Jika Anwar Dipenjara.......
KUALA LUMPUR - Tiada siapa pun yang berani mempertaruhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Perdana Menteri (PM) selagi kes mahkamah isu liwat ii nya b elum selesai. Rata-rata berkeyakinan pihak PAS sendiri akan menunggu sehingga kes perbicaraan mahkamah DSAI selesai sebelum membuat keputusan secara total siapa lebih layak sebagai PM salam Pakatan Rakyat (PR).
Semasa satu sidang akhbar di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akhbar ini pernah bertanya dengan Presiden PAS Datuk seri Abdul Hadi Awang adakah DSAI bakal calon PM Pakatan Rakyat.?..lalu antara lain Hadi menjawab : " kena tunggu sehingga mahkamah selesai membicarakan kes liwat ii DSAI." Ini bermakna sebarang keputusan siapa bakal PM parti pembangkang itu akan diketahui selepas mahkamah selesai membuat keputusannya.
Bersandarkan kepada perkara diatas, pihak PAS kena bersiap sedia dan meneliti segala kemungkinan berlaku dalam keadilan dan DSAI khususnya. Siapa calon PM dikalangan PAS itulah yang sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang menyokong parti itu. Adakah Hadi Awang atau Dato' Nik Abdul Aziz Ni Mat??
# IBM : Berangan betul nampaknya parti PAS ni....rakyat tak terbela, negeri yang mereka terajui kelam kabut, rakyat diabaikan, kini bercita-cita nak jadi PM pulak....kita tunggu di PRU ke - 13 nanti....kita tengok siapa yang kena......
No comments:
Post a Comment