Assalamualaikum.
Selamat beristerihat dihujung minggu ini bersama keluarga yang tersayang. Sambil itu, jika ada kelapangan mai tinjau-tinjau apa yang berlaku pada hari ini. Jom baca.....
22 JANUARI
PERSIDANGAN GABENOR-GABENOR BANK PUSAT ASIA TENGGARA |
PERSIDANGAN GABENOR-GABENOR BANK PUSAT ASIA TENGGARA Tarikh Peristiwa: 22-01-1992 Pada hari ini dalam tahun 1992, satu Persidangan Gabenor-gabenor Bank Pusat Asia Tenggara kali ke-27 telah diadakan di Hotel Region, Kuala Lumpur. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa objektif kerajaan dalam pembangunan ekonomi adalah untuk menaikkan taraf kehidupan rakyatnya. Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan pendapatan per kapita dalam negara bagi menuju kepada kestabilan ekonomi termasuk dalam bidang politik, sosial, agama dan budaya. Menurut beliau lagi pembangunan negara memerlukan modal yang besar, menyedari hakikat itu, pelaburan dalam perindustrian sangat diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan mempertahankan taraf kehidupan yang sedia ada. Beliau juga menyatakan harapan agar perkara telah diperbincangkan dalam persidangan itu nanti, akan membawa kefahaman yang lebih dan jalan penyelesaian dalam menangani isu-isu dan permasalahan berkaitan dengan dunia ekonomi yang serba mencabar. Sesungguhnya, persidangan ini telah memberi manfaat khususnya dalam usaha menjana dan memperkembangkan ekonomi negara. Selamat Membaca - IBM Sumber : Arkib Negara |
No comments:
Post a Comment