Berapa ramai di antara kita pernah terfikir tentang nasib sang harimau di rimba pada masa kini?
Peluang memelihara populasi harimau tipi jika perburuan haram terus berleluasa
BICARA TENTANG NASIB PAK BELANG :
KETIKA manusia bersenang-lenang di kediaman selesa,berlumba-lumba mengejar kemajuan di hutan batu berapa ramai di antara kita yang pernah terfikir tentang nasib sang harimau di rimba yang sedang cemas dan perlu bergelut untuk hidup.?
Dengan 3,200 ekor harimau belang yang tinggal di seluruh dunia, kita perlu menerima hakikat bahawa haiwan berkenaan semakinjauh meninggalkan kita, jauh meninggalkan generasi hari ini yang mungkin cuma pandai menyebut 'harimau', tetapi tidak pernah tahu akan keistimewaan, nilai dan keperluan memelihara haiwan ini.
Populasi harimau yang semakin berkurangan hari ini tidak mustahil akan membuatkan anak-anak kecil sedikit masa lagi akan terfikir bahawa harimau cuma satu watak rekaan dan menjadi salah satu daripada cerita dongeng dunia.
Kemasyhuran nama harimau nyata tidak memberi apa-apa erti kerana realitinya haiwan lambang kegagahan dan sering menjadi sebutan masyarakat dunia ini sebenarnya hampir pupus dan tidak mustahil akan lenyap ditelan zaman tidak lama lagi.
# IBM : Suka juga nak bela harimau, tapi takut, kena apply lesen, macam2 lagi. Apa-apa pun memang benarlah, kepupusan si belang ni mangkin terserlah. Kita kena berbuat sesuatu. Harap kerajaan kita dapat mengadakan satu kempen mengharamkan pemburu-pemburu haram dari memburu Pak belang ini.......
No comments:
Post a Comment