Friday, September 9, 2011

Selamat Tinggal PAS !!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM KEPADA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
Berita yang baru diterima dari teman saya dari utara tanah air, Kedah, lebih kurang 50 orang iaitu penyokong tegar Pas (dari sepuloh keluarga) dari Kuala Nerang, telah menyertai Umno Bahagian Padang Terap. Mereka berbuat demekian kerana marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu yang mengangkat mertabat dan nama anggota Parti Komunis Malaya (PKM), Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ketika peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Mengikut sumber yang saya dapat, wakil kumpulan keluarga tersebut, antara sebab mereka beramai-ramai keluar dari Pas dan menyertai Umno, setelah berjuang lebih 30 tahun bersama Pas, kecewa dengan dasar parti itu yang semakin menyimpang dalam perjuangan asalnya.

[Gambar Hiasan]
Yang lebih memilukan lagi, kata mereka, apabila tindakan Pas pusat mempertahankan kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Mat Inderalah pejuang sebenar kemerdekaan sedangkan individu itu merupakan 'petualang' negara yang sebenarnya yang membunuh anggota polis sewaktu tragedi Bukit Kepong.
Oleh kerana terlalu kecewa dan menyesal menyertai Pas lebih daripada 30 tahun, mereka bertekad untuk keluar daripada Pas dan menyerahkan 50 borang keahlian Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahzir Khalid.

Menurut kata rakan saya disana, lepas ini ramai lagi ahli-ahli Pas yang akan keluar meninggalkan Pas. Alhamdulillah. di harap UMNO negeri Kedah berkerja lebih kuat bagi menambat hati pengundi2 disana, kususnya kepada ahli2 Pas yang telah kecewa dengan parti mereka. Apapun tahniah kepada UMNO negeri Kedah. Misi tawan kembali Kedah pasti akan tercapai sekiranya kita ahli-ahli UMNO bersatu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...