong keluar dari teksi dan terus menamparnya. Bagaimana sekiranya teman lelaki wanita tersebut ada bersama ketika itu? Kan jadi gaduh besar. Kepada pemandu teksi ni, awak tu 'duta kecil' yang di iktirafkan oleh kerajaan. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Nampak di pelancong asing, kan malu dan negar kita Malaysia dapat nama yang buruk. Lain kali pakai otak sikit. Ok]. Wasallam ~ IBM

ALAHAI! RAMAI 'PONDAN' DALAM PR RUPANYA...HUHUHU!

KHAMIS, 20 NOV 2014

INGATKAN si Rafizi seorang je yang bergelar 'pondan' dalam pakatan rakyat (PR). Rupa-rupannya dalam DAPigs pun ada pemimpin dari spesis 'pondan'. Angin Datuk Abdul Azeez dibuatnya dan sekali gus menggelar MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua "pondan dan penakut" kerana enggan memberi laluan kepadanya untuk bertanyakan soalan. Ini penakut, ini pondan. Baling minta laluan tak nak bagi. Ini penakut. Tak layak duduk dalam PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara). Malulah, kata Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) meninggikan suaranya sewaktu cuba mencelah ucapan Pua. Azeez menghamburkan kata-kata itu sewaktu Pua membahaskan Belanjawan 2015 di peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pua yang juga pengerusi DAP Selangor sebaliknya memberi laluan kepada MP Shah Alam, Khalid Samad untuk bertanya soalan. 

Tindakan itu mengundang kemarahan berterus dari Abdul Azeez. Shah Alam (Khalid Samad) dan Petaling Jaya Utara (Tony Pua) pergi main badminton sama-samalah. Kenapa tak mahu bagi laluan pada Baling?" bentak Abdul Azeez. Itulah perangai pemimpin-pemimpin pembangkang ni. Mereka takut pada bayang-bayang mereka sendiri sehingga tidak memberi lalu kepada parti lawan untuk bertanyakan soalan. Memang kenalah apa yang disuarakan oleh Datuk Azeez. Pondan dan penakut adalah perkataan yang senoneng bagi mereka (pembangkang). Tepat sekali. Wasallam ~ IBM

SULTAN PAHANG MURKA!. TITAH HENTIKAN TEROKA TANAH SECARA HARAM DI CAMERON HIGHLANDS

KHAMIS, 20 NOV 2014
CUKUP..cukuplah. Jangan buat Sultan murka. Kepada yang berkenaan yang telah mengambil kesempatan mangaut keuntungan untuk jadi kaya, hentikanlah. Meneroka tanah kerajaan secara haram dan mendatangkan pendatang haram di negara kita ini amat-amatlah merugikan dan menyusahkan kita semua. Jesteru, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti pertanian di sini dihentikan. Penerokaan tanah secara haram sudah lama wujud sejak zaman British. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti ini. Kita perlu hentikannya (penerokaan tanah secara haram). Kita akan lakukannya dengan apa cara sekalipun, titah baginda kepada pemberita di sini, Rabu. Terdahulu, baginda melawat kawasan yang terjejas dengan banjir lumpur di Cameron Highlands yang berlaku pada 6 November lalu. 

Harap kepada semua, faham akan mesej yang Tuanku Sultan Pahang sampaikan itu. Kan apa, demi untuk kebaikan bersama. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri. kalau nak jadi kaya, banyak caranya, bukan dengan meneroka tanah secarta haram dan mengajikan pendatang tanpa izin (PATI) secara berluas-luasa. Mereka-mereka ini (pendatang) telah banyak mendatangkan masalah kepada penduduk-penduduk tempatan. Apabila mereka ramai, mereka berlagak seolah-olah negeri/negara ini negara mereka. Fikir-fikirkan kerana titah Tuanku Sultan Pahang adalah titah yang serius. Jangan derhaka kepada Sultan. 

Diharap juga kepada pihak yang berwajib dapat mencari dalang yang memulakan kerja-kerja peneroka haram ini dan dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin kerana kehadiran mereka amat sukar dibendung. Hukuman yang berat harus di jatuhkan kepada pihak yang tidak bertangung jawab kerana mereka-mereka ini hanya pentingkan perut dan periuk mereka sahaja. Dengan erti kata lain, mereka-mereka ini adalah 'petualang' kepada negara. Wasallam ~ IBM