Pages

Thursday, December 9, 2010

MCA 'Duri Dalam Daging' Dalam BN..??

Ucapan Dasar Ds Najib di Konvensyen BN 2010
Ketibaan DS Najib di Konvensyen BN 2010 diiringi oleh Tim.Perdana Menteri.


MCA Kacau Semangat Konvensyen

Sepatutnya Konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu berakhir dengan memberikab gambaran bahawa suatu persefahaman dan kesepakatan telah tercapai untuk perpaduan bagi mempertahankan Putrajaya, tetapi gambaran itu hanyawujud pada ucapan bersemangat tinggi Datuk Seri Najib.
Selepas sahaja konvensyen itu, sebuah parti terbesar dalam BN yang juga kawan lama kepada UMNO telah menampakkan ketidakyakinan kepada jaminan diberikan Najib bahawa "walau apa pun anutan kepercayaan kita, taraf sosial ekonomi dan di mana sekalipun berada, kita tetap teguh berpadu di bawah payung 1 Malaysia."
Satu kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek telah mengacau dan mengelirukan semua, gambaran jelas, indah dan gagah yang telah dibangunkan Najib semasa berucap merasmikan konvensyen itu.
Apabila konvensyen itu tamat, Soi Lek mengisytiharkan tidak lagi mahu amalan memberikan gambaran bahawa UMNO berada pada suatu taraf kepimpinan lebih tinggi dari parti-parti lain diteruskan.
Bila MCA menimbulkan soal persamaan hak di negara ini, maka keyakinan rakyat terhadap wujudnya ketidakadilan dalam perkongsian ekonomi negara semakin kuat kerana MCA adalah parti pemerintah.
Tetapi apa yang berlaku dalam DAP sendiri membuktikan dasar persamaan hak dalam kepimpinan tidak mungkindicapai, sebaliknya lebih bersifatkan retorik indah. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam DAP Perak yang majoriti ahlinya Cina. Orang India dipinggirkan dalam pemilihan kepimpinan peringkat negeri itu.
Sayang..Soi Lek tidak memahami ungkapan Najib bahawa "Kita telah memilih jalan yang wajar dengan mengaplikasikan kaedah integrasi di mana perbezaan unik digabungkan dalam sebuah keluarga besar, saling mengukuh dan menyokong bukannya untuk memusnahkan identiti mana-mana bangsa."
Soi Lek lebih memahami dasar dan formula DAP untuk masa depan negara. Maka itu beliau dalam keadaan sedar atau tidak akan terus menimbulkan prasangka buruk orang cina terhadap UMNO. Matlamat konvensyen BN telah dikacau dan diselewengkan dari dalam.
Sukar untuk Najib mencabut 'duri dalam daging.'

# IBM : Apa lagi yg Soi Lek tak puas hati ni..? DS Najib telah jelaskan segala-galanya di konvensyen itu. Tak faham2 ke dia..? hati-hati wahai rakan2 BN sekelian. Ada udang di sebalik Mee ni. Kan orang2 cina suka makan Mee....jangan kita dijadikan mee oleh mereka2 ni...

No comments:

Post a Comment