Pages

Sunday, January 23, 2011

Kesian..!..Khidmat Nurul Izzah tidak diperlukan di Pantai Dalam.

Salam, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bila khidmat seorang wakil rakyat tidak diperlukan lagi, itu pertanda karier politiknya akan berakhir, atau akan kalah sekiranya dia bertanding di tempat yang sama. Adakah ini akan berlaku kepada seri kandi (anak kesayangan) si Anwar ini..?....


Ada gaya nak jadi seorang artis, tapi tak kesampaian, terpaksan ikut telunjuk bapa.
Masjid Iklasih Pantai Dalam

Nurul Izzah Didesak Henti Politikkan Isu Masjid Iklasiah.

PANTAI DALAM - Meluat, muak, begitulah yang diluahkan oleh ahli Jawatankuasa
(AJK) Masjid Iklasiah. Mereka mendesak Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, supaya menghentikan usahanya untuk terus mempolitikkan isu Masjid tersebut.

Ini ditegaskan oleh Pengerusi Masjid tersebut, Ikram Mohd Yusof, bahawa isu tersebut telah pun selesai dan tidak perlu wujud bantahan daripada wakil rakyat berkenaan. Menurutnya lagi, Nurul sengaja mahu mensensasikan isu itu dan ia tidak kena pada tempatnya kerana ketika itu isu terbabit hangat diperkatakan, beliau hanya mendiamkan diri.

Ekoran tidak puas hati terhadap tindakan AJK Masjid berkenaan, Nurul bertindak dengan menghantar risalah pada hari Rabu lalu di pasar malam bgi mengelirukan penduduk-penduuk di situ. Beliau ingin menegaskan dan memberitahu pada Nurul, jangan 'menangguk di air keruh ' kerana khidmatnya sudah tidak diperlukan kerana hal itu sudah selesai.

Dimana Nurul ketika beliau diperlukan.?...surat telah dihantar terlebih dahulu, tapi Nurul membisu seribu bahasa, hilang entah ke-mana ?. Menurut Ikram lagi sepanjang Masjid itu 'teguh' selama hampir 30 tahun, dia tidak pernah lihat Nurul datang ke situ, sedangkan pejabatnya tidak sampai 1 Kilometer dari situ.

Jesteru, beliau amat kesal dengnan tindakan Nurul Izzah yang 'mendakyahkan' Masjid dengan cara demikian.

* Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu jugalah si Nurul Izzah ni. Kalau bapanya berkempen di seluruh negeri dan turun ke pasar-pasar malam, maka penyakit itu berjangkit pulak kepada si Nurul ni....hehehehe....itulah politik 'anak beranak' namanya. memang senoneng dan tepat gelaran itu di beri kepada keluarga Anwar Al-Juburi....Izzah, kalau nak jadi hero seperti bapa kamu, biarlah bertempat. Politik bapa kamu sudah berada di penghujung jalan. 'End of the road for Anwar' - IBM

No comments:

Post a Comment