Pages

Tuesday, November 30, 2010

AHLI KELUARGA BN BERTAMBAH


USNO Umum Hasrat Sertai BN Sebagai Ahli Gabungan.

KOTA KINABALU 30 Nov. - Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan.

Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keahlian secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.

"Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai ahli gabungan.

"Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah,” katanya di sini hari ini. - Bernama


# IBM : Alhamdulilah. Bertambah kuatlah BN di Sabah. Selamat maju jaya USBO....ingat..!..perjuangan kita masih belum selesai.......

No comments:

Post a Comment