Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Mari kita mengingati kembali sejarah kesultanan di negeri Selangor. Mai baca sejarahnya....
06 JANUARI
PERLANTIKAN SULTAN ABDUL SAMAD SEBAGAI SULTAN SELANGOR |
Tarikh Peristiwa: 06-01-1857 Pada hari ini dalam tahun 1857, Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah dilantik menjadi Sultan Negeri Selangor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhamad, Sultan Selangor yang ketiga yang juga merupakan ayahanda serta mertua baginda. Pelantikan Sultan Abdul Samad yang juga merupakan Tengku Panglima Raja yang berkuasa di daerah Langat sebagai Sultan telah dibuat atas nasihat Raja Jumaat dari Lukut yang telah mendapat persetujuan daripada empat orang pembesar negeri yang lain. Raja Muda Muhammad, iaitu Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad yang sepatutnya menaiki takhta diketepikan memandangkan usianya yang terlalu muda. Zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri Selangor di mana berlakunya perang saudara merebut takhta kerajaan serta bermulanya campur tangan Inggeris di Selangor. Semasa pemerintahan baginda juga, perusahaan bijih telah menarik orang-orang cina untuk membuka lombong bijih bersama-sama dengan orang Melayu serta telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar perniagaan yang berkembang dengan pesatnya. Sultan Abdul Samad telah berada di atas takhta selama selama 41 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1898. KATA IBM : SELAMAT MEMBACA !! .......jadilah seorang rakyat yang berjasa. Sumber : Arkib Negara. |
No comments:
Post a Comment