TIRAI Perhimpunan Agung Umno edisi ke-61 yang berlabuh semalam menandakan bermulanya fasa baru kepada sasaran serta matlamat yang perlu dicapai menerusi resolusi yang dicapai. Semua pihak bermula di peringkat kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi perlu menggalas tugas besar dalam usaha memastikan kelangsungan hayat dan servival UMNO. Sepanjang perhimpunan yang berlangsung sejak selasa yang lalu, pentas Pemuda Umno kelihatan 'panas' bermula dengan ucapan Dasar Ketua Pemuda, khairy Jamaluddin yang menyentuh mengenai tuntutan sayap Umno itu agar diberikan peranan dan tanggungjawab yang lebih besar dalam mencorakkan masa depan negara. Bahang kehangatan pentas Pemuda terus membara apabila timbul suara-suara di kalangan pembahas yang dengan lantang mengkritik kepimpinan Khairy serta turut menuntut komitment tinggi daripada Ahli Parlimen Rembau itu demi masa depan Pemuda.
IBM : mungkinkah Khairy akan di beri jawatan Menteri penuh oleh DS Najib....?
No comments:
Post a Comment