Anak Muda Kurang Minat ? satu perbincangan yang boleh di ulas menjadi subjek Ilmiah..Tapi kita senangkan cerita,ringkaskan kata bahawa mereka sebenarnya di dedahkan dengan politik tetapi tiada ruang untuk berada di dalam politik..Sebagai contoh ( Kita sama sama baca cerita ini )..
Di Kaherah Mesir sebelum tahun 2005 ada satu pertubuhan yang boleh di kenali sebagai Kelab UMNO Luar Negara. Ianya di anggotai oleh anak-anak muda yang datang dari seluruh tanah air yang benar-benar menjadi penyokong dan pendokong kepada Kerajaan Malaysia.Setiap program yang di jalankan oleh Kedutaan Malaysia sentiasa mendapat sambutan oleh Kelab UMNO.
Selain dari memberikan sokongan kepada kedutaan Malaysia Kaherah.Anak-anak muda ini juga cuba mendapatkan sokongan dari pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Mesir supaya menjadi orang yang mampu menjadi penyokong kepada kerajaan apabila kembali ke tanah air nanti dan sekali gus menolak dakwaan bahawa pelajar universiti di Mesir ini adalah pembangkang.
Dengan nisbah 2:5 ,iaitu 2 menyokong kerajaan pasti ada 5 yang menyokong pembangkang.Mereka yang berada di kelab UMNO benar-benar menghadapi tekanan.Tekanan dalam banyak perkara.Perkara ini kalau di lihat dari sudut mata orang yang berada di Malaysia,ianya tidak seteruk mana,tetapi jika di lihat dari kaca mata mereka yang berada di tempat itu maka ianya terlalu berat..Di fitnah dengan pelbagai cara,surat layang,ugutan dan macam macam lagi.Ianya amat-amat memberi tekanan..
Kelab UMNO yang memikul nama UMNO cuba sedaya upaya mempertahankan nama UMNO MALAYSIA..Mungkin UMNO Malaysia tidak pernah tahu kerana mereka tidak menghubungi Kelab UMNO yang berada di sana.Cuma satu saja masa tu yang ada perhubungan..Dato Seri Shahidan Kassim..Dia ada tengok2kan pelajar perlis..Tak mengapalah,janji ada hubungan.
Pelajar Kelab UMNO yang lulus ramai yang balik ke Malaysia termasuklah ke Negeri Pahang ini.Walau bagaimana pun,kesukaran untuk mendapatkan kerja amat terasa.Kerja banyak,tapi biasanya dari Kelab UMNO terkandas dalam temuduga..Sebab? Tak tahu...Ramai yang menjawat jawatan dalam Jabatan Kerajaan Negeri bukan dari Kelab UMNO..Kalau DSAY tak percaya,boleh buat kajian..Bermula dari JASA,Pejabat Agama,Masjid-masjid,Pusat Kutipan Zakat dan macam-macam lagi..Cuba Minta mereka buktikan bahawa mereka pernah jadi ahli Kelab UMNO Mesir.Pasti jawapannya akan mengecewakan..Jadi kemana ahli Kelab UMNO yang berjaya ? Mereka masih ada,tapi mereka adalah orang-orang yang kecewa..
IBM : Saya pun sendiri risau tentang senario politik sekarang,anak muda belajar melalui kepimpinan,pimpinan yang selalu di ikuti adalah yang paling suka mendekati golongan ini,belajar jadi kucing dengan kucing,jangan dengan harimau,(pepatah kata rusia,).
No comments:
Post a Comment