" Maaf je le. Ini aje yang saya mampu bagi. Faham-faham je lah."- Khir
Keputusan UMNO Prosedur Biasa
SUNGAI BESAR - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akur dengan keputusan kepimpinan UMNO pusat yang menggantung jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sehingga kes pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, selesai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu berkata, beliau menerima surat penggantungan itu pada 8 Disember lalu dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa.
UMNO putuskan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak pegang jawatan dalam parti susulan dakwaan kes milik dua lot tanah dan rumah. Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan keputusan pimpinan BN memilih Pemangku Ketua UMNO Bahagian itu dari kalangan 'orang dalam' adalah tepat.
Jawapan balas dari Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor. Katanya :
"Kita tak boleh putuskan Datuk Seri Dr khir Toyo salah atau tidak. Biar mahkamah putuskan. Saya tak boleh komen tetapi sesiapa yang didakwa atau sedang tunggu kes mahkamah, jawatan dalam parti kita kan gantung."
# IBM : Di harap penyokong Datuk Seri Dr Khir Toyo bersabar, jangan keruhkan keadaan. Ini adalah keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Kita akur. Lagi pun ini bersifat sementara. Sabar itu separuh dari iman....hehehehe.....sabo je lah.....!
No comments:
Post a Comment