Pages

Wednesday, November 10, 2010

' INSPIRA ' catat prestasi luar biasa.

MODEL PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini.
PROTON Inspira yang dilancarkan hari ini mencatat prestasi luar jangkaan dari segi tempahan dengan purata lebih 100 unit sehari, justeru meneruskan kecemerlangan prestasi jualan model keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON) sebelumnya seperti Saga dan Exora.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata sehingga semalam, model dita-warkan dengan tiga versi iaitu 1.8 liter dengan transmisi manual lima kelajuan; 1.8 liter dengan transmisi CVT; dan 2.0 liter dengan transmisi CVT itu, sudah mencatatkan jumlah tempahan keseluruhan 1,800 unit sejak ia dibuka pada 14 Oktober lalu.
“Sambutan terhadap Inspira melampaui jangkaan dan amat memberangsangkan. Ini adalah petanda baik menjelang pelancaran rasminya esok (hari ini). “PROTON yakin dapat memenuhi semua tempahan dan pada masa sama komited mengurangkan jangka masa menunggu bagi model itu,” katanya selepas sesi pandu uji eksklusif model berkenaan bersama Berita Harian di Putrajaya semalam. Sesi pandu uji model yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit itu, turut disertai tiga jurutera yang terbabit dalam program pembangunan Inspira, Pengurus Projeknya, Zulkiflee Bidin; Pengurus Ujian Kenderaan, Abdul Wahab Long; dan Jurutera Pemanduan dan Pengendalian, Mohamad Sharafuddin Salleh. Syed Zainal berkata, meskipun Inspira dibangunkan hasil kerjasama PROTON dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), ia tidak bermakna PROTON hanya membuat salinan dengan menukarkan logo dan tanda jenamanya semata-mata. “Proton Inspira hasil usaha sama antara dua syarikat pembuat kereta iaitu PROTON dan MMC. “Menerusinya, PROTON melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya. “Paling ketara adalah penambahbaikan penalaan pemanduan dan pengendalian menerusi sentuhan Lotus, sekali gus meningkatkan prestasi model asal dari segi teknologi dan kebolehannya,” katanya sambil menambah kandungan tempatan Inspira akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga 40 peratus menjelang akhir tahun ini. Sementara itu, Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, berkata model yang dimulakan pemasangannya di Shah Alam pada 28 Oktober lalu itu, dilihat berada dalam landasan terbaik untuk di eksport ke luar negara. “Mengikut perjanjian dengan MMC, Inspira hanya dikeluarkan untuk pasaran tempatan, namun PROTON akan berunding dengan MMC bagi tujuan eksport dan kalau tidak wujud percanggahan kepentingan, Inspira berkemungkinan boleh dieksport,” katanya.

# IBM : Memang bebaloi...cepat-cepatlah buat tempahan....

Ikhsan dari : Berita harian.

No comments:

Post a Comment