Pages

Sunday, November 28, 2010

KES DERA ISTERI : AZAB DISEKSA SUAMI




Baran Tanda Sakit Jiwa.

KUALA LUMPUR - Suami yang panas baran dan sanggup mendera isteri, ibarat menghidap penyakit yang berpunca daripada jiwa memberontak si lelaki.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, penyakit panas baran boleh menjadi melarat dan menjadi bertambah teruk jika dibiarkan berlarutan.
Katanya, dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad SAW menyamakan sifar marah sebagai barah api dan ia perlu dikawal.
"Marah dan baran bukan persoalan kecil, ia menyebabkan emosi terganggu yang boleh mengkibatkan pelbagai perkara negatif seperti mencederakan orang lain, termasuk insan yang mereka sayang.
"Kemarahan ini bersifatkan spiritual, jadi perlu mencari jalan terbaik bagi menangainya. Jangan biarkan kemarahan dalam diri menguasi diri kita, sebaliknya ia perlu dibuang," katanya.

Antara Kes Dera Isteri :

~ 14 Februari 2005,
Seremban, Negeri Sembilan -
Seorang guru Sekolah Menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat lapuran Polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai Kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya dirumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederkan badan mangsa.

~ 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur -
Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

# IBM : Sungguh bersimpati dgn Isteri2 yg kena dera ini. Kepada si suami di luar sana, sayangilah isteri-isteri anda, jangan salah gunakan kuasa lelaki anda yg bergelar ' Suami '....isteri anda juga manusia biasa......

No comments:

Post a Comment