Pages

Monday, February 7, 2011

Akhirnya PKR akur, calon PAS mewakali PR di Merlimau

Inilah wajah-wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang berhajat benar tawan Putrajaya

Salam 2 All.
Bila PKR senang-senang menyerahkan kepada PAS untuk bertanding di DUN Merlimau, pasti ada yang tak kena. Kita tunggu dan lihat, apa muslihat si licik lagi kaki pembohong tu akan buat kemudian. Kalau tak percaya, percaya juga lah, buat seketika je....

Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.

azlan

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Mungkin wanita, mungkin lelaki

Ditanya jika PAS akan meletakkan calon wanita seperti yang dilakukan mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang bulan lalu, Abdul Hadi berkata: “Tunggu dan lihat”.

azlan
Katanya parti itu akan menggerakan jentera pilihan raya dan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah.

“Lazimnya calon adalah orang tempatan,” kata Abdul Hadi.

Turut serta pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya.

DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

* Tak terkejut pun kita. Siapa pun calon PR di Merlimau, kita tetap tentang. _ IBM


2 comments:

  1. Kah kah kah...kesian siBadut pendek PKR..dia terus berangan nak jadi calon..tetapi rupanya dia ni cuma layak menjadi pacacai yang bebal kepada nuar brahi...bebalnya sama dengan lembu yang bawa dahulu

    ReplyDelete
  2. Anak Lenggong : Hehehehe...nampaknya siBadut pendek tu terkencing lagi dalam seluar....kesiannnn dia....

    ReplyDelete