Salam.
PENENTANGAN KESATUAN MELAYU PULAU PINANG TERHADAP MALAYAN UNION |
Tarikh Peristiwa Pada 24.12.1945 Pada hari ini dalam tahun 1945, Kesatuan Melayu Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat, bertujuan untuk menyatakan pendirian menentang cadangan Malayan Union. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Madrasah Mashhurul Islamiyah, Pulau Pinang. Ia telah dipengerusikan oleh Naib Yang Di Pertua Kesatuan itu, iaitu Tuan Haji Ahmad bin Haji Yunus dan telah dihadiri oleh beberapa ahli Jawatankuasa Kesatuan serta ahli-ahlinya. Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Kesatuan Melayu Pualau Pinang telah sebulat suara menolak cadangan British untuk mewujudkan Malayan Union. Faktor penolakan tersebut disebabkan oleh pemberian taraf kerakyatan yang sama rata kepada semua bangsa oleh Malayan Union. Cadangan tersebut sekaligus akan menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Namun begitu, cadangan untuk mewujudkan Kesatuan Negeri-negeri Melayu (United Malay States) yang memberi makna kepada hak bagi orang-orang Melayu tidak mendapat bangkangan. Berikutan daripada pendirian Kesatuan Melayu Pulau Pinang itu, tentangan terhadap Malayan Union telah bertambah sebagaimana Kesatuan Melayu di negeri-negeri lain menentang Malayan Union. Juga Berlaku Pada Hari Ini.......
|
No comments:
Post a Comment