Pages

Monday, January 24, 2011

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh. Khalid tergagap lagi...

Salam 2 all.

Khalid gagal, Khalid terkedu, Khalid tergagap lagi......



Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Sementera itu, Bernama melaporkan, dalam sidang akhbar selepas itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim, yang juga Adun Sungai Pinang berkata speaker dalam keadaan biasa tidak mengundi tetapi undi speaker dikira sekiranya jumlah antara penyokong dan pembangkang seri.

"Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) turut mengundi. Majoriti dua pertiga ialah sebanyak 37 kerusi dari kesemua 56 kerusi di DUN Selangor," katanya.

Sebanyak lima wakil rakyat penyokong kerajaan membahaskan rang undang-undang itu iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PKR-Hulu Klang), Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).

Di pihak pembangkang pula perbahasan dimulakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).

ADUN Sungai Panjang Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi tuduhan rasuah dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi turut hadir.

Perkembangan terdahulu:

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

NONE
Dua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.

NONE
BN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

NONE
Beliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

NONE
10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

NONE
11.25 pagi:Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

azmin ali pc in parliament 020709 02
12.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari: Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

NONE
1.10 tengah hari:Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

2.47 petang: Persidangan bersambung dengan Azmin menyampaikan hujahnya.

Satim mencelah meminta spekaer mengingatkan timbalan presiden PKR itu supaya tidak lari tajuk apabila menyentuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak rancangan 100 hari pentadbiran Pakatan.

Sulaiman says Azmin mulanya berkata bersetuju mengubahnya. Dengan sinis beliau berkata akan menukar perkaraan "Najib berkata" kepada "Rosmah berkata" yang menyebabkan ADUN Pakatan ketawa.

Selain Satim dan Azmin, sepuluh ADUN dijadual mendebatkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri itu.

NONE
3.25 petang:Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) sifatkan cadangan itu sebagai rancangan menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyingkirkan Khusrin.

Sulaiman sebaliknya memuji Khusrin dengan berkata, Khusrin terkenal dengan sifat tegas, profesional dan berintegiriti.

Katanya, bukan DUN tetapi di parlimenlah tempat yang betul untuk membahaskan pindaan sebegitu kerana ia pelantikan itu berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.

4.30 petang: Khalid memohon sidang dipanjangkan sehingga jam 7 petang supaya semua ADUN mendapat peluang berbahas.

Sehingga sekarang, Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) - dalam giliran kelima - sedang berucap.

6.25 petang: Usaha kerajaan negeri untuk meminda undang-undang tubuh Selangor tidak berjaya apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga dalam prosiding bacaan kedua.

Seramai 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sebulat suara menolak cadangan menteri besar itu.


* Sekarang siapa sebenarnya yang sembah derhaka..?....Khalid dan kuncu-kuncunya sendiri mahu ingatlah.....apa lagi Khalid gagap nak buat selepas ini..? - akan kekal lah gagap si Khalid tu. - IBM

2 comments:

  1. dari awal depa dah tahu sidang tu pasti gagal sbb tak cukup 2/3, tp degil nak buat jugak.

    nampak sangat agenda depa hanya main wayang. depa sendiri yg derhaka dan depa sendiri yg nak lebih berkuasa. tamak haloba sungguh.

    * terima kasih bro utk pautan link.

    ReplyDelete
  2. xpressminda : Salam. Sebenarnya mereka nak tunjuk kuasa. kononnya merekalah yg benar2 mempertahankan kedaulatan Raja-Raja. Nak jadi Hero.....tapi sebenarnya Duli tuanku sudah tahu tembelang mereka.

    *sama-sama bro. Selamat berjuang.....:)

    ReplyDelete