Friday, September 2, 2011

"Mat Sabu Perlu Bertaubat" - TPM

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Muhyiddin Yassin menaikkan bendera Jalur Gemilang semasa upacara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 yang diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh, Johor, kelmarin. 


 PAGOH  Sept. — Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip takwa.
Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.


Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.
"Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam.


Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan tragedi pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.


Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin Pas itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.


"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran Pas yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (Pas)," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kalau itu menjadi trend Pas pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. — BERNAMA.

~ Mahu ke Mat Sabu 'bertaubat'?..jawapannya ada pada Karpal singh. Hehehe. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...