PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan penstrukturan kadar tol yang menyaksikan kadar sedia ada untuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 kekal untuk selama lima tahun atau sehingga 2016.
Keputusan itu juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berakhir pada Mei ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas penstrukturan itu adalah untuk mengurangkan beban rakyat.
"Saya telah meminta para pemegang konsesi tol untuk mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing, ini sejajar dengan semangat 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.
* Itulah komitment dan janji kerajaan BN demi untuk kesejehteraan rakyat jelata. Apa lagi yang rakyat mahu. Segala tomahan dan kata-kata fitnah dari parti pembangkang, buangkan saja kedalam longkang. Mereka-mereka itu adal pendusta, pandai berbuat janji, tapi tidak dikota. BN juga yang terbaik. - IBM
No comments:
Post a Comment