Pages

Sunday, December 19, 2010

Disekitar Konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2, yang akan membincangkan usaha mengukuhkan kerjasama antara KEADILAN, PAS serta DAP dengan agenda untuk mengatur gerak kerja bersama dan memperkemas persediaan menjelang pilihanraya umum ke-13, bermula di Dewan Millenium Kepala Batas, hari ini.

Menghimpunkan lebih 2000 perwakilan, konvensyen kali kedua ini akan membincangkan beberapa dasar bersama Pakatan Rakyat di antaranya dasar perumahan, pembangunan dan keusahawanan, peluang perniagaan, sektor pelancongan dan dasar sosial.





UCAPAN-UCAPAN YANG MEMBOSANKAN. FULL OF RUBBISH.!

Anwar Ibrahim : Ketua Umum PKR

KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu sesi penggulungan Konvensyen Pakatan yang baru sahaja selesai, menyifatkan konvensyen kali ini sebagai satu kejayaan yang besar.

Ini kerana, menurut Anwar, kebulatan sikap serta persefahaman yang ditunjukkan parti-parti yang menghadiri konvensyen kali ini walaupun masing-masing mempunyai sentimen politik yang berlainan, adalah bukti bahawa perpaduan di kalangan parti Pakatan tetap utuh dan kejap.

Pada majlis yang sama juga Anwar mengumumkan tiga perkara sisi yang disepakati pimpinan Pakatan pada hari ini.

Pertama, Pakatan Rakyat akan meletakkan PAS bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

Karpal Singh : Pengerusi Dap

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, parti itu akan mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan.
“DAP akan pertahankan itu. Akan tetapi ada hak oleh rakyat lain yang bukan beragama Islam (untuk mengamalkan kepercayaan mereka). Dan itu (pula) mesti dipertahankan oleh PAS.,” katanya.
Karpal menjelaskan demikian dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, hari ini.
“Dalam ucapan saya 20 tahun dahulu, saya ada katakan tentang ini, (‘langkah mayat saya dahulu, jika mahu tubuh negaraIslam) dan dibuat diluar dari konteks hari ini. Tetapi perkara ini boleh dibincangkan bersama Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,”
“Kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Dan tidak sesuai untuk mengulangi perlembagaan yang (telah jelas) menyatakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Haji Hadi Awang : Presiden Pas

1. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

2. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

3. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

4. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

5. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

6. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Saifuddin Nasution - Setiausaha Agung KEADILAN

Setiausaha Agung KEADILAN yang baru dilantik semula, Saifuddin Nasution, menamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), serta Parlimen sebagai tiga institusi utama negara yang rosak teruk dan memerlukan pembaikan segera bagi mengeluarkan negara daripada krisis politik sekarang ini.

Saifuddin membuat penyenenaraian tersebut sewaktu membentang kertas kerja utama Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menyifatkan institusi polis sekarang ini sebagai ‘parah’, Saifuddin berkata, Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar serta Ketua Polis sebelum ini sebagai ‘memberikan sumbangan’ yang cukup besar merosakkan institusi polis sehingga tidak dapat diperbaiki lagi.

# IBM : Malas nak komen. Kerana kita tahu sebenarnya Konvensyen PR ini, full of rubbish...!!..harap2 faham le ye......:)

No comments:

Post a Comment