Sunday, October 2, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH TANAH AIR
02 OKTOBER 


PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA PENGELUAR GETAH ASLI

TARIKH PERISTIWA : 02.10.1967

Pada hari ini dalam tahun 1967 Persidangan Negara-negara Pengeluar Getah Asli telah berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Persidangan yang pertama kalinya pernah diadakan itu berlangsung selama 3 hari dan dihadiri oleh 55 orang perwakilan dari 9 buah negara. la telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Negara-negara yang hadir dalam persidangan itu ialah Indonesia, Vietnam, Ceylon, Thailand, Singapura, Liberia, Kemboja, Burma dan Malaysia. Negara-negara itu adalah merupakan pengeluar 90 peratus getah asli dunia. Malaysia, sebagai negara pengeluar getah asli yang terbesar merasakan perlunya persidangan peringkat antarabangsa seperti itu diadakan untuk mengawal kejatuhan harga dan mutu bahan mentah itu. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya mensifatkan bahawa kejatuhan harga getah yang dialami antara tahun 1961-1966 adalah merupakan tekanan yang dikenakan ke atas negara-negara pengeluar getah asli oleh negara-negara pengeluar getah tiruan. Beliau juga menyebut bahawa di antara sebab-sebab lain kejatuhan harga getah asli ialah akibat pemogokan di kilang-kilang perusahaan getah yang besar di Amerika, kurangnya penggunaan getah asli di negara-negara Eropah Barat dan Amerika Utara dan penjualan getah asli dari simpanan. Di akhir persidangan, rumusan telah dibuat supaya sebuah persatuan iaitu Persatuan Pengeluar-Pengeluar Getah Asli ditubuhkan. Sebuah jawatankuasa bersama juga akan dibentuk untuk menggubal perlembagaan persatuan baru itu. Sebagai langkah jangka panjang persidangan itu mencadangkan supaya diadakan Peraturan Barangan Antarabangsa yang dianggotai bersama oleh pengeluar getah asli dan getah tiruan.


SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT BERISTERIHAT DIHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA YANG TERSAYANG. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...