Pages

Sunday, January 16, 2011

Khalid akan tergagap lagi. ADUN BN sepakat tidak sokong usul..!!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kemelut politik di Selangor belum ada kesudahannya. Masih berterusan seperti tiada titik-tikik penyelesaian dan tiada penghunjungnya. Ini kerana sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang terlalu rakus dan mempunyai kepentingan peribadi. Rakyat terus menjadi mangsa dan di tindas. Terkini, isu 'pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959' akan di bincangkan........persolannya : adakah ADUN BN akan tunduk kepada telunjuk PR, dan adakah Khalid gagap akan berjaya dengan misi dan dendam jahatnya itu.?........


Menurut sumber yang saya dapat, Pembangkang Selangor tidak akan berpaling tadah menyokong usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang akan dibahaskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar yang akan diadakan 24 Januari ini.

Ini telah dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepakat tidak akan menyokong usaha berkenaan. Hadir atau tidak ke sidang tersebut, bukan persoalaannya, kerana masih belum dibincang, katanya.

Adalah mustahil jika segelintir ADUN pembangkang akan menyokong usul tersebut. Berbekalkan 21 ADUN da adalah perkara mustahil untuk berbuat demekian (sokong usul) kerana semua keputusan kita buat melalui perbincangan, katanya lagi.

Abdul Shukor percaya, usaha Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berjaya kerana usul berkenaan memerlukan sokongan majoroti 2/3 ADUN....kita tunggu dan lihat perkembangan pada 24 Januari ini.


"Saya percaya akan mendapat sokongan dari ADUN BN dan tidak tergagap lagi." - Khalid


KATA IBM : Buktikan...buktikan wahai Yb Shukor. Jangan beri muka kepada PR ni, begitu juga si Khalid gagap. Keputusan di tangan kamu semua. Kalau silap langkah, Selangor hancur, rakyat menderita. Sudah sampai ketika dan masanya, PR mesti disingkirkan dari negeri Selangor ini. Selamat bersidang, dan selamat berjaya BN selangor..kami sentiasa di belakang kamu semua.

No comments:

Post a Comment