Salam, Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Hari ini adalah hari sangat sibuk bagi kita yang mempunyai anak untuk ke Sekolah. Terutamanya anak-anak yang menduduki tahun 1. Memang sudah jadi tradisi bila musim 'Back to School'....memang memeningkan. Tapi itu tanggunjawab kita sebagai ibubapa.......mari kita sejenak melihat apa yang berlaku pada hari ini :
03 JANUARI
PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA |
PEMBUKAAN RASMI SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN HELIKOPTER, TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA Tarikh Peristiwa : 03.01.1975 Pada hari ini dalam tahun 1975, sebuah sekolah latihan penerbangan helikopter, Tentera Udara Di Raja Malaysia telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, bertempat di Pengkalan Tentera Udara di Raja Malaysia, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Dengan perasmian sekolah ini Tentera Udara Di Raja Malaysia telah maju selangkah lagi di dalam bidang latihan penerbangan khasnya. Di dalam ucapan perasmiannya, Tun Abdul Razak telah menyatakan bahawa dengan terdirinya sekolah ini, perbelanjaan untuk latihan penerbangan telah dapat dijimatkan dan disamping itu pengalaman di dalam bidang memberi latihan kepada bakal-bakal pemandu diperolehi. Negara kita juga tidak lagi bergantung sepenuhnya bagi kemudahan latihan dari negara luar. Tun Abdul Razak juga berharap anggota-anggota tentera sentiasa menumpukan perhatian dan menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dedikasi. Sekolah latihan penerbangan Helikopter ini akan dapat melatih seramai 24 orang pemandu helikopter setiap tahun. Selain dari menjalankan latihan penerbangan asas, sekolah ini juga akan menjalankan kursus-kursus penerbangan lanjutan. Dan bagi membolehkan sekolah ini menjalankan kursus-kursus penerbangan ini, kerajaan telahpun membeli enam buah helikopter latihan jenis Bell 37 yang berharga $1.2 juta dan empat buah helikopter jenis Alouette yang bernilai sebanyak $8.3 juta. Tentera Udara Diraja Malaysia mula dilengkapkan dengan helikopter dalam tahun 1965 dan semua Juruterbangnya mendapat latihan di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Selari dengan perkembangan dan pembesaran angkatan tentera, keperluan dan tugas-tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia juga telah bertambah. Tugas Tentera Udara Di Raja Malaysia tidak lagi hanya setakat memberi sokongan dan bantuan kepada unit-unit tentera darat dan laut tetapi sudah meluas meliputi banyak bidang di dalam menjamin keamanan, ketenteraman dan kebahagian rakyat. Penubuhan sekolah latihan penerbangan helikopter yang dibuka dengan rasminya pada hari ini merupakan satu daripada langkah-langkah untuk menampung kehendak-kehendak tersebut. Kata IBM : Selamat Membaca !! Sumber : Arkib Negara. |
No comments:
Post a Comment