Monday, October 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH TANAH AIR


03 OKTOBER 



SIDANG LAPAN NEGARA PENGELUARAN GETAH MEMPERKENALKAN DUA LANGKAH KAWALAN HARGA GETAH

TARIKH PERISTIWA : 03.10.1967

Kerjasama di peringkat antarabangsa memainkan peranan yang penting dalam mengawal kestabilan harga getah. Pelbagai usaha dijalankan bagi mewujudkan kestabilan harga getah di pasaran dunia. Pada hari ini 3 Oktober 1967 Persidangan Lapan Negara-negara Pengeluaran Getah pada hari kedua telah mencapai persetujuan penuh berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil untuk memperkukuhkan harga getah asli di pasaran dunia.
Persidangan yang berlangsung selama tiga hari daripada 2-5 Oktober 1967 di Dewan Tuanku Abdul Rahman ini mempersetujui langkah-langkah yang akan dijalankan dalam dua peringkat:-
  1. Langkah-langkah jangka pendek yang boleh segera dilaksanakan tanpa merujuk kepada negara-negara pengeluar.
  2. Langkah-langkah jangka panjang yang mengkehendaki kelulusan Kerajaan masing-masing.
Dua langkah yang dipersetujui ini telah diumumkan oleh Pengerusi Persidangan Raja Tan Sri Mohar Raja Baidozaman lewat petang hari ini.
Usaha yang dilaksanakan oleh wakil-wakil daripada negara utama pengeluaran getah asli yang terdiri daripada Cyelon, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, Indonsia, Liberia dan Burma merupakan satu persidangan yang akan memperlihat isu-isu kejatuhan harga getah akibat persaingan daripada pengeluaran getah tiruan yang semakin banyak di pasaran dunia.
Kerjasama yang wujud akan dapat mempermudahkan kerja-kerja pengawalan harga getah di kalangan negara-negara pengeluar tersebut, selain merupakan eksport utama negara-negara yang terlibat pada persidangan kali ini.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS HARIAN YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...