Friday, September 30, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR :


 30 SEPTEMBER

GAMBAR HIASAN 


UPACARA MEMULAKAN KERJA RANCANGAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BESUT TERENGGANU

TARIKH PERISTIWA : 30.09.1972

Pada hari ini 30.9.1972, Menteri Pertanian dan Perikanan, Tan Sri Haji Mohamad Ghazali bin Haji Jawi telah merasmikan permulaan kerja bagi Rancangan Pembangunan Pertanian Besut di Ampang Jajar, Sungai Besut Terengganu.
Rancangan Pembangunan Pertanian Besut yang menelan belanja berjuta-juta ringgit mempunyai dua tujuan utama iaitu:-
  1. Meningkatkan hasil padi dari 233 gantang seekar (1972) kepada 600 gantang seekar.
  2. Menentukan supaya petani-petani dapat menanam dua kali setahun bagi kawasan seluas 12, 600 ekar dengan mengadakan bekalan air sepanjang tahun.
Kawasan projek ini mempunyai lebih kurang 4 ribu keluarga petani. Hitung panjangnya tiap-tiap keluarga memiliki seluas 3.2 ekar padi, 1.6 ekar getah, 0.9 ekar dusun, 0.2 ekar tanaman kelapa dan 0.9 ekar untuk lain-lain kegunaan.
Bagi mengadakan satu sistem pengairan dan pembangunan pertanian yang baik, kerja-kerja pembinaan infrastruktur telah dijalankan, antaranya ialah :-
  1. Pembinaan Ampangan Jajar di Sungai Besut.
  2. Membaiki tali air dan pintu air yang dibina sejak 1957. Dalam peringkat pertama itu projek Ampangan Sungai Angga telah dibina untuk mengairkan kawasan padi seluas 2, 500 ekar.
  3. Pembinaan sistem pengairan yang baru.
  4. Membina dan membaiki jalan-jalan ladang
  5. Membina bangunan pejabat, rumah-rumah dan bengkel.
  6. Kompleks membeli dan mengilang padi LPN.
Rancangan Pertanian Besut adalah satu usaha kerajaan untuk mengadakan kemudahan pengairan bagi tanaman padi dua kali setahun. Ia juga merupakan Projek Pembangunan Pertanian yang disatukan di bawah Kementerian pertanian seperti Projek Johor Barat dan Projek Barat Laut Selangor.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...