Saturday, September 3, 2011

JuruKamera BernamaTV maut ditembak di Somalia

[DARI MEJA IBM] 
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWA DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


AL-Fatihah!
Akibat terkena tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor semasa membuat liputan Misi Kemanusian Kelab Putera 1 Malaysia dan Bakti di Mogadishu, Somalia malam tadi.

Menurut seorang lagi Wartawan BernamaTV, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang lain sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Tembakan itu ditujukan kepada trak tentera Kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengenai Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
"Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia." - Abdul Azeez 

Sementara itu, ketua misi bantuan, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya keluarga si mangsa. Menurut beliau lagi, satu tuntutan siasatan menyeluruh serta penjelasan daripada Kerajaan Somalia berhubung kejadian itu.

~ Apapun, kita rakayat Malaysia amat berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Allahyaraham Noramfaizul. Pengorbanan beliau harus dikenang dan beliau juga bolehlah di anggapkan seorang 'wira negara'. Kepada keluarga arwah, diharap bersabar, tenangkan hati, relakan pemergian beliau kerana kententuan itu semunya datang dari Allah swt. Mari kita sedekahkan banyak-banyak Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin!. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...