Friday, September 2, 2011

Pemuda Pas Perak pun 'Buta Sejarah'

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA



Nampaknya penyakit 'Buta Sejarah' yang dibawa oleh Mat Sabu kini terus dijangkiti dikalangan pemimpin-pemimpin Pas. Terkini, 'virus' bahaya tersebut berjangkit kepada Ketua Pemuda Pas Perak.

Dalam keadaan tenat, Ketuanya, Zawawi Yusoff menyokong akan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu, kononnya berdasarkan kepada fakta-fakta yang relevan. Persolaan yang timbul disini, mana dia fakta-fakta yang dikatakan oleh Ketua Pemuda Pas tersebut?

Janganlah menyokong secara membabi buta, kelak diri sendiri yang jadi 'gila babi'. Malanglah nasib si Ketua Pemuda Perak ini, seolah-olah jadi pak angguk, pak turut, buat kenyataan mengikut sedap mulut saja. Ini jelas menunjukkan mereka-mereka ini dikalangan pemimpin-pemimpin Pas, betul-betul 'Buta Sejarah' dan tak layak menjadi rakyat Malaysia.


Sementara itu, rakan kongsi Pas, iaitu DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh, rata-rata tidak bersetuju dan 'mentempelak Mat Sabu' akan isu tragedi Bukit kepong ini.

Beliau meminta Mat Sabu secara serius menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif daripada berbagai pihak. Lagi pun, menurut Karpal, kenyatan Mat Sabu itu boleh menjejaskan Parti Pembangkang.

~ Malas nak komen banyak-banyak, sebab Mat Sabu ni tak makan saman. Cuma satu je untuk menutup mulut 'celupar' dia ni. Sumbat ke dalam dan tahan atas akta ISA. Baru dia diam kot. Agaknya le. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

4 comments:

  1. Salam Syawal,
    Bab ISA tu kawan sokong 100%.

    ReplyDelete
  2. enalrahim,
    Salam Syawal kembali.
    Memang itulah yg patut dikenakan pd Mat Sabu
    yang 'buta sejarah' dan sewel tu. Terima kasih sahabat ku.

    ReplyDelete
  3. Salah siapa anak Malaysia buta sejarah.. tanya Kementerian Plajaran.. kenapa diubah subjek sejarah dan tidak diajar dari peringkat sekolah rendah lagi.

    heee heee haaa haaa..

    Cuma di malaysia saja pelajaran sejarah tidak penting seperti pelajaran politik..

    ReplyDelete
  4. amnitpg...

    Salam. Jgn salahkan kementerian pelajaran didlm hal ini. Kadang2 kita sendiri yg tak berminat nk mempelajari mata pelajaran sejarah di Sekolah. Cuba beri satu contoh, sekolah mana yg tidak ada mata pelajaran Sejarah di dalam jadual sekolahnya?..buktikan...

    Tentang politik pula..habiskan persekolahan tu, baru berpolitik...politik sentiasa menunggu anda bila2 masa saja...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...