Wednesday, September 7, 2011

Khalid Gereja Akan Didakwa?

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAM MUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN
 SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad khabarnya akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang kerana memberikan tazkirah atau ceramah agama tanpa tauliah.
Beliau juga adalah Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Adalah difahamkan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut tidak diperbaharui tauliah ceramah agama beliau oleh JAIS.
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman ketika dihubungi oleh BERNAMA mengesahkan bahawa Khalid telah dipanggil kira-kira jam 10 pagi oleh Bahagian Penguatkuasa jabatan itu.
Nurhamizah berkata, Khalid dipanggil berikutan JAIS menerima aduan daripada orang ramai bahawa Khalid memberi ceramah di sebuah surau di Taman Seri Sementa di Kapar, Klang tanpa tauliah.
Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
~ Padan muka dia. Apa dia ingat dia boleh buat sesuka hati, ceramah sana, ceramah sini. Kalau ceramah tu cantik, tiada unsur-unsur politik dan fitnah, tak le mengapa, tapi semuanya HAMPEHH!. Maka, tanggunglah akibatnya wahai Khalid gereja oii.  Itu je lah. Malas nak komen banyak-banyak. Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...