Pages

Monday, November 22, 2010

KENAPA PENGUNDI MENOLAK PAS DI GALAS..?


Mari baca, bila seorang PEMUDA BULATAN Pas juga Meroyan macam Tok Gurunya TGNA. Katanya :

"Saya terpanggil untuk menulis di sini, apa akan terjadi jika PAS menang di Galas dalam PRK pada 4 Nov 2010?."

Jawapannya, sudah tentulah SPR akan membatalkan kemenangan PAS di Galas kerana dakwaan PAS menyogok pengundi-pengundi dengan duit RM200, RM250 atau RM300 samada untuk "mileage claim" atau wang zakat.

Akan tetapi jika Umno yang menang (dan sudahpun memenanginya), maka adakah SPR akan membatalkan kemenangan Umno BN itu?

SPR mestilah bersikap profesional dan adil dalam menjalankan tugasnya sebagai sebuah suruhanjaya bebas sesuai dengan perlembagaan negara, bukanlah menjadi ejen Umno/BN yang suka-suka sahaja untuk menggubal undang-undang atau menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu untuk sesuatu PRK tertentu sahaja dan tidak pula dikuatkuasakan kepada PRK yang lainnya.

Sebagai contoh, masih ingatkah kita tentang satu PRK yang lepas yang mana SPR telah menguatkuasakan dengan keras peraturan tidak membenarkan anak-anak muda untuk membawa bendera parti secara berkonvoi dengan motosikal? Mengapa larangan itu dibuat? Jawapannya adalah mudah, kerana pada waktu itu kebanyakan anak-anak muda yang berkonvoi itu menyokong parti dari Pakatan Rakyat, maka dengan cara menguatkuasakan undang-undang itu sahajalah Umno BN dapat menyekat 'perang psikologi' dari PR itu dengan berkesan.

Walhal pada PRK di Batu Sapi misalnya (seperti yang dilihat di dalam media TV juga), secara terang-terangan dilihat beberapa anak muda berkonvoi motosikal sambil membawa bendera BN maka mengapa pula SPR berdiam diri sahaja? Ini kerana BN suka perkara itu berlaku dan tiada apa-apa yang SPR perlu lakukan untuk menghentikan perbuatan itu. Maka dengan mudah sekali bolehlah kita simpulkan bahawa, SPR ini hanyalah umpama sebuah ejen BN dan bolehlah juga dikatakan sebagai sebuah sayap dalam Umno seperti mana juga Pemuda Umno, Wanita Umno, Puteri Umno, dan SPR Umno.

Rakyat perlulah membuat tekanan keras kepada SPR supaya menguatkuasakan keperluan untuk pilihanraya yang lebih telus, akauntabiliti dan adil. Menyalit dakwat pada jari selepas mengundi sememangnya adalah WAJIB untuk dilaksanakan untuk merealisasikan proses pilihanraya yang benar-benar boleh dipercayai. Mengapa Umno BN perlu takut akan peraturan ini? Hanya kerana mereka boleh terus dengan agenda 'pengundi-pengundi hantu' mereka untuk terus memenangi pilihanraya-pilihanraya akan datang?

Sogokan-sogokan menjelang pilihanraya dalam apa sahaja bentuk seperti projek-projek, bantuan atau wang kepada para pengundi perlulah diHARAMkan sama sekali oleh mana-mana parti sekalipun kerana ternyata inilah yang menjadi talian hayat Umno/BN selama ini untuk memenangi sesuatu PRK atau PRU. Jika PAS menyogok seperti yang didakwa (yang jumlahnya tidaklah sebanyak mana berbanding sogokan Umno/BN) maka SPR cepat benar mengeluarkan kenyataan untuk menguatkuasakan undang-undang itu. Jika Umno/BN yang buat (walaupun berjuta-juta atau berbilion-bilion wang yang telah dibelanjakan dalam PRK / PRU tersebut adalah wang Kerajaan/RAKYAT juga), maka SPR hanya berdiam diri. Wajarkah keadaan ini terjadi?

# IBM : Siapa yang memulakan amalan rasuah ni..?..PAS ke UMNO..?. IBM rasa si penulis ni buta mata, buta hati, buta huruf...kah..kah..kah...kesian budak PAS ni...bila dah kalah mcm2 alasan yg diberi. Salahkan SPR tak telus lah, berpihak kepada UMNO lah. PAS tak tahu menerima erti kekalahan ke...?..apa mereka buat semuanya betul.?..patut le juak-juak PAS ni terlalu konfiden bahawa merekalah ahli yang akan menghuni syurga, orang UMNO akan ke nerka.....PAS kalot..memang kalot.......

1 comment:

  1. Padan muke PAS...Perjuangan ISlam yg kolot..tak boleh diterima akal langsung....Hanya tau cari kesalahan org lain...kesalahan diri sendiri tak nampak..itu lah PEMBANGKANG

    ReplyDelete