Thursday, April 19, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


19 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MARDI BERJAYA TEMUI PROSES BARU BIAK UBI KENTANG

Pelbagai penyelidikan dijalankan oleh MARDI untuk meningkatkan lagi pendapatan para pekebun dan petani.  Di antara penemuan baru dari hasil penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI ialah proses pembiakan ubi kentang yang berkualiti bagi membolehkan tanaman tersebut diusahakan secara meluas di negara ini. Penemuan baru proses pembiakan ubi kentang yang berkualiti telah diumumkan pada hari ini 19.4.1991 oleh Pegawai Penyelidik Pusat Bioteknologi MARDI, Hajah Nuraini Ibrahim di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Proses tersebut telah dihasilkan melalui penggunaan benih ubi kentang atau tuber yang diimpot dari Belanda. MARDI telah memulakan proses pembiakan benih dalam bekas jernih yang juga dikenali sebagai proses pembiakan in-vitro sejak tahun 1990 lagi. Benih-benih yang dihasilkan menerusi pembiakan in-vitro itu terjamin bebas daripada penyakit yang kerap menyerang tanaman ubi kentang seperti virus dan reput.  Benih itu juga telah berjaya ditanam di Cameron Highland dengan menggunakan dua jenis ubi kentang iaitu MPI dan MP2.  Walaubagaimana pun, ubi kentang yang ditanam di kawasan Cameron Highland itu bukanlah untuk dijual tetapi sekadar untuk kajian dan membekalkan benih sahaja, memandangan kawasannya yang agak terhad untuk tanaman tersebut. Hajah Nurani Ibrahim telah memaklumkan kepada para wartawan bahawa dengan penemuan baru tersebut, negara ini tidak perlu lagi mengimport benih, ubi kentang dari luar negara.  Benih tersebut juga telah mula dibekalkan oleh MARDI kepada beberapa orang penanam ubi kentang di negara ini. Sesungguhnya penemuan baru proses pembiakan ubi kentang, diharap penanaman ubi kentang di negara ini dapat diperluaskan dan dipertingkatkan, bukan sahaja untuk kegunaan rakyat negara ini, malah dapat diekspot keluar negara.  Di samping itu, penemuan baru tersebut juga adalah merupakan salah satu usaha MARDI untuk membekalkan para peladang tanaman itu dengan benih yang berkualiti dan murah.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...