Salam.
Asyik-asyik cerita pasal politik, mari kita beraleh seketika pasal Agama. Pasal Solat.
Solat itu ialah tiang agama. Jika solat tidak didirikan dan dipelihara, maka runtuhlah iman dan agama.
Solat membezakan antara kaum dan kafirun. Perkara pertama yang akan dihisab dihari akhirat ialah solat. Barangsiapa yang menjaga solatnya maka dia akan dimasukkan ke syurga dengan segera. Manakala barangsiapa melalaikan solat, azab seksa menanti mereka.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah SWT akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya."
Tiga darinya akan dirasai semasa di dunia ini antaranya ialah :
1. Allah SWT akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang--orang beriman.
Tiga macam bahaya pula ialah ketika dia hendak mati, antaranya :
1. Roh dicabut ketika dia didalam keadaan yang sangat haus walaupun dia telah meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan dengan kehilangan imannya.
Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika di dalam kubur, antaranya :
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nangkar yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari b bertemu jari.)
Tiga lagi azab menanti di hari kiamat, antaranya ialah :
1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2. Allah SWT sangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
ULASAN IBM : Sama-samalah kita menghayatinya, dan ambil iktibar akan kesengsaraan yang akan kita perolehi sekiranya kita abaikan solat. WA
No comments:
Post a Comment