Pages

Saturday, January 8, 2011

Setelah mengharamkan 1 Malaysia, kini Utusan Malaysia pula menjadi mangsa.

Utusan menjadi mangsa terbaru kancah Politik di Selangor


"Saya mohon kepada MB supaya mengharamkan Utusan Malaysia di semua negeri di bawah Pentadbiran PR." - Azmizam

Slogan 1 Malaysia telah di haramkan di Selangor. Terkini, akhbar Utusan Malaysia pula akan menjadi mangsa oleh PR. Ini telah di saran dan disuarakan oleh Naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Azmizam Zaman Huri.

Azmizam mendesak Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid (gagap) mengharamkan penjualan Utusan Malaysia di Selangor jika media itu terus menerus memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Katanya lagi, bukan sahaja di Selangor, juga di semua negeri di bawah pentadbiran PR.

Malah dia juga mendesak Utusan Malaysia agar memohon maaf kepada pemimpin PR terutama sekali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuaimi Shafie di atas kelantangan mereka (Utusan) dan berniat menjatuhkan reputasi beliau.

Semalam, 35 lapuran Polis telah dibuat dan akan membuat lapuran tanpa henti di seluruh daerah di Selangor. Kononnya, segala kenyataan akhbar itu tidak benar, berniat jahat dan menfitnah Shuhaimi dengan cara memalukan iaitu menuduh beliau (Shuhaimi) sebagai penderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mempertikaikan kuasa Sultan dan berniat jahat menghasut rakyat melancarkan perang terhadap Raja-Raja Melayu.

Azmizam mendesak pihak Polis menjalankan siasatan secara telus di bawah Seksyen 499, kanun keseksaan terhadap wartawan dan editor akhbar tersebut.

KATA IBM : Bila kena kat depa, kecoh, kecoh satu dunia. Apa selama ini akhbar depa tidak pernah memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO/BN.?...tapi tak pernah pun kita nak buat kecoh, nak saman dan macam-macam lagi. Bila depa buat silap, depa salahkan kita...memang 'haramjadah' Parti PR ni. Terutamanya PKR dan PAS.....Apapun yg benar tetap benar. Kami tetap berdiri teguh dan tak akan goyah dan tumbang bila di tolak, ini kerana UMNO/BN masih kuat, releven dan di percayai oleh rakyat jelata.........Hidup UMNO/BN....!!

2 comments:

  1. Alamak, kau orang kempen-kempen, yang halal ada, yang haram pun ada. Kau orang maki hamun, kau orang fitnah, kau orang guna akbar, internet meburukkan negara dan pemimpin. Kau orang berdemo. Semua boleh. Dengan utusan pun tak terlawan.

    Bro, bukankah kamu semua pembela keadilan, keterbukaan, ketelusan berdasarkan demokrasi.

    Kalau kau perintah negara ini lebih zalim dari Tun M yang tudah Mahazalim, Mahafiraun. Mana demokrasi kamu bro....

    Aku yakin ISA akan ada dalam pemerintahan PR cuma tukar nama aje.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih kerana ziarah ke blog ini. Memang x di nafikan memang ada ISA dalam pemerintahan PR. Cuma namanya di tukar. I agree with u bro. Sebenarnya berdemo itu adalah satu kewajipan bagi pemimpin-pemimpin PR dan penyokong2nya. Mereka akan rasa x selasa kalau tidak berdemo. Ini kerana mereka terlalu senoneng dgn kerja berdemo. Tak puas hati, berdemo, di kritik pentadbiran mereka, berdemo...itulah kerja mereka. Contohnya di Selangor ini. Sejak PR mengambil alih sebagai Kerajaan yg memerintah, rakyat sungguh rasa tertekan. politiking melebehi segala2nya. Rakyat di abaikan. Janji tinggal janji...perintah Sultan tidak diikut, cuba menderhaka..memang Selangor dah jadi sebagai negeri 'Rojak'.....fikir2kanlah bro, dan rakan2 yg lain.....

    ReplyDelete