Friday, August 21, 2015

PAS SEMAKIN PARAH. RAMAI LAGI PEMIMPIN PAS BAKAL LETAK JAWATAN.....

JUMAAT, 21 OGOS 2015

SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

PAS diberitakkan semakin tenat. Parti Islam Se Malaysia (PAS) ini di lihat sedang menuju 'kehancuran'. Terkini, berita dari Melaka, khabarnya, PAS Bukit Katil di Melaka bakal terjejas apabila lebih 30 pimpinan dan ahli jawatankuasa (AJK) kawasan itu bakal mengumumkan peletakan jawatan masing-masing bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) seperti gambar diatas. Difahamkan tindakan kumpulan berkenaan bakal diketuai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab. Sehubungan itu satu sidang media khas bagi menyatakan pendirian mereka akan diadakan di Moveact Academ Taman Pengkalan Jaya Bukit Katil akan diadakan pada petang ini, Jumaat. Sejak awal minggu ini langkah meletak jawatan oleh kepimpinan PAS kawasan khususnya di Selangor dilihat semakin agresif. Ia membabitkan PAS Kawasan Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat dan Kapar. 

IBM tak nak komen banyak-banyak. Kita tunggu dan lihat sebuah parti yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam sedang dilanda mala petaka. Adakah ini balasan dari Allah SWT kerana PAS pernah satu ketika dahulu mencaci UMNO kaw-kaw dan 'mendoakan' kehancuran UMNO. Sekarang apa sudah jadi? Bagi IBM, ini satu pengajara yang harus pengikut-pengikut PAS berubah sikap. Jangan terlalu memusuhi sesama bangsa dan agama. Bangsa melayu harus bersatu kerana bangsa-bangsa lain sedang bersaing hebat untuk merampas hak-hak keistimewaan orang-orang melayu dan seterusnya ekonomi negara mereka pegang. Ingat...parti DAPigs dan PKR masih berusaha keras untuk merampas negara ini dari tangan Barisan Nasional (BN). Kemana hal tuju PAS selepas ini? Jawapanya ada pada orang-orang PAS. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"MUSUH SEBENAR PAS IALAH DAPIGS. BUKAN UMNO"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...