Pak lah tak perlu sibuk satukan UMNO dan PAS
KUALA LUMPUR, 4 Jan: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengingatkan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi agar tidak sibuk dengan usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS, tetapi lebih baik menumpukan perhatiannya kepada usaha untuk membaiki imej UMNO dan BN sendiri yang semakin teruk kini.
Permasalahan yang berlaku dalam BN sendiri, ternyata gagal diselesaikan oleh para pemimpin BN sejak dulu dan ia pasti menjadi bertambah rumit jika para pemimpinnya lebih sibuk dengan usaha untuk menyatukan Umno dan PAS, daripada usaha untuk membaiki parti itu sendiri.
Salahuddin Ayub berkata, salah satu contoh jelas termasuklah permasalahan yang berlaku dalam MIC yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri S Samy Velu, tetapi kini ternyata masih gagal ditangani dengan baik oleh para pemimpin BN. ......
"Siapa Pak Lah memandai-mandai nak menyatukan UMNO dan PAS." - Salahuddin.
Kata IBM : Tujuan Pak Lah tu murni, kenapa pulak Si Salahuddin tu melenting pulak ? satu ketika dulu dia beria-ia benar nak menyatukan melayu UMNO dan PAS, tiba-tiba dia berubah fikiran. Memang dasar mulut celupar dan lidah bercabang. Dik kerana mengamalkan politik songsang dan berdendam, dendam 'kesumat'...maka inilah jadinya......biak pi mampus le juak-juak PAS ni..tak usah di layan lagi, buang masa....
No comments:
Post a Comment