Monday, January 12, 2015

PANAS!! HJ HADI DAH TAK LAKU DALAM PAS? PEMUDA PAS MAHU PAK LEBAI NI DISINGKIRKAN DARI JAWATAN PRESIDEN. TAPI...PAS CEPAT-CEPAT PAS NAFIKAN!!

ISNIN, 12 JANUARI 2015
BIASALAH dalam PAS. Apa juga masalah dalaman mereka, mereka nafikan. Semuanya tak betul, fitnah dan bermacam-macam alasan yang mereka beri. Dengan erti kata lain, PAS  cepat-cepat 'tutup lubang' supaya ianya tidak bocor. Pada hal, memang jelas PAS kini sedang menghadapi krisis parti yang amat-amat runcing. Bayangkan Presiden parti yang bergelar dan bertaraf 'ulama' pun mereka nak singkir dan tidak lagi percaya dengan kepimpinan Presiden mereka. Tapi, seperti biasalah seperti apa yang IBM katakan di atas tadi, PAS cepat-cepat cari jalan pintas dan menyatakan cadangan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden PAS pada pemilihan parti sesi 2015-2017 disifatkan sebagai pendapat peribadi, bukan dari suara seluruh ahli PAS. Itulah kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebagai nak 'tutup lubang' akan kepincangan di dalam pentadbiran PAS sekarang ini. Malah,bekas Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff, disaran untuk tidak menggunakan isu itu sebagai bahan kempen beliau dalam sesi pemilihan yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini kerana isu untuk menyingkir Hj Hadalah idea dari Zulhazmi iaitu bekas Exco Pemuda PAS Pusat. 

Mengikut kata Iskandar lagi, walaupun hak seseorang untuk menyatakan pandangan tetapi bukan budaya dalam PAS atau akhlak ahli PAS untuk berkempen sedemikian. Beliau yakin PAS kawasan-kawasan tidak mengambil serius saranan ini, katanya kepada sebuah portal tempatan menerusi kiriman aplikasi 'Whatsapp'. Semalam dilaporkan bahawa calon Ketua Pemuda PAS pada Muktamar 2013 itu, mencadangkan Hadi untuk tidak bertanding bagi jawatan itu, sebaliknya meneruskan tugas Datuk  Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS yang dilihat semakin uzur. Beliau turut mendakwa bahawa Hadi tidak wajar untuk bertanding kerana menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti itu.  

Sejauh mana dan selama mana korang nak tutup isu ini? Lambat laun akan meletup juga. Percayalah. Apapun, meletup ke, tenggelam ke, lengkup ke itu korang punya pasal. Yang penting kita semua (BN) tetap untuh dan berkerjasama bagi mempastikan kebajikan rakyat, kemakmuran negara terus terjaga dan terjalin, terutamanya memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir di seluruh negara terjaga kebajikan mereka. Pastikan segala bantuan sampai ke sasaran, jangan pilih bulu, bantu tetap bantu tanpa mengira warna kulit, kefahaman politik kerana itulah amalan yang diamalkan oleh BN sekian lama dahulu jika terjadinya musibah seperti 'banjir luar biasa' pada kali ini. Itulah wajah BN yang sebenar-benarnya. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...