Thursday, April 5, 2012

Azmin Pening!! Ahli PKR Minta Dia Keluar Parti!!...Panas!!..Panas!!

 KETUA Penerangan Parti Keadilan Rakyat Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli jawatankuasa bahagian itu pada sidang akhbar bagi mendesak Timbalan Presiden parti berkenaan, Azmin Ali menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya di Kuala Lumpur, semalam.

OLEH kerana dah lama memendam rasa, akhirnya ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.

Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.
Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan dan 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

"BERTAUBATLAH AZMIN, " KATA UMMI!!


Ahli-ahli akar umbi PKR mendesak agar Azmin memberi penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang menyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

Risikan yang IBM buat semalam, dah ramai ahli-ahli PKR bernekad, sekiranya Azmin masih tidak mahu menjawb isu tersebut secara telus, mereka mendesak, adalah lebih baik Azmin keluar sahaja daripada PKR. Habis cerita. Jangan menyusahkan parti, kata mereka. Dan, belum habis kat situ, mereka akan keluar beramai-ramai sekiranya Azmin tidak keluar dari PKR. Bukan seorang, bukan 100 orng, tapi lebih dari itu. Azmin, macama mana?
Bagi pandangan IBM, Azmin kena jawab segera isu ini. 

Kalau Azmin ada 'telo' dan bermaruah, sahut cabaran itu, dan jangan cuba nak berdolak-dalik lagi, dan jangan salahkan sesiapa dan mengaitkan dengan orang lain. Jangan pulak Azmin kata, UMNO di belakang isu ini. sebelum menuduh yang bukan-bukan, Azmin, cerminkan dulu muka tu. Duduk lama-lama depan cermin tu, dan tanya, betul ke aku ni? ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...