Pages

Tuesday, January 4, 2011

POLITIK : Guru di nasihat jangan terlalu 'Fanatik'

MASIH dibelenggu isu lama, pembabitan guru dalam gelanggang politik mencetuskan pelbagai polemik di kalangan masyarakat meskipun kebenaran sudah diberikan kepada pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG 48 sejak Ogos tahun lalu.

Kebenaran itu dianggap tidak adil, berat sebelah dan mencetuskan rasa tidak puas hati kerana hanya golongan tertentu saja dibenarkan sementara yang lain masih tertakluk pada larangan.


Menganggapnya sebagai diskriminasi, ada pihak mahukan kebenaran itu ditarik balik atau pun diperluaskan kepada semua peringkat tanpa prejudis.


TUGAS HAKIKI...kejayaan pelajar adalah berkat usaha keras guru, jangan hancurkan kepercayaan itu.
Persoalannya, perlukah pegawai pendidikan yang masih berkhidmat terbabit dengan politik? Tidakkah ia boleh mengkucar-kacirkan tanggungjawab sebenar yang lebih penting daripada melunaskan kehendak individu dalam senario politik tanah air.


Pensyarah Pendidikan Sastera dan Sains dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ishak Sin berkata kehendak dan kepentingan terbabit dalam arena politik bagi golongan tertentu perlu dilihat daripada pelbagai sudut keperluan.


Bagi golongan guru, tiada halangan asalkan tahu batasnya dan tidak melupakan tanggungjawab hakiki yang wajib dilaksanakan supaya pembabitan dalam politik tidak dipandang serong.

"Politik adalah subjektif, ada melihatnya sebagai wadah penyebaran pelbagai maklumat, ada pula sebagai ancaman dan sebagainya. Namun asalkan ia masih berada pada paksi yang bersih, tiada salahnya mengambil tahu atau membabitkan diri.


"Malangnya tindakan ekstrem, tidak bermoral dan di luar batasan penerimaan masyarakat hingga boleh menggugat keamanan. Itulah yang menjadikan politik dipandang serong hingga hanya membenarkan golongan tertentu saja diberi kebenaran.

"Pendapat saya, biar apapun latar belakang atau ruang pekerjaan, politik perlu dilihat sebagai wadah positif penjanaan kemakmuran negara pada masa depan selain elemen penting dalam pendidikan. Barulah boleh dikatakan semua pihak mampu menikmati apa itu politik," katanya.


JANGAN CAMPUR ADUK...guru perlu rasional dan jangan mencampuradukkan urusan politik dan mempergunakan pelajar atau institusi sekolah bagi menjayakan misi peribadi. - Gambar hiasan


Persoalannya, perlukah pegawai pendidikan yang masih berkhidmat terbabit dengan politik? Tidakkah ia boleh mengkucar-kacirkan tanggungjawab sebenar yang lebih penting daripada melunaskan kehendak individu dalam senario politik tanah air.


Pensyarah Pendidikan Sastera dan Sains dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Ishak Sin berkata kehendak dan kepentingan terbabit dalam arena politik bagi golongan tertentu perlu dilihat daripada pelbagai sudut keperluan.


Bagi golongan guru, tiada halangan asalkan tahu batasnya dan tidak melupakan tanggungjawab hakiki yang wajib dilaksanakan supaya pembabitan dalam politik tidak dipandang serong.

"Politik adalah subjektif, ada melihatnya sebagai wadah penyebaran pelbagai maklumat, ada pula sebagai ancaman dan sebagainya. Namun asalkan ia masih berada pada paksi yang bersih, tiada salahnya mengambil tahu atau membabitkan diri.


"Malangnya tindakan ekstrem, tidak bermoral dan di luar batasan penerimaan masyarakat hingga boleh menggugat keamanan. Itulah yang menjadikan politik dipandang serong hingga hanya membenarkan golongan tertentu saja diberi kebenaran.

"Pendapat saya, biar apapun latar belakang atau ruang pekerjaan, politik perlu dilihat sebagai wadah positif penjanaan kemakmuran negara pada masa depan selain elemen penting dalam pendidikan. Barulah boleh dikatakan semua pihak mampu menikmati apa itu politik," katanya.

Kata IBM : Elok juga tu, guru di saran supaya jangan terlalu ghairah di dalam politik. Ini, kerana bidang profesen mereka ialah menjadi 'pengajar'....jesteru kenalah guru-guru ini menumpukan pepelajaran kepada murid-murid, politik di ibaratkan profesen sambilan.....harap-harap faham le wahai Cikgu-cikgu sekelian ye....!

2 comments:

  1. YANG SEPATUT NYA BERLAKU DAN TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN IALAH GURU BOLEH BERPOLITIK KALAU DIA MAHU TAPI ADATNYA BERKERJA DENGAN KERAJAAN KENALAH MENYOKONG KERAJAAN.

    ReplyDelete
  2. CgPian : Salam. inilah yang puncanya mengapa kerajaan pada mula tidak menggalakan guru untuk berkecimpong di dalam politik. Oleh kerana taksub dan fikiran mereka telah di racuni oleh pihak pembangkang, guru-guru ini akan menentang kerajaan. Sepatutnya mereka bersuara bagi pihak kerajaan, tapi sebaliknya.....harap-harap guru-guru semua dpt mengunakkan akal fikiran yg betul, dan bantulah, sokonglah kerajaan. Ingat, kerajaan itu adalah majikan kepada semua guru-guru......fikir2kanlah....

    ReplyDelete