Pages

Saturday, December 18, 2010

Anwar Bukan Wira Rakyat, Hanya Hero Politik Jalanan.!!


KUALA LUMPUR, – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi hero bagi melindungi nasib rakyat sebaliknya beliau hanya layak menjadi hero ‘berpolitik’.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Anwar kini sudah resah dan gelisah dengan kedudukan beliau yang bukan lagi menjadi individu penting di kalangan pihak pembangkang.

Oleh itu, katanya, PKR tersebut sentiasa sibuk menonjolkan diri dengan membuat kritikan tidak menentu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mencuri tumpuan rakyat.

‘‘Anwar hanya tahu untuk berpolitik dan berceramah, tetapi soal menjaga negara dan menguruskan rakyat memang dia tidak tahu, tidak guna bercakap atau berfikir tentang kritikannya.

‘‘Paling penting ialah, rakyat perlu tahu isu ancaman Jemaah Islamiah (JI) ini adalah serius, kerajaan tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dengan mereka-reka cerita,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa isu JI adalah perkara benar, bukan sengaja ditimbulkan kerajaan untuk mengalihkan isu-isu lain seperti yang didakwa oleh Anwar baru-baru ini.

Mohd. Shafie berkata, kerajaan lebih arif dalam membuat perbandingan antara politik dengan soal keselamatan rakyat.

‘‘Takkan soal keselamatan rakyat pun kita nak berpolitik, kerajaan sentiasa bersifat mengambil berat terutama dalam pentadbiran, keselamatan dan pembangunan rakyat,’’ tegas beliau.

Bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sebenarnya Anwar yang berhasrat untuk mengalih tumpuan rakyat kepadanya ekoran beliau sudah tidak mendapat simpati rakyat.

Menurut Rosnah, ketua pembangkang itu lebih layak digelar ‘juara alih isu’ kerana telah banyak tindakan beliau yang membuktikannya beliau semakin kekeringan idea untuk meraih sokongan rakyat.

‘‘Contohnya kes liwatnya di mahkamah, beliau telah mengemukakan pelbagai tuntutan dan bantahan semata-mata untuk mengalih isu sebenar dalam kes tersebut,’’ katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Rosnah yakin Anwar sendiri tahu bahawa kenyataan yang beliau keluarkan terhadap isu ancaman JI itu tidak benar dan ia sekadar modal untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, rakyat tidak perlu terkejut dan termakan dengan apa sahaja kenyataan Anwar kerana semua kenyataannya itu sememangnya bersifat terdesak.

Ezam yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberitahu, Anwar sanggup melakukan apa sahaja agar rakyat dan negara hilang tumpuan untuk ke arah negara maju.

‘‘Anwar sudah bankrap idea dan politik. Beliau sedang berhadapan banyak masalah peribadi termasuk masalah dengan rakan-rakannya di dalam pembangkang yang kini sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

‘‘Tidak ada apa yang perlu dibimbangi dengan segala tindakan Anwar, saya nasihatkan supaya kita semua tidak lagi perlu layan dia,’’ ujarnya. -MediaUMNO/UtusanM

# IBM : Memang tak layak pun. Dia hanya boleh di gelar bapak pembohong, pengkhianat bangsa, lidah bercabang..dan....bla..bla..ll.bla...


No comments:

Post a Comment