Saturday, September 10, 2011

Kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6% kepada Syarikat Telekomunikasi - Najib

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAM MUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN


~ Belum tidur lagi ke?......

 KUALA LUMPUR, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat."

 Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.
Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.


 Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malayadengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.
Tomahan demi tomahan telah dibuat oleh Pembangkang terhadap DS Najib. Cukai tersebut adalah dana BN bagi menghadapi PRU yang akan datang. Apa punya fitnah ni? Dan ada juga rakan blogger pro Kerajaan cuba menyalahkan Perdana Menteri dan terang-terang menyatakan bahawa kerajaan BN tidak lagi berminat untuk mentadbir Putra Jaya. Kononnya, isu cukai 6%, iaitu cukai perkhidmatan prabayar yang diluluskan oleh Kerajaan, akan jadi penyebab BN akan tumbang di PRU ke-13 nanti?...apa punya merepek le korang semua. DS Najib dah jawab, apa lagi yang pembangkang nak?...Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...