Pages

Friday, December 17, 2010

Tarbiyyah Dari Allah Itu Indah


BICARA AGAMA MENAMBAH PENGETAHUAN

Mode Sedih - Semenjak kebelakangan ni, banyak sekali perkara yang tidak diingini berlaku di sekeliling. perkara yang kalau difikir banyak & berulang kali, ianya merupakan satu hikmah-bukannya kebetulan. Sedih, dengan dosa ya Allah...Tuhan, dosaku menggunung tinggi, sebanyak pepasir di pantai.....TETAPI, rahmat-mu sangat melangit luaskan? =) Itu pasti dan benar. Rahmat melalui Tarbiyyah. Tarbiyyah dari Allah merupakan satu perkara yang indah. Padat sekali dengan HIKMAH. Tetapi, banyak kalikah aku memikirkan tarbiyyah yang diberikan-Nya? Melalui ujian yang setiap hari datang, adakah pernah datang rasa hendak mencari 'sesuatu' disebalik itu? Kematian itu Tarbiyyah & Peringatan yang Paling Berguna Menjenguk ke dunia hiburan. Satu bentuk dunia yang penuh dengan glamour, materialistik, unsur2 kelalaian yang banyak sekali. Kematian. dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kematian yang unexpexcted, xdijangka langsung melihatkan perawakannya yang sihat - pemergian pelawak terkenal Din Beramboi (Al-Fatihah) tetapi, hakikat kematian mesti diyakini xmengira waktu & usia. 34. dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Al-A'raf : 34 Allahyarham berada dalam kemuncak kariernya sebagai penghibur yang mula terkenal pada waktu itu. seorang yang dilihat ceria & sihat - xnampak tanda2 sakit. Lawaknya pasti terkesan & diingati oleh peminat-peminatnya. Membawa orang ramai ke arah 'keseronokan'. Hendonisme. Kadang-kadang terfikir, manusia yang berada dalam keseronokan siang & malam, pada masa manakah digunakan untuk meletakkan dahi mereka di tikar sejadah, ibadah & amal, mengadu & menangis untuk Tuhannya? Namun, diri ini berharap Allahyarham sempat mengucap taubat kepada Tuhanya. Allah itu Maha Pengasih & Pengampun, itu pasti. Sekali lagi, pemergian artis menghadap Tuhan berlaku. Achik Spin. Kematian yang berlaku kerana kemalangan kereta yang pada hujungnya diakhiri dengan meletupnya kereta yang dipandu Allahyarham. Terkejut. ya, itu reaksi yang automatik berlaku apabila menerima berita kematian. umur Allahyarham aku xpasti. Tetapi yang pasti Allahyarham masih muda. Syabab. hmm..Umur itu milik Allah, ianya xpanjang - Ketentuan yang sudah tertulis.
"Allah mengasihi Hamba-Nya yang bertaubat"
Walau apa pun, ini ialah peringatan. Dalam sebuah hadis yang menyebut sebijak-bijak manusia adalah orang yang memikirkan perihal kematian. Kenapa? Kerana kematian itu membawa kepada persiapan bekalan. Perumpamaan orang yang ingin menetap lama di sebuah tempat, pasti membawa banyak barang-barang untuk keselesaan dalam satu jangka masa yang lama.

No comments:

Post a Comment