Salam, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
KEGAGALAN RUNDINGAN BALING |
Tarikh Peristiwa Pada 29.12.1955 Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan. Dan, kepada guru-guru pula ada sejarah yang harus anda semua peringati.............. Para pendidik di negara ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan generasi akan datang. Peranan para pendidik untuk melahirkan generasi sudah terbukti sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Pada hari ini, 29.12.1966, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah merasmikan Kongres Guru-Guru Se Malaysia bertempat di Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan Kongres ini untuk membincangkan peranan pendidik dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan dan mengambil inisiatif membentuk masyarakat yang bersatu. Berucap semasa perasmian Tun berkata, harapan Kerajaan memperkukuhkan hubungan saling mengerti dan berbaik-baik antara rakyat berbilang bangsa untuk membantu bangsa yang bersatu dan di sini peranan sekolah dan para pendidik cukup penting sekali. Katanya lagi di bawah satu dasar pelajaran kebangsaan kanak-kanak dari semua kaum belajar mata pelajaran sama di bawah satu bumbung. Dengan itu dapatlah ditanam rasa setia kepada negara dan menjadi warganegara yang baik. Diharap dengan adanya Kongres ini akan dapat mencari cara-cara yang terbaik bagi para pendidik melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. SELAMAT MEMBACA !! Sumber : Arkib Negara |
No comments:
Post a Comment