Thursday, September 15, 2011

Tarikh Pilihanraya : Pembangkang nak tetapkan?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
Biar betul ni. Macam dia orang pulak memerintah.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Pakatan Rakyat mahu terlibat secara langsung untuk menentukan PRU yang akan datang. Apa hal pulak, siapakah mereka, dah mabuk kuasa ke pembangkang ni?

Lantas, dengan lantang mantan PM kita, Tun Mahathir menyindir Pakatan pembangkang........


 PUTRAJAYA  Sept. – Tarikh pilihan raya umum (PRU) adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah yang tidak perlu dikongsi bersama pakatan pembangkang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di mana-mana negara pun sememangnya tidak ada perbincangan berkenaan tarikh PRU antara kerajaan yang memerintah dengan parti-parti pembangkang.

“Jadi ia adalah hak mutlak kerajaan untuk membubarkan Parlimen bila masa ditentukan oleh pihak mereka sahaja dan di mana-mana negara pun macam itu.
“Kalau mereka (pembangkang) nak tentukan juga, biarlah jadi kerajaan dulu tetapi bila jadi kerajaan dan kita ajak bincang dulu, mereka tentu tidak mahu,” katanya.

Portal pro pembangkang, Malaysiakini semalam menyiarkan kenyataan pakatan pembangkang mahu terlibat sama menentukan tarikh PRU bagi membolehkan cadangan pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.




Ia antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Najib memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai JTP.

Mengulas mengenai JTP itu, Dr. Mahathir yakin kerajaan akan menerima apa sahaja cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa itu.

“Tetapi mungkin kerajaan mempunyai pendapat yang berbeza terhadap setiap cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu,” katanya.
Ditanya mengenai tarikh PRU ke-13, beliau berkata: “Saya kenal Datuk Seri Najib tetapi tidak boleh baca hati beliau”.


Komen saya, jangan di layan kerenah pembangkang tu. Mereka sepatutnya malu pada diri mereka, tanya siapa mereka?..pemerintah atau pembangkng?...bongok. Dah le bongok, sombong pulak tu. Kepada DS Najib, jangan gentar dengan ugutan/syarat2 yang dibuat oleh pembangkang. Rakyat bersama mu, kami bersama mu. Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...