Pages

Thursday, January 27, 2011

PKR menuju kehancuran dan akan pupus bak sampah..

Salam 2 All.

PENGASAS PKR ADAKAN PERHIMPUNAN BESAR KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI

PARTI KELENTONG RAKYAT
Antara yang keluar dari PKR. Bye..Bye..PKR
Wajah-wajah anak beranak yang merosakkan akhlak rakyat jelata

LABIS, – Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong menyertai MCA hari ini berkata satu perhimpunan besar akan diadakan pada bulan Mac ini bagi membawa keluar lebih 3000 ahli PKR.

Ahli MT PKR masuk MCABeliau yang juga antara pengasas PKR yang memegang keahlian 00012 berkata PKR sekarang tiada agenda perjuangan melainkan untuk perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu ketagih untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dalam dunia ini tidak ada parti yang paling hebat selain PKR di mana pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipilih ahli untuk memimpin. Dia (Anwar) bukan Ketua Umum tapi Ketua Ketuanan PKR.

“Saya percaya tidak lama lagi PKR akan ke langit bukan ke dalam tanah tapi terus naik ke langit”, katanya dalam satu sidang media bagi mengisytiharkan beliau keluar PKR dan menyertai MCA.

Tegas beliau lagi prinsip perjuangan PKR sering berubah-ubah ikut kesesuaian masa dan kerana itu lebih 90 peratus pengasas parti itu sudah pun keluar meninggalkan parti.

“Lihat contoh parti Progresif Taiwan yang mana selama 8 tahun mentadbir Taiwan menjadikan Rakyat negara itu mundur tampa sebarang pertumbuhan Ekonomi.

“Malah ramai rakyat Taiwan yang melarat dalam mencari nafkah hidup akibat dari amalan parti Progresif yang dulunya Pembangkang ini mempolitikkan apa sahaja walaupun mereka telah menjadi Kerajaan. Saya lihat PKR seperti parti di Taiwan ini yang semua perkara hendak dipolitikkan”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau menjelaskan penyertaannya dalam MCA kerana melihat MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah banyak melakukan program transformasi parti.

“Saya juga melihat Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempunyai agenda transformasi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik dan social yang mampu membela rakyat dan memajukan lagi Negara”, katanya. -MediaUMNO

* Hancur, hancur, hancur. PKR akan hancur tak lama lagi. Semangkin ramai lagi pemimpin dan ahlinya akan meninggalkan PKR, parti yang tiada hala tuju dan ditubuhkan semata-mata untuk tujuan agenda Si-aljuburi dan anak beranaknya. Aryos PKR - IBM

No comments:

Post a Comment